Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, May 2, 2012

Phase 13: For The Sake Of Revenge

Phase 13 : For The Sake Of Revenge

            “AKU setuju!” ujar Morgan keras.
            “Morgan dah gila?” jerit  Permaisuri Flora, hampir terkeluar anak tekaknya. Morgan sudah hilang akal barang kali. Mereka berurusan dengan syaitan bukan dengan manusia!
            “Kalau Morgan berlawan dengan seorang manusia, bonda sanggup melepaskan Morgan tapi syaitan bukan tandingan Morgan! Fikir baik-baik, sayang,” Permaisuri Flora seakan memujuk. Benar, perutnya terasa hendak meletup apabila mendengar puterinya itu menerima tawaran Katana.
            “Kanda, tolong nasihatkan puteri kita ni. Sangat bahaya kalau dia menjadi umpan untuk menghalau syaitan tu. Ada kemungkinan yang dia bakal kehilangan nyawanya! Kanda, tolonglah,” rayu Permaisuri Flora. Air matanya sudah bergenang memikirkan yang dia mungkin akan kehilangan seorang lagi anaknya.
            “Katana, tiadakah cara lain untuk mengumpan syaitan itu keluar dari Dunia Orang Mati?” soal Raja Arcana pula.
            “Saya takut, tiada apa-apa yang dapat kita lakukan selain ini. Jika kita tidak menghalau syaitan ini keluar, maka Dunia Orang Mati akan musnah dan semua yang mati akan berkeliaran didunia manusia. Mungkin, saya, dan kita semua akan mati disini,”
            Permaisuri Flora sudah menelan air liur mendengar kata-kata Katana. Wanita itu menoleh kearah puterinya Morgan.
            “Morgan….” Sebutnya perlahan seakan merayu. Matanya sudah bercahaya, berharap agar anaknya itu faham dengan kehendak hatinya.
            “Bonda, ini saja peluang yang kita ada. Morgan taknak juga korbankan Ayahanda dan Bonda. Jangan risau, Morgan tidak akan mati begitu saja,”
            “Kanda!” Permaisuri Flora beralih pula pada suaminya. Tengan Raja Arcana sudah dipaut keras.
            Raja Arcana mengeluh. “Morgan pasti, ini kemahuan Morgan?”
            “Ya, Ayahanda. Morgan akan membunuh semua syaitan-syaitan yang wujud didunia ini.” Morgan nekad. Walauapapun yang terjadi keatas dirinya, dia tidak akan berhenti sehingga dia berjaya menghapuskan semua syaitan yang keluar dari neraka.  
            “Kalau begitu, ayahanda tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Morgan buatlah apa yang Morgan rasa betul. Tapi pastikan yang Morgan akan selamat.” Raja Arcana sudah memegang kedua-dua tangan Morgan,  memberi sepenuh kepercayaannya kepada gadis itu. Morgan mengangguk dua kali.
            “Kalau Morgan dah bersedia, saya tunggu diluar,” ujar Katana lalu membawa tongkatnya keluar dari rumah kecil itu.
            Morgan memberi pelukan terakhir kepada orang taunya sebelum dia berangkat keluar. Raja Arcana sempat menghantarnya keluar, sementara Permaisuri Flora tidak sanggup pun memandang Morgan berpaling daripadanya.
            “Morgan, ini adalah pemberian terakhir yang dapat saya berikan kepada kau.” Katana mengangkat tapak tangannya,serentak itu timbul sebuah pantulan cahaya berwarna biru dan perlahan-lahan sebuah bola lutsinar sebesar genggaman tapak tangan muncul berpusar diatas tapak tangan tersebut.
            “Apa ni, Katana?”
            “Ini adalah Orb yang akan membawa kau kepada Lady Sarakiel. Selepas saja kau menyentuh Orb ini, Lady Sarakiel akan tahu siapa kau. Tetapi berhati-hati agar syaitan tidak mengesan kewujudan Orb ini kerana, ia penting bagi mereka,” pesan Katana pula.
            Morgan mengangguk faham.
            “Kalau begitu, bagaimana kita harus mengumpan syaitan itu keluar?” Morgan seakan tidak sabar ingin bertarung dengan syaitan itu.
            “Sabr Morgan. Bukan senang untuk mengumpan syaitan bertaraf Q keluar. Tetapi akan ada satu cara untuk mengumpannya,”
            “Bagaimana?”
            “Kita harus menyerang sarang mereka terlebih dahulu, dan bunuh sebanyak yang mungkin anak-anak buahnya,”
            “Baiklah,” jawab Morgan tanpa banyak berfikir lagi.
            “Kalau kau sudah bersedia, pegang tongkat ini,” kata Katana sambil memacakan tongkatnya ke tanah. Morgan terus meletakkan tangannya diatas orb kecil dikepala tongkat Katana.
            Serentak itu bawa tanah tempat mereka berdiri bergegar, sejurus kemudian angin pun mula bertiup kencang mengoncang pokok-pokok yang tumbuh disekeliling mereka. Dan dalam sekelip mata saja, Katana dan Morgan lesap dari tempat itu juga. Dan perlahan-lahan, gegaran dan tiupan angin kencang itu terus berhenti.

*****

            SUDAH beberapa jam Morgan dan Katana bersembunyi disebalik pokok oak sambil terintai-intai kearah sebuah gunung yang bergua. Sejak tadi, mereka tidak melihat tanda-tanda syaitan keluar masuk dari gua itu.
            “Katana, adakah syaitan itu sudah mengubah tempat persembunyian?” soal Morgan.
            Katana menggeleng. “Aku tidak tahu. Fikiran mereka sukar untuk dibaca. Tapi aku boleh rasakan kuasa mereka disini,”
            “Sudah berapa lama mereka ada di Alam Barzakh ini, Katana?”
            Katana memandang Morgan. Dia tidak tahu samada dia patut beritahu Morgan atau tidak pasal itu.
            “Mereka datang selepas saja Raja Arcana dan Permaisuri memasuki alam ini. Dan syaitan bertaraf Q masuk selepas kau melangkah kedalam. Dunia Orang mati bukanlah tempat untuk manusia yang masih hidup, oleh itu keeseimbangan dunia telah terganggu maka sempadan itu semakin lemah membuatkan syaitan senang untuk memasuki ruang ini,”
            “Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?”
            Katana mengeluh. “Sebab waktu itu kau belum bersedia lagi, dank au belum tahu identiti sebenar kau lagi. Kau belum bersedia,” tekannya.
            “Tak kiralah aku ni dewi maut ataupun Morgan, tapi aku tetap akan membalas dendam aku. Kau sepatutnya beritahu aku awal-awal lagi,”
            “Tidak. Aku tahu apa yang aku buat. Kau tak ingat masa kali pertama kau bertemu Syaitan bertaraf Q, kau hampir mati walaupun kau sudah berlatih magik kau selama setahun. Dendam saja tidak cukup, kau harus ada kekuatan untuk membalas,”
            Morgan terdiam saat mendengar kata-kata Katana. Lalu dia mengeluh kecil.
            “Tapi apa tujuan syaitan itu ke sini? Maksud aku, ini dunia orang mati apa yang syaitan itu dapat dengan datang ke mari?”
            “Ohh… Morgan, syaitan bukan saja membawa manusia yang masih hidup ke neraka, tetapi syaitan juga menginginkan roh manusia masuk ke dalam neraka. Kerana roh manusia lebih kuat daripada jasad. Contohnya, Putera Viel,”
            “Kenapa dengan Kanda Viel?”
            Katana tersentak saat terpandang bayangan sepantas kilat masuk ke dalam gua. Tapi dia pasti itu adalah anak-anak buah syaitan bertaraf Q. Ini bermakna syaitan itu masih berada diluar.
            “Morgan, aku rasa mereka sudah ada. Kita harus mula bertindak sekarang!” Katana terus bangkit lantas memasang perisai lutsinar dibelakang dan hadapannya.
            “Tapi kau belum bagitahu, kenapa dengan Kanda Viel?”
            “Aku tiada masa untuk memberitahu kau. Kalau kita masih selamat, aku akan berjumpa kau diluar Dunia ini. Sekarang, cepat pakai perisai!” arah Katana pula.
            Morgan mendengus. Tanpa membuang masa lagi dia terus memasang perisai lutsinar.Perisai Lutsinar itu adalah perisai untuk mempertahankan diri serta meningkatkan kekuatan stamina mereka. Jika mereka bertarung tanpa menggunakan perisai, maka 50% dari kekuatan akan hilang, namun jika mereka memasang perisai tersebut 50% itu akan turun kepada 0.5%, jadi perisai itu amat bermakna bagi mereka.
            Katana dan Morgan berjalan perlahan-lahan menuju ke sisi gua.
            “Dengar sini, kita gunakan Devil Trap tahap 5. Kita akan letak dari setiap penjuru tempat ini,” arah Katana.
            “Baik. Aku ke sana.” Morgan terus berjalan ke sebuah sisi gua. Devil Trap yang akan mereka gunakan itu adalah untuk memerangkap semua syaitan itu didalam gua. Devil Trap tahap 5 adalah tahap yang tertinggi, tetapi kekuatannya tidak mampu untuk mengurung Syaitan bertaraf Q. Oleh itu, mereka hanya akan mengurung anak-anak buahnya. Selepas saja syaitan kecil itu dikurung, barulah Morgan akan mengumpan Syaitan bertaraf Q ke gerbang Dunia Orang Mati.
            Morgan mengisyaratkan kepada Katana sebaik saja dia sudah bersedia untuk memasang perangkap itu. Katana mengangguk selepas melihat isyarat Morgan.
            Morgan memotong tapak tangannya. Untuk memansang perangkap tersebut, darah si pengguna sendiri itu yang diperlukan. Mulut Morgan sudah mula terkumat-kamit membacakan mantera. Dan perlahan-lahan darah yang menitis diatas tanah itu mengalir menuju kearah Katana. Darah Katana juga mengalir bertembung dengan darah Morgan.
            Tidak semena-mena, sebuah jeritan kuat dari gua kedengaran. Katana dan Morgan saling berpandangan. Perangkap itu tidak akan memberi kesan sehinggalah syaitan itu melihatnya sendiri. Kalau begitu pasti ada sesuatu yang terjadi didalam.
            “Cepat Morgan, selesaikan mantera ini!” Katana seakan menjerit.
            “Morgan!”
            Serentak Morgan dan Katana memandang kearah gua. Tubuh seseorang yang hampir hilang muncul dihadapan mereka.
            “Kanda Viel?” sebut Morgan tidak percaya. Bukankah abangnya sudah masuk ke lubang cahaya itu, bagaimana pula abangnya boleh berada disitu?
            “Katana?” panggil Morgan. Katana menggeleng, dia sendiri tidak tahu bagaimana itu terjadi. Dia sendiri yang manyaksikan Viel melangkah masuk ke dalam cahaya itu.
            “Morgan, ini kanda. Kanda!”
            “Tidak Morgan, dia bukan Viel. Viel sudah masuk ke dalam cahaya itu!” Katana seakan menyangkal. Roh yang sudah melangkah ke dalam cahaya tidak boleh kembali lagi didunia itu.
            “Tapi…”
            “Morgan, selesaikan mantara itu sekarang juga!” jerit Katana. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa. Takut syaitan bertaraf q itu tiba lebih awal dan merosakan segala rancangan mereka.
            “Morgan…” Viel seakan merayu.
            Tidak semena-mena, tubuh Katana lesap dari pandangan Morgan. Morgan tercari-cari bawah dan atas, kiri dan kanan. Tapi bayang-bayang Katana sudah tidak kelihatan. Morgan semakin resah.
            Tidak sampai seminit kehilanagan Katana, sekujur tubuh menghempas diatas tanah. Morgan tersentak melihat tubuh Katana yang terkuali layu.
            “Bagus Morgan, kamu berdua memang bijak. Tapi aku lebih bijak,”
            Pantas kepala Morgan berpaling ke arah suara itu, di atas pokok. Belum sempat dia melihat pemilik suara itu, syaitan bertaraf q sudah muncul tepat dihadapannya. Morgan kecut perut. Hampir hilang nafasnya dek ketakutan.
            Tidak semena-mena, perut Morgan ditengdang dengan lutut serentak itu tubuh Morgan terpelanting melanggar pokok yang ada dibelakangnya. Tubuh Morgan menghempas tanah.
            “Morgan!” Viel terjerit.
            Syaitan bertaraf Q itu tergelak sakan melihat kesensaraan Morgan dan juga abangnya. Perlahan-lahan Syaitan itu melangkah mendekati Viel. Sejak dari mula lagi Viel adalah sasaran dia. Pada saat Katana berpaling selepas menghantar Viel masuk ke dalam cahaya, dia cepat-cepat menangkap roh Viel.
            Syaitan bertaraf Q itu terus menikam perut Viel dan memasukkan semua tangannya ke dalam.
            Viel sudah mengerang kesakitan. Walaupun dia hanya tinggal roh, tapi kesakitan itu masih ada kerana dia masih algi berada didunia orang mati. Syaitan bertafar Q itu menoleh ke belakang memandang Morgan yang masih menahan kesakitan.
            “Morgan!” panggil Viel.
            Morgan segera mengangkat kepala dan melihat tubuh syaitan itu hampir hilang didalam perut abangnya. Ketika itu, tubuh Morgan sudah terketar-ketar melihat penderitaan Viel. Air matanya sudah bergenangan. Saat Viel menghulur meminta tolong, Morgan tidak mampu pun untuk bangkit. Terasa seperti tulang belakangnya sudah diratah-ratah walaupun perisai Lutsinar itu masih berada dalam tubuhnya.
            Dan seketika kemudian, seluruh tubuh syaitan itu sudah lesap didalam perut Viel. Tubuh Viel rebah diatas tanah. Buat seketika Morgan terpana. Sejenak, dua jenak, tubuh Viel masih kaku dan beberapa saat kemudian dia melihat tubuh itu bergerak.
            “Kanda!” panggil Morgan. Dengan sisa kekuatan yang tertinggal, dia mengensot mendekati Viel.
            Tiba-tiba dia terdengar gelak tawa seseorang. Viel bangkit, kini tubuhnya sudah sempurna. Tubuhnya tidal lagi tembus pandang.
            “Kanda!” panggil Morgan.
            “Aku bukan Viel!”
            Mata Morgan terbeliak.
            “Viel yang kau sanjung-sanjung itu sudah tidak wujud lagi!”
            Serentak itu darah panas menyiarap diotak Morgan.Seluruh tubuhnya sudah terketar-ketar.
            “Dan kini, giliran kau pula untuk mati!”
            “Viel!!” jerit Morgan kuat dan suaranya itu berpanjangan membuatkan awan-awan diatas sudah membentuk pusaran hitam, dan ditengah-tengahnya sudah beganti-ganti kilat memancar. Angin dan tanah seiringan mengikut rentak jeritan Morgan.
            Syaitan itu sudah menelan liur melihat perubahan Morgan. Kekuatan yang dirasainya sudah mula meningkat malah meningkat dengan pantas sekali sehingga kekuatannya sudah tidak dapat diukur lagi.
            Perlahan-lahan Morgan bangkit. Rambutnya yang berwarna ungu itu berubah menjadi warna putih keemasan dan perlahan-lahan ia memanjang sehingga ke tanah. Morgan mengangkat kepala, matanya yang ungu juga kini sudah menjadi putih. Morgan mengangkat jari telunjuk kearah syaitan itu.
            “Kau akan mati disini!” suara Morgan kedengaran berbeza, seakan suara yang bergema didalam balang. Morgan melangkah menghampiri syaitan itu.
            Syaitan itu mendengus kasar. “Kau yang akan mati disini, Dewi Maut!”
            Serentak itu Morgan dan syaitan tersebut bertembung sehingga mengeluarkan bunyi dentuman kuat. Tanah disekeliling mereka merekah lantas meletup. Suasana gelap itu kini diselebungi dengan debu tebal.
            Sebaik saja debu itu berangsur hilang, tiada lagi siapa-siapa yang kelihatan disitu Hanya kawah besar saja yang terbentuk diatas tanah.  
           

6 comments:

siti said...

dah lama sgt tunggu sambungannya.
writer, rajin2 la post n3 ni ye.

Feyrarie sEreen said...

new n3!!thanks okie but still tk puas and waiting 4 another new n3,again,bcoz>I cant wait for Blackdemon muncul~~ dewi<3demon sweet.< pe pun.keep it up..

Anonymous said...

hem...lmnya tnggu just utk 1 entry saja.....pls....smua org xsabar tgu entry n nk tau d ending of dis enovel...u're writer..then jagn ambil ms yg pnjg utk post evn just 1entry...sori emosional...tp xkesianke dgn smua peminat yg hari2 bukak page ni hnya untk bc entry awak...

chibi aisyah-chan said...

please admin..tlg wat smbungn citer niey..x saba nk tunggu ending dyew....

Fiza Zainal Abidin said...

Dah setahun still takde sambungan

Anonymous said...

Cik witch, ade lg x smbgn die.....