Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Tuesday, April 10, 2012

The Curse Of White Lily: Tale 2


Ivy merenung Ian yang baru menapak masuk ke dalam pejabat perpustakaan Roselle. Seorang gadis berpakaian agak seksi memeluk Ian sebaik sahaja lelaki itu tiba.
            “Abang…” Myra merengek.
            “Apa yang dia dah buat kali ni?” Ian memandang Ivy.
            “Adik awak cuba seludup keluar beberapa buah buku daripada perpustakaan.” Ivy dengan tenang memberitahu.
            “Myra nak..” Ian memberi isyarat supaya adiknya diam. Myra mencebik.
            “Saya terpaksa laporkan hal ini kepada jabatan disiplin.” Ian memicit pelipis apabila mendengar kata-kata pustakawan di hadapannya.
            “Tak ada apa-apa yang awak boleh buat?” Ian mencuba nasib namun sebuah keluahan terlepas apabila melihat Ivy menggeleng kepala.
            “Lepas ni kau jawablah dengan ayah. Aku tak mahu masuk campur.” Ian terus sahaja mengambil kertas di tangan Ivy sebelum menurunkan tanda tangan.
            “Kau…Jaga-jaga.” Myra mengukirkan senyuman sinis sebelum berlari mendapatkan Ian. Ivy menggelengkan kepala. Macam-macam kerenah budak zaman sekarang ni.
***
Vic memberi isyarat kepada Deane agar menghampiri mayat yang diselimuti dengan kain putih di atas stretcher di bilik mayat.
Deane buat muka. Sememangnya dia tak berapa suka apabila terpaksa berhadapan dengan mayat. Namun apa yang dibencinya itulah yang dia terpaksa buat kebelakangan ni.
            “Jaga-jaga, Mayat tu mungkin bangun dan sergah kau!” Deane mendecit apabila mendengar kata-kata Vic. Vic ketawa dan duduk di atas meja yang berhampiran.
            Deane menurunkan sedikit kain putih yang menyelimuti tubuh mayat Datuk Bandar Accrapolis.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum meletakkan tangannya di atas muka Lord Henry.
            “Hah!”
            “Argh!” Deane terkebelakang beberapa tapak. Jantungnya berdegup laju. Selaju kereta lumba mungkin.
            Deane memicingkan pandangan ke arah Vic apabila terdengar lelaki itu ketawa berdekah-dekah.
            “Tak guna kau, Vic! Kalau kau tak nak terbaring sebelah Datuk Bandar ni, lebih baik kau diam.” Deane memberi amaran.
            Vic berdehem perlahan dan berjanji akan duduk diam-diam. Deane menarik nafas panjang sekali lagi sebelum menghampiri mayat Lord Henry.
            Dia melarikan tapak tangannya di antara muka Lord Henry sehingga ke bahagian dada. Vic menghampiri apabila Deane menggamit.
            Beberapa saat kemudian, muncul beberapa garisan halus di sekitar leher Lord Henry.
            Vic memegang garisan berkenaan. Pembunuhan yang cantik dan bersih.
            “Kesan luka ni, sama seperti mangsa-mangsa yang lain juga. Elders akan bertambah marah. Belum selesai kes yang lain, datang pula lagi satu kes.” Deane memandang ke arah muka Vic yang berkerut. Tiada lagi gurauan daripada lelaki itu.
Bagi Deane, Vic seorang yang amat susah untuk dijangka sama ada daripada segi emosi mahupun tindakan. Sekejap boleh dibawa bergurau, sekejap serius.
            “Bagaimana dengan cctv?” Vic memandang Deane.
            Deane menggeleng.  “Kesan pencerobohan pun tak ada.” Deane menggumam perlahan namun masih dapat didengari Vic.
            “Bagaimana dengan saksi? Mustahil tak ada saksi sedangkan pengawal peribadi Datuk Bandar ramai yang mengawal malam semalam. Tak ada sesiapa yang mencurigakan?” Bertalu-talu Vic menyoal Deane.
            Deane menggeleng kepala sebagai jawapan kepada semua soalan Vic.
“Aku benci nak tambahkan serabut dalam kepala otak kau tapi tak ada saksi melainkan isteri Datuk Bandar.
Lagi pun, mengikut keterangan Lady Amelie, Datuk Bandar tiba-tiba sahaja menggelupur dan mencekik batang lehernya sendiri dalam keadaan tak sedar.”
“Pembunuh kita adalah hantu? Phantom?” Vic memandang wajah Deane seolah-olah ada jawapan di wajah Deane.
Vic mendengus perlahan setelah berdiam diri buat beberapa ketika. Mungkin dia patut singgah ke rumah Datuk Bandar sebelum pulang ke pejabatnya.
Pagi tadi, dia menyuruh Deane ke sana bagi pihaknya kerana dia mempunyai urusan lain.
            “Aku akan  singgah ke rumah Datuk Bandar sekali lagi dan kau, dapatkan laporan autopsy sebelum menghadiri mesyuarat malam esok.” Vic yang baru sahaja mahu beredar berpaling menghadap pembantunya apabila Deane memanggil.
            “Malam tadi, ada seorang tetamu bernama Jun berjumpa dengan Datuk Bandar.”
            “Cari lelaki tu sampai dapat. Dia mungkin dapat membantu kita.” Vic terus berlalu meninggalkan Deane.
            Deane menelan air liur yang terasa kesat. Dia merenung mayat Datuk Bandar.
            Tak apa…Mayat ni tak akan bangun semula. Deane tergelak sendiri untuk menutup debar di hatinya.

Ivy bercekak pinggang sambil memerhatikan kereta kesayangannya. Mukanya merah akibat menahan marah.
            Perlahan-lahan dia melarikan pandangan ke setiap ceruk keretanya yang kini sudah calar-balar dan disimbah cat merah.
“Kau…Jaga-jaga.”
            Amaran yang keluar daripada mulut anak bongsu Lady Marianne menggangu benaknya.
Sah! Tiada kerja orang lain lagi. Nampak gayanya terpaksalah dia pulang menaiki kenderaan awam hari ini.
            Esok sahaja dia akan menghantar kereta kesayangannya ke bengkel. Langit sudah bertukar warna menandakan hari telah malam. Lampu-lampu di jalan sudah mula terpasang.
Dengan langkah yang longlai, Ivy menapak ke arah perhentian bas berhampiran. Perutnya sudah berkeroncong minta untuk diisi.
Sedang asyik memikir apa yang mahu dimasak untuk makan malam, tanpa disedari Ivy, sepasang mata ralit memerhatikan dia daripada jauh.

3 comments:

arilman0224 said...

hehehe...spt yg dijangka superb...nk lg2...tnkx ek snow..ptt x leh bc, diedit rupenyer...baru tau...yg dulu x smpt bc pn, bru jer join this site....huhuhuhuhu...apepn keep up a gud work kay!!!!

Anonymous said...

huhuhuhu best ...suke....enjoy 2 read.... = cepattttlaaaaaaaaaa sambung ^_______^

Davella Goh said...

Bestla snow queen..