Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, February 6, 2012

Revenge 13 : Enemies! (part 1)



Revenge 13 : Enemis! (part 1)


Vanessa bangun dari tidurnya. Malam ini bulan mahupun bintang tidak kelihatan. Dia mengukir senyum yang tampak kesunyian. Angin malam menyapa tubuhnya. Langit kosong di tenungnya. Walaupun kosong tetapi masih cantik. Wajah keluarganya terbayang di dada langit. Hatinya di cengkam rasa sedih. Dia terasa sebak. Air mata mula menghiasi pemandangan dan perlahan-lahan air mata tersebut jatuh ke pipi. Dia langsung tidak menyeka air mata tersebut. Selepas melayan rasa sedih di hati, Vanessa mula mengimbas peristiwa dua hari lepas.

“Vellina, boleh kamu tolong cikgu tak?” Encik Jaston bertanya sebaik sahaja Vanessa sampai di situ. Bunga yang diberi oleh Argon langsung tidak dipedulikan oleh Encik Jaston.

“Apa dia cikgu?”

“Kamu boleh tolong cari tumbuh-tumbuhan untuk dibuat healing potions? Cikgu beri masa seminggu aje. Ini ada 11 tumbuhan yang perlu kamu cari.” Encik Jaston memberikan senarai tumbuh-tumbuhan itu kepada Vanessa. Vanessa menyambut senarai tersebut. Dia membaca senarai itu. Dia sudah mengagak bahawa ada tumbuh-tumbuhan yang sepatutnya tidak dimasukkan ke dalam potions tersenarai di kertas tersebut.

Vanessa mula merancang sesuatu. “Cikgu, potions untuk apa yang cikgu hendak buat ni?”

Encik Jaston mengukir senyuman padahal di dalam hati dia tidak tahu hendak jawab macam mana. “Kalau sudah tiba masanya pasti kamu akan tahu juga.” Dia membalas soalan Vanessa dengan jawapan yang masih belum memuaskan hati Vanessa.

“Macam mana kalau saya tidak dapat cari bahan-bahan ni semua?” Vanessa bertanya saat melihat Encik Jaston membuka langkah. Langkah Encik Jaston terhenti. Dia berpaling menghadap Vanessa. “Vellina, kamu harus cari bahan tersebut sehingga dapat. Harus!”

“Baiklah cikgu. Lagi satu cikgu, semua bahan ni memang ada di Lakelion ke? Tidak ada di tempat lain?”

“Ya, semua bahan-bahan ni ada di Lakelion.” Saat itu juga Encik Jaston melangkah pergi meninggalkan Vanessa.

Vanessa mengeluh. Dia masih belum sempat untuk bertanya kepada Encik Jaston semalam mengenai apa yang hendak dibuat oleh dia. Kenapa banyak sangat hendak buat healing potions? Tetapi Encik Jaston pantas menyelamatkan diri sebelum di tanya sebarang soalan yang akan memecahkan penipuannya.

*****

Vanessa bungkam di tempat duduknya di dalam kelas magis air. Dia perasan akhir-akhir ni, Danny mula menjauhkan dirinya. Dia juga tidak tahu kenapa. Puan Telly yang sedang mengajar dengan penuh semangat di tenungnya. Di telapak tangan Puan Telly terdapat satu makhluk yang comel diperbuat daripada air yang dinamakan Berlod. Haiwan tersebut harus diseru.

Saiz haiwan tersebut bergantung pada persekitaran dan cara pemanggil menyeru haiwan tersebut. Haiwan tersebut sedang melompat-lompat dengan gembira di telapak tangan Puan Telly. Air memercik-mercik di muka Puan Telly. Beberapa titis air terkena cermin matanya. Puan Telly meletakkan haiwan tersebut di dalam bekas yang besar kerana takut haiwan tersebut melarikan diri. Dia mengelap cermin mata dengan menggunakan hujung bajunya.

Vanessa melepaskan satu keluhan yang berat. Sudah banyak kali dia mengeluh. Matanya menatap Berlod. Vanessa melirik ke arah Sabrina yang sedang berdiri di tepi bekas yang berisi air. Tangannya terapung-apung diudara sambil mulutnya bergerak membaca mantera untuk menyeru Berlod. Kelihatan air tersebut berkocak dan mula membentuk sesuatu. Vanessa akhirnya kalih pandangan ke arah Puan Telly. Dagu ditongkatnya. Danny, Bella. Bella, Danny.

Sedang asyik Vanessa termenung, loceng berbunyi menandakan kelas sudah tamat. Suasana kelas mulai bingit. Vanessa hanya memerhati mereka semua yang bangkit dari tempat duduk dan berjalan keluar. Setelah kelas senyap sunyi, Vanessa bangkit dari tempat duduknya dan mula melangkah keluar kelas.

*****

Vanessa sedang berjalan menuju ke Homemass apabila dia terpandang tiga orang manusia yang sedang berkeliaran di sekitar Homemass. Seorang daripada mereka adalah seorang perempuan. Perempuan tersebut berambut pendek yang berwarna oren. Matanya juga berwarna oren. Lelaki yang duduk di tempat rehat pula berambut hitam pekat. Memang kacak. Mukanya langsung tiada reaksi. Seorang lagi sedang berdiri sambil mencium bunga yang dipetik sebentar tadi. Macam playboy apabila melihat gelagat lelaki tersebut. Vanessa mula kalih pandangan ke pintu utama Homemass. Otaknya ligat berputar untuk mencari maklumat mengenai tiga makhluk tersebut. Dia rasa dia tidak pernah melihat mereka bertiga. Budak barukah? Dia memeluk erat buku The Magic of Water. Kakinya laju melangkah ke bulatan tengah.

Tiango Dienda,” Tangga muncul dihadapan Vanessa. Dia mula melangkah dengan otak yang masih berputar ligat.

“Tanya Tiara sudah. Mesti dia tahu.” Vanessa membuat kata putus. Dia melontarkan dirinya di sofa ruang tamu. Buku The Magic of Water diletakkan di sebelahnya. Tidak ramai yang berada di Homemass sekrang kerana mereka semua mengisi perut di dewan makan sekolah termasuk Monica dan Tiara. Slyer dan Danny mungkin sedang makan bersama Monica dan Tiara.

Vanessa masuk ke dalam bilik Topaz. Dia meletakkan buku di atas meja belajarnya dan berdiri di tepi tingkap. Rambutnya yang panjang ditiup angin bergerak mengikut rentak. Matanya memandang tiga manusia yang berada di halaman Homemass. Masing-masing masih kekal dengan aktiviti mereka. Vanessa melangkah ke katil yang terdapat di penjuru bilik. Katilnya terletak dekat dengan tingkap. Katil tersebut mempunyai 3 tingkat.Dia memanjat tangga katil untuk sampai ke katil yang ke-3. Dia merebahkan dirinya. Tangan di depangkannya seluas-luasnya. Matanya di pejam perlahan-lahan. Rindu pada keluarga mulai menguasai diri. Tanpa sedar, mutiara jernih mengalir turun dengan perlahan. Dia membuka mata. Air mata di sapu.

Dia mula mengubah posisi. Dari baring ke bersila. Matanya dihala ke arah luar. Manusia yang tadi ada di situ sudah hilang. Vanessa menghela nafas lagi sekali. Dia melompat turun dari katil dan mencapai buku Crystal is Powerful. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari bilik dan mula menuju ke bangunan sekolah. Jam di tangan di beleknya. Sudah pukul 1.45 petang. Vanessa berjalan dengan perlahan. Sesekali pandangannya akan dilontarkan ke tempat yang diingini. Sedang asyik dia melontarkan matanya ke sana sini. Matanya tercacap pada sepasang tubuh yang sedang duduk di bawah pohon yang rendang. Senyuman terukir di bibir Vanessa setelah lama dia memerhatikan sepasang tubuh tersebut dan berlalu pergi. Danny. Nama tersebut meniti di bibirnya untuk sekian kalinya.

*****

1 comments:

Ayumi said...

Hmmp Cepat2 La Update Ea ?? X sabar Ni ahak xD