Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, July 20, 2011

Revenge 9 : Blue Necklace (part 2)


Revenge 9 : Blue Necklace (part 2)

 Saliva menutup buku di hadapannya. Kelopak matanya terasa berat. Angin malam menyapa tubuhnya. Baju sejuk yang dipakainya di tarik. Dia kesejukan teramat sangat! Saliva bangun dari kerusi dan berdiri di tingkap untuk menghirup udara segar dan melihat bulan. Dia merenung sayu bulan tersebut. Saliva menghela nafas berat. Bulan tersebut masih dipandangnya. Bulan.

Dia teringat satu ketika dahulu, bondanya selalunya menyatakan bahawa, bila seseorang itu kesepian atau merindui seseorang, pasti orang tersebut melihat bulan. Dan dia mula mengakui kebenaran kata-kata bondanya itu. Dia terasa hidupnya sunyi. Dia terlalu merindui keluarganya. Keluarga yang bahagia. Dark Devils. Nama Dark Devils, iaitu kumpulan yang bertanggungjawab merampas segala kebahagiannya meniti di bibir Saliva. Dan dia akan pastikan, semua ahli kumpulan tersebut menerima balasan yang setimpal atas perbuatan mereka. Sebuah senyuman yang menakutkan terukir di bibir Saliva. Tiba-tiba, ingatan Saliva mengimbas peristiwa yang berlaku pagi tadi.

Dari kejauhan Saliva dapat melihat lelaki semalam yang menarik perhatiannya. Dia melihat segala tingkah laku lelaki tersebut sebelum pergi menegur lelaki tersebut. Malangnya, ketika dia hendak melangkah menuju ke lelaki itu....

“Puan Telly panggil kau,” Danny menarik lengannya dan menyampaikan apa yang patut di sampaikan. Saliva terkesima. Otaknya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Danny.

“Apa?” Saliva bertanya lagi sekali. Dia terlupa bahawa dia mahu menegur lelaki yang memakai rantai berwarna biru tersebut.

“Puan Telly panggil kau dekat bilik dia.” Lagi sekali Danny mengulangi pesanan yang disampaikan oleh Puan Telly.

“Oh. Nanti aku pergi.” Balas Saliva selamba. Dia baru hendak melangkah apabila Monica menarik lengannya.

“Pergi sekarang Saliva. Kau tak akan cari masalah dengan cikgu lagikan?” Monica mengarah Saliva dan menyoalnya.

“Aku nak pergi jumpa lelaki tu,” Saliva memuncungkan mulutnya ke arah lelaki yang ingin dijumpainya. Monica menunjukkan isyarat tangan tanda tidak membenarkan. Saliva kerut dahi.

“Kenapa aku tak boleh jumpa dia pula?” Soal Saliva. Tidak puas hati.
“Aku cakap tak boleh, maknanya tak boleh.” Dengan selamba Monica membalas. Tiara menyokong dari  belakang.

“Mana boleh macam ni. Aku nak jumpa juga lelaki tu.” Saliva protes mendengar arahan Monica. Monica langsung tidak peduli mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Saliva. Dia menarik lengan Saliva menuju ke tingkat 9. Saliva cepat-cepat menarik lengannya supaya dia dapat bebas. Semasa agenda tarik menarik berlaku, mata Saliva menyinggah di tempat budak lelaki yang memakai rantai biru tersebut. Hilang! Budak tersebut sudah hilang! Saliva mencari-cari jikalau budak tersebut ada di sekelilingnya.

Malangnya, budak tersebut memang tiada di situ. Saliva mengeluh hampa dan membiarkan lengannya di tarik oleh Monica. Setelah dia sampai di bilik Puan Telly, Puan Telly memberitahu bahawa dia lupa kenapa dia panggil Saliva. Saliva menahan amarahnya.

Bunyi batuk kedengaran bertalu-talu. Saliva kembali ke dunia sebenar. Dia memusing kepala ke belakang melihat siapa yang batuk. Sarah. Sarah ialah pelajar yang baru masuk ke sini. Pelajar yang dikatakan cantik oleh Danny. Ya, Sarah memang cantik. Dia juga tidak menafikan kebenaran kata-kata Danny. Selain itu, Sarah juga seorang yang peramah. Matanya yang berwarna hitam pekat memang cantik! Rambutnya panjang melepasi bahu membuatkannya bertambah ayu. Saliva tarik nafas perlahan. Dia melihat segenap bilik tidur. Katil bilik ini ada tiga tingkat. Di bilik itu ada 50 katil. Lantainya sangat cantik kerana di hiasi oleh jubin yang diukir cantik. Di bilik itu juga terdapat meja untuk belajar. Saliva membuka langkah menuju ke katilnya. Dia menguap kecil sebelum menarik selimut. Dia meletakkan kepala di bantal dan terus tidur.

*****

“Itulah kau orang, aku cakap sikit kata aku ni mak tiri. Aku cakap pun sebab aku geram dengan kau orang. Asyik-asyik lambat bangun. Asyik-asyik aku yang kena kejutkan. Bila kau orang lambat bangun, aku yang kejutkan. Bila aku yang kejutkan, kau orang lambat bangun.  Bila aku tegur, nasihat. Mulut kau ni macam mak tirilah. Kita orang mana ada mak tiri lagi.” Saliva mengajuk kata-kata yang keluar dari mulut Tiara bila dia tegur mereka.

“Selamat hari ni pelajaran mula pukul 9. Kalau tak? Sah-sah kau orang kena cuci tandas. Tak pun cuci dan kemas bilik stor yang dah berhabuk, bersawang dan kotor tu. Lepas tu, mulalah minta aku tolong. Aku boleh tolong, tapi bila aku nak guna magis. Kau orang tak nak. Takut cikgu tahu. Selama aku kena hukuman cuci tandas dekat tingkat 9 dan 10. Selama tu juga aku guna magis. Ada cikgu tahu? Tak. Pandai-pandailah guna. Jangan kena tangkap.” Saliva sambung bebelannya.

Tiara dan Monica terpaksa tahan telinga. Memang salah mereka. Liat bangun tidur. Selamat tadi ada budak bagi tahu yang kelas mula lambat sebab semua cikgu ada hal. Sebenarnya semua kelas ada buat dua sesi. Sesi petang dan pagi. Semasa sesi pagi, para pelajar boleh pilih pelajaran mana yang hendak di masuk dahulu. Dan bila sesi petang, pelajaran seterusnya pula yang harus di masuk. Contoh, bila seseorang itu ambil magis hitam dan magis penyembuh. Dia boleh pilih magis mana yang hendak di masuki dahulu. Jika sesi petang dia mahu masuk ke kelas magis hitam. Maknanya pada sesi pagi dia harus masuk ke kelas magis penyembuh. Oleh sebab itu, semua kelas di buka waktu pagi dan petang. Pelajar-pelajar boleh pilih kelas yang hendak di masuk dahulu.

Langkah Saliva terhenti begitu juga dengan bebelannya. Tiara dan Monica terkejut kerana Saliva berhenti tanpa beri isyarat. Selamat mereka bertiga tidak berlanggar. Mata Saliva melihat lelaki yang sudah lama hendak di dekati tersebut. Dia berazam hari ini dia harus mendekati lelaki tersebut. Saliva pantas berjalan menghampiri lelaki itu. Monica dan Tiara langsung tidak dipedulikan. Hanya lelaki itu sasarannya sekarang. Dia pura-pura langgar lelaki tersebut. Habis jatuh buku lelaki itu dan bukunya. Saliva dengan pantas mengambil bukunya sambil matanya melihat tajuk buku lelaki tersebut. Oh, Dark Magic dan Healing Magic rupanya. Desis hati kecil Saliva.

“Opss.. Sorry. Tak sengaja. Minta maaf ya. Urm... Saya Valisa.” Saliva mula memperkenalkan dirinya. Dia harus pantas bertindak. “Argon.” Balas lelaki itu. Hati Saliva sudah tersenyum.

p/s : Sudah agak serabut pkir jalan cerita utk 4 bab terakhir.. hurmm..

Wednesday, July 6, 2011

Stanza Terakhir : Bab 3

Dewan berbentuk heksagon yang sederhana besarnya itu riuh rendah dengan suara beberapa orang ahli tertinggi Majlis Senat. Wajah masing-masing kelihatan gusar, risau dan ada di antaranya yang pucat lesi. Semuanya gara-gara berita yang diterima mereka beberapa jam lalu. Berita yang sama juga yang membuatkan sidang tergempar ini terpaksa diadakan demi menyakinkan ahli-ahli senat bahawa tiada apa yang perlu mereka bimbangkan.

Rayyu duduk memerhatikan gelagat ahli-ahli senat di hadapannya dengan wajah bosan. Kalau bukan kerana diajak Arios, dia tidak ingin menjejakkan kaki ke tempat ini. Bukan dia tidak tahu dirinya tidak disukai oleh seorang pun anggota senat yang hadir. Sepatutnya pakciknya yang duduk di kerusinya pada waktu ini. Namun keadaan kesihatan Raja Malique tidak begitu sihat hari ini dan pewaris tunggalnya pula tiada di Crystalissa ketika ini, dia sebagai anak saudara Malique terpaksa menggantikan tempat raja itu.
“Nyawa kami semua di dalam bahaya, Arios. Kau sebagai ketua Majlis Jaksa Pendamai perlu lakukan sesuatu!” Ujar Senator Emaen kuat.
Keadaan menjadi senyap seketika. Rayyu menoleh ke sebelah kanannya. Wajah senator beruban putih itu dipandang tidak berperasaan. Kemudian pandangannya beralih ke arah Arios, yang berada duduk di sebelah kirinya. Wajah ketua Majlis Jaksa Pendamai yang juga ketuanya itu kelihatan tenang.
“Benar Arios! Sudah tiga orang senator mati dibunuh.  Tak kan kau nak tunggu ramai lagi yang mati baru kau hendak ambil tindakan?” Seorang lagi senator yang duduk di kerusi bertentangan dengan Rayyu bersuara. “Entahkan, aku mangsa seterusnya?” Sambung lelaki itu lagi.
Rayyu cuba menyembunyikan senyumannya. Wajah Senator Nafiq yang jelas ketakutan dipandang sekilas. Memang kau patut takut, bisik hatinya.
Suasana menjadi hingar bingar semula. Masing-masing sibuk menyuarakan kebimbangan mereka. Arios di sebelahnya masih tenang seperti tadi. Tetapi Rayyu sudah tidak betah lagi menjadi pemerhati. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Sudah!” Bentak Rayyu sambil menghentakkan tangannya ke atas meja. Semua yang hadir di dalam dewan itu terdiam. Mereka semua memandang ke arah Rayyu yang nampak tegang.
“Kamu semua panggil beta ke mari untuk dengar kamu bertengkar?” Soal Rayyu sinis. Satu persatu wajah mereka yang hadir di dalam dewan itu dipandangnya. Walaupun wajah mereka nampak tidak senaang dengan jerkahan Rayyu tetapi tiada siapa yang berani bersuara. Walaupun mereka bencikan putera raja itu namun rasa takut kepada putera itu lebih menebal. Akhirnya semuanya tunduk membisu.
Rayyu menoleh ke arah Arios. Dia memberi isyarat agar lelaki itu bersuara. Arios mengangguk faham. “Tuan-tuan semua. Saya tahu anda semua risau dengan kejadian yang berlaku kebelakangan ini dan percayalah, pihak majlis memandang serius akan perkara ini. Sebab itulah, kami panggil semua ahli tertinggi Majlis Senat ke sini hari ini untuk membincangakan langkah-langkah yang akan kami ambil,” ujar Arios tenang.
Ahli-ahli Majlis Senat berpandangan sesama sendiri. Kata-kata Arios seolah-olah mengesahkan andaian mereka selama ini. “Jadi benarlah khabar angin yang mengatakan para senator adalah sasaran utama pembunuh itu?” Tanya Senator Nafiq. Wajahnya yang sejak tadi kepucatan bertambah pucat.
“Sejauh mana kebenaran khabar angin itu belum dapat kami pastikan. Namun langkah berjaga-jaga akan diambil,” balas Arios.
“Nyawa kami semua dalam bahaya? Kita akan mati?” Tanya Senator Nafiq lagi.
“Apa yang kau merepek ni, Nafiq?” Bentak Senator Nolan.
Senator Nafiq mulai panik. “Kita akan dibunuh. Kita akan jadi macam Zofan, Tobin dan Zackaria. Kita akan mati! Kita akan mati!” Dia bangun dari tempatnya dan berjalan mundar-mandir di dalam dewan itu. Mulutnya tidak berhenti-henti mengucapkan perkataan mati. Kepanikan Senator Nafiq membuatkan senator-senator yang lain tidak senang duduk. Keadaan mulai menjadi hiruk pikuk dengan suara mereka bertengkar sesama sendiri.
“Tuan-tuan, bawa bertenang,” pinta Arios namun suaranya tenggelam di dalam kebisingan bilik itu.
Rayyu menggeleng perlahan. Jarinya memicit-micit pangkal hidungnya, cuba menenangkan hatinya untuk tidak naik angin. Namun suara pertengkaran itu semakin kuat. Malah ada di antara mereka yang sudah mula bertindak kasar. Dia sudah tidak sabar lagi. Tangannya mencapai pistol laser yang tersemat di pinggangnya.
“Tuanku?” Arios di sebelahnya memegang tangannya, cuba menghalang dia dari melepaskan tembakan.
“Ini saja caranya nak suruh mereka diam!” Balas Rayyu seraya melepaskan tembakan ke udara. Bunyi tembakan disusuli dengan bunyi kaca berderai membuatkan mereka yang berada di dalam dewan itu terdiam. Mata mereka membulat memandang Rayyu dengan pistol laser di tangan.
“Kembali ke tempat masing-masing dan biarkan Tuan Arios habiskan kata-kata dia atau sasaran seterusnya bukan lampu di siling itu, faham?” Dalam suara Rayyu bertanya. Tanpa banyak soal, mereka kembali ke tempat mereka.
“Uruskan mereka. Beta akan berada di bilik menunggu,” ujar Rayyu pada Arios seraya keluar dari dewan itu. Lagi lama dia berada di dalam dewan itu, entah apa lagi yang akan dilakukannya.
***
Rayyu merenung panorama senja dari tingkap bilik menunggu. Bandaraya Crsytalissa diterangi lampu-lampu neon pelbagai warna. Dari bilik itu dia dapat melihat dengan jelas keadaan bandar yang sibuk itu. Kalau melihat pada jam digital di dinding bilik itu, sekarang adalah waktu pulang dari pejabat. Sebab itulah kenderaan bertali arus memenuhi jalanraya dan keretapi laju tidak berhenti-henti melalui landasannya.
Kalau dilihat dengan mata kasar, Crystallissa tidak ubah seperti bandar lain. Namun hakikatnya negara ini hanya ‘cantik’ di permukaannya sahaja sedangkan di sebaliknya penuh dengan kotoran yang menjijikan. Kalau tidak masakan di antara puluhan orang ramai di bawah sana, terdapat anggota keselamatan yang berkawal setiap masa? Kenapa perlu peraturan yang tidak masuk akal diwujudkan? Dan yang paling membuatkan Rayyu marah adalah pemisahan sector yang diwujudkan. Kenapa perlu diwujudkan Sektor Emas dan Sektor Zero? Kenapa penduduk Crystallisa tidak boleh hidup di negara ini tanpa mengira bangsa, keturunan dan status?
Rayyu tersenyum hambar. Jawapannya ada pada pakciknya yang sedang sakit dan senator-senator yang berada di dalam dewan tadi. Selagi mereka ini masih hidup, negara ini akan kekal seperti ini. Dahulu, ketika zaman pemerintahan datuknya, semua ini tidak pernah wujud. Namun sejak Raja Malique menaiki tahkta, segalanya berubah. Sebab itu Rayyu tidak peduli tentang kejadian pembunuhan yang melibatkan senator-senator sejak kebelakangan ini. Baginya mereka wajar mati. Hanya itu sahaja caranya itu mengembalikan kegemilangan Crsytallisa.
“Putera Rayyu.” Sapaan Arios menyentak lamunan Rayyu. Dia berpaling.
“Dah selesai?”
Arios mengangguk. “Seperti yang dikehendaki tuanku raja, setiap senator dan ahli keluarganya akan diberikan pengawal keselamatan dari Majlis Jaksa Pendamai. Sehingga pembunuh itu ditangkap, mereka akan dijaga 24 jam.”
Rayyu ketawa kecil sambil mengadap kembali ke tingkap. “Kita sendiri tidak ada petunjuk angkara siapa semua ini, bagaimana tangkapan hendak dilakukan? Dan sejujurnya, Arios, aku lebih suka kalau pembunuh itu dibiarkan lepas. Senang tugas kita nak bersihkan negara ini kembali!”
Arios tersenyum tawar. “Walaupun patik setuju dengan pendapat tuanku, tapi negara ini masih ada undang-undang. Setiap yang salah patut dibicarakan dulu.”
Rayyu menjeling Arios dengan ekor matanya. “Dibicarakan?” Rayyu ketawa sinis. “Bila Malique dah tidak ada nanti baru kita boleh bercakap tentang perbicaraan, Arios. Selagi dia yang mengetuai kerajaan, selagi itu negara ini akan terus begini,” sambung Rayyu perlahan. “Kalau nenda masih hidup, pasti keadaannya berbeza.” Bisik Rayyu namun masih mampu didengari oleh Arios. Bahu putera itu ditepuk perlahan. Simpati dengan apa yang dirasai pemuda itu.
“Bersabarlah, tuan putera. Patik percaya, keadilan masih wujud di luar sana. Cuma kita perlu lebih banyak bersabar dan cuba sedaya upaya untuk mengubah Crystallisa,” ujar Arios.
Rayyu tersenyum kecil. Pandangannya dilemparkan ke arah lanskap bandaraya Crystallisa di hadapannya. “Mungkin keadilan itu telah pun bermula?”
Arios tersentak. Wajah Rayyu yang sedang tersenyum direnung tajam. Riak wajah itu dan nada bicara putera itu tidak sekata. Belum sempat dia mahu bertanya apa-apa, anak muda itu berpaling untuk keluar dari bilik itu. Soalan Arios mati di dadanya. Namun dalam hati dia berharap agar kata-kata itu tidak mempunyai maksud apa-apa.

********************************************************************
Saya minta maaf pada sesiapa yang menunggu sambungan kisah ini. Kisah ini masih lagi dalam proses penyiapan. Saya pos di sini sebagai salah satu cara untuk naikkan semangat saya agar segara menyiapkannya. Bagi yang ingin tahu, Stanza Terakhir ialah sebuah novel  genre romance fantasi. Sebuah kisah cinta yang berlaku di dalam sebuah dunia ciptaan saya sendiri. Maaf jika ia tidak dapat memenuhi selera semua golongan pembaca. Terima kasih kepada yang mengikuti. ^_^

Saturday, June 18, 2011

Revenge 9 : Blue Necklace (part 1)


 Revenge 9 : Blue Necklace (part 1)

Sudah sebulan peristiwa di mana Saliva, Monica dan Tiara dikenakan hukuman mencuci tandas tanpa menggunakan magis. Saliva dikerah membasuh tandas sekolah di tingkat 9 dan 10. Manakala Monica di tingkat 7 dan 8. Tiara pula tingkat 5 dan 6. Mereka semua kena mencuci tandas tersebut setiap 2 minggu selama sebulan.

Sebulan jugalah Saliva menggunakan magis untuk membersihkan tandas tersebut. Monica dan Tiara tidak menggunakan magis untuk membersihkan tandas kerana mereka takut hukuman yang lebih berat akan dikenakan. Tidak pada Saliva. Baginya, selagi ada magis, selagi itu dia akan menggunakan magis sebaik mungkin. Nama mereka bertiga turut menjadi popular kerana baru dua hari bersekolah di situ tetapi sudah melanggar peraturan. Saliva tidak ambil pusing tentang itu tetapi Monica dan Tiara ambil pusing. Setiap kali mereka lalu di mana-mana, pasti ada suara sumbang bercakap mengenai mereka. Tiara dan Monica terpaksa tahan telinga.

Tetapi Saliva dengan selambanya berhenti pada orang yang bercakap tentang mereka dan berkata, “Kenapa? Ada masalah ke? Kalau nak mengumpat pun tak payah nak bisik-bisik. Cakap teruskan lagi elok.” Tanpa berperasaan Saliva berkata kepada dua orang murid perempuan yang sedang mengumpat mereka bertiga dan berlalu pergi dari situ. Monica dan Tiara mahu sahaja mengetuk kawannya itu. Apa tidaknya, kalau dua orang makhluk tu mengadu pada cikgu, semestinya mereka akan kena hukuman yang lagi berat. Budak yang mengumpat tadi terdiam melihat reaksi Saliva. Mereka akhirnya berjalan tanpa membuka mulut.

“Wei Valisa, kau nak mati ke? Kalau ya pun marah, janganlah tegur dia orang. Kalau dia orang mengadu dekat cikgu macam mana? Masak kita.” Tiara berkata-kata sambil memegang tangan Saliva.

“Kau orang jangan risaulah. Aku tengok dia orang tu macam okey aje. Aku rasa dia orang tu mesti dari bilik Ruby. Kalau bilik Crystal atau Diamond mesti dia orang marah punya.” Balas Saliva selamba. Ingat dia takut. Selagi mulut ada, selagi itu dia akan bercakap apa yang dia mahu. Sakit atau tidak, itu tolak belakang. Yang penting, dia hendak cakap apa yang dia mahu cakap. Tiara dan Monica hanya mengeluh. Selama sebulan ni, mereka sudah teramat kenal Valisa. Hanya membuat benda ikut suka hatinya. Kelentong cikgu nombor pertama. Tapi disebabkan mereka berdua, dia tidak dapat kelentong cikgu.

Sedang Saliva berjalan menuju ke bangunan tempat mereka tidur, dia terpandang seorang lelaki yang begitu menarik perhatiannya. Hal ini kerana, lelaki tersebut memakai rantai yang berwarna biru. Ukiran yang terdapat di sekeliling rantai tersebut, sama dengan ukiran yang terdapat pada rantainya yang berwarna merah. ”Siapa budak tu? Kenapa hari ni baru aku nampak dia? Kenapa tak masa hari pertama masuk ke sini?” Pelbagai soalan menerjah ke dalam kepala Saliva. Dia harus mencari cara supaya dapat merapati lelaki tersebut. Harus! Akhirnya dia mengukir senyuman kecil. Dia tahu bagaimana. Danny dan Slyer!

*****

“Hai kau orang, lama tak jumpa. Rindu gila aku dengan kau orang.” Ujar Saliva apabila dia melihat Danny dan Slyer di ruang tamu tingkat 4.

“Aku rindu juga kat kau. Yalah, dah sebulan kita tak bercakap. Masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. ” Danny membalas. Matanya masih lagi terlekat pada buku yang berada di tangannya. Saliva tidak ambil pusing tentang itu.

“Urmm.. kau orang, ada pelajar baru ke masuk sekolah kita?” Saliva mula bertanya. Danny angkat muka. Tiara dan Monica yang duduk di sebelah Saliva kerut dahi.

“Eh, macam mana kau tahu? A’ah ada pelajar yang baru masuk. Baru dua hari lepas dia masuk sini. Pelajar perempaun. Cantik!” Saliva ketuk kepala Danny. Danny menggosok kepalanya.

“Apa? Betullah kata aku. Cuba kau tanya Slyer. Mesti dia kata sama macam aku,” Slyer tersenyum di sebelah Danny. Dia rasa dia tahu apa yang Saliva harapkan.

“Kau ada nampak budak lelaki yang kacak tu ke?” Slyer bertanya pada Saliva. Mata Saliva sudah bercahaya, “Yang itulah aku nak dengar. Pelajar lelaki baru. Bukan pelajar perempuan.” Danny mendengus, “Gatal!” Cemuh Danny. Saliva pekakkan telinga. Buat-buat tidak dengar. Matanya kini hanya menatap muka Slyer. Tidak sabar mendengar perihal lelaki yang begitu menarik perhatiannya itu.

“Dia tu baru hari ni masuk. Aku pun tak tahu dia ambil magis apa. Tapi aku rasa semestinya dia ambil Dark Magic.” Slyer berhenti di situ. Saliva memandang tidak puas hati, “Lagi?” Saliva bertanya. Slyer memandang Saliva, “That’s all I know. Nothing more or less.”

Saliva tarik nafas dan melepaskannya. Dia berasa hampa. Terlalu sedikit maklumat yang dia dapat. Terlalu sedikit! Dia mengetap bibirnya. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mendekati lelaki tersebut. Kawan-kawannya yang berada di hadapan, tidak dipedulikan. Akhirnya, senyuman terukir di bibir. Idea sudah datang!

Saturday, June 11, 2011

Revenge 8 : The Class Begin (part 2)


 Revenge 8 : The Class Begin (part 2)


“Hai cik adik manis, basuh pinggan betul-betul ya,” Saliva mengenakan Monica dan Tiara yang sedang membasuh pinggan mangkuk. Monica dan Tiara angkat muka. Muka mereka sudah masam.

“Dahlah, guna aje magis. Bukan cikgu tu nampak pun,” Saliva memberi idea yang jahat. Monica dan Tiara tersentak begitu juga Slyer dan Danny. Danny menepuk bahu Saliva, ”Kau nak dia orang kena lagi teruk ke? Tak pasal-pasal cikgu tu suruh dia orang cuci pinggan mangkuk selama seminggu.”

“Laa.. aku cuma nak menolong aje. Habis tu, tak kan kau nak tengok kawan-kawan kau kena basuh pinggan mangkuk yang nak dekat 6000 ni. Kelas ke-2 mula pukul 2.30 petang. Kau nak dia orang punya tangan mengecut dan penat ke? Tak ke kesian tu. Aku rasa cadangan aku tu baguslah.” Saliva mempertahankan cadangannya. Danny menggeleng kepala tanda tidak setuju.

“Aku tahu, kau nak aku tolong dia orang basuh pinggan mangkuk ni kan? Hei.. sorry sikit.. Aku tidak akan pernah sesekali mengotori tanganku dengan membasuh pinggan mangkuk budak-budak ni. Pinggan mangkuk aku bolehlah aku basuh, tapi bukan budak-budak ni.” Pantas Saliva mencelah apabila melihat Danny hendak buka mulut. Danny yang hendak buka mulut terbantut. Dia tidak pernah terfikir kata-kata yang diucapkan oleh Saliva. Dia hanya mahu memberitahu bahawa dia hendak pergi ke tandas.

Tiba-tiba Danny tepuk tangan. Saliva pelik. Begitu juga Monica dan Tiara. Slyer sudah hilang ke mana entah. Mungkin pergi cari makanan. “Baguslah idea kau tu Valisa. Aku tak pernah terfikir.” Saliva terdiam. Bagus? Gila apa. Dia ingat aku akan setuju dengan idea tu. No way!

“Kenapa bagus pula? Kau nak tolong dia orang ke? Tolonglah. Aku tak halang.” Dengan cepatnya Saliva menyelamatkan diri. Dia pergi meninggalkan Monica, Tiara dan Danny yang terpinga-pinga.

“Ceh, apa punya kawanlah Valisa tu. Tak kanlah tak nak tolong kita. Kita ni kawan dia. Eeee...” Tiara merungut. Monica hanya memandang kelibat Valisa sehingga hilang. Danny pula tersenyum kecil mendengat rungutan Tiara.

“Aku tahu macam mana, tapi kau tak boleh tonjolkan diri kau orang sehingga aku beritahu.” Kata-kata Slyer yang entah mana datangnya mencelah. Mata Monica bercahaya apatah lagi mata Tiara.

“Betul ke? Macam mana? Cepatlah.” Dengan tidak sabar-sabar Tiara bertanya.

“Tetapi ingat, jangan tonjolkan diri kau orang sehingga aku kata boleh,”

“Senang aje tu,” balas Tiara. Monica juga turut mengangguk.

“Okey, macam ni...” Mereka berempat berbisik-bisik. Monica dan Tiara sudah tersenyum lebar. Danny menepuk-nepuk bahu Slyer.

“Bergeliga juga otak kau,” ucap Danny. Slyer tersengih. Monica dan Tiara sudah tidak sabar untuk memulakan rancangan mereka.

*****

Saliva berjalan menuju ke sebuah bangunan tempat di mana mereka semua tidur. Dia baru sahaja keluar dari tandas. Sedang asyik di melayan perasaan, tiba-tiba ada tangan menekup mulutnya dan dia di tarik ke dalam bilik stor. Saliva hendak membaca mantera tetapi tidak jadi apabila melihat Monica dan Tiara di depannya.

“Macam mana kau orang boleh ada dekat sini? Bukan kau orang kena basuh pinggan mangkuk ke?” Tanya Saliva kehairanan. Monica dan Tiara tersenyum sinis, “Terima kasih pada Slyerlah. Bergeliga gila otak dia. Dia gantikan tempat kita orang dengan batu. Batu tu yang buat kerja kita orang. Batu tu serupa dengan kita orang.” Terang Tiara.

“Hah?? Aku tak faham,”

“Hurmm.. lembaplah kau ni. Slyer, dia ambil seketul batu dan jampi dekat batu tu supaya batu tu menyerupai kita orang. Jadi sekarang, batu tu yang tengah buat kerja kita orang. Tapi kita orang tak boleh dilihat oleh orang. Kalau tak lagi teruk kita orang kena. Sebab tu kita orang nyorok dekat bilik stor ni. Tempat yang kita orang rasa selamat!” Kali ini giliran Monica yang menerangkan. Saliva angguk kepala. Mengerti.

“Jadi, kenapa tarik aku sekali? Aku nak pergi kelaslah pukul 2.30 petang ni.”

“Sebab kita orang bosanlah. Tak akan kita orang berdua aje. Jadi, kita orang ajak kau sekali. Alah, belajarlah dengan kita orang dekat sini. Tiara ambil Magical Crystal juga. Sama macam kau.” Monica membuat alasan.

“Yalah tu, ke kau nak aku kena denda sekali? Cakap ajelah. Aku tak kisahlah kalau kena denda. Aku guna taktik kotor kalau kena denda nanti.” Balas Saliva dengan bersahaja.

“Wah.. pandai kau baca fikiran kita orang. Kalau dah tahu tu, jadi kita duduk sini sampai kelas tamat. Macam mana?” Tanya Monica.

“Aku boleh aje. Tak kisah pun.” Balas Saliva seperti tidak ambil peduli. Dia meletakkan kepala di atas bukunya dan terus melelapkan mata. Tiara dan Monica ikut sama.

Friday, June 3, 2011

Revenge 8 : The Class Begin (part 1)


Revenge 8 : The Class Begin (part 1)

“Monica! Tiara! Bangun! Sekarang dah pukul 7 pagi! Kau orang nak lambat pergi kelas ke? Nak kena denda ke?” Saliva mengejutkan dua kawan barunya. Tidur tak ingat dunia! Monica dan Tiara mengeliat. “Pukul berapa sekarang?” Tanya Monica mamai.

“Sayang, dah pukul 7 pagilah! 7 pagi! Cepat pergi mandi! Pukul 8 ada kelas,” Saliva berkata dengan cepat sekali. Otak Monica yang baru bangun dari tidur itu lambat memproses kata-kata Saliva. Dia masih menggaru-garu kepalanya. Habis serabai rambutnya. Tiara pula boleh selamba sambung tidur balik semula.

“Cari pasal betul budak dua ekor ni,” Saliva menggaru kepalanya pula. Dia baru lepas sudah mandi. Dia sudah mengejutkan Monica dan Tiara sebelum pergi ke bilik mandi. Semasa dia pulang dari bilik mandi. Mahu terkeluar biji matanya. Monica dan Tiara masih lagi lena tidur. Habis segala skill digunakan untuk mengejutkan dua kawannya itu. Nak aje rasanya menggunakan magis mengejutkan kawannya itu. Saliva melihat Monica sudah bangun dari katilnya dan mengambil jam loceng di sebelah katilnya.

“Oh my god!!” Terus terbeliak mata Monica. Tiara yang sedang tidur terganggu mendengar jeritan Monica.

“Kenapa dengan kau Monica? Kalau nak jerit pun tunggulah malam nanti,” lemah suara Tiara berkata.

“Valisa! Kenapa kau tak kejutkan kita orang. Sekarang dah pukul 7.20 pagi! Kelas kita orang mula pukul 8 pagi!” Jerit Monica. Saliva memandang Monica dengan muka yang bersahaja. Tiara yang mendengar kata-kata Monica terus melompat dari katil.

“Kau biar betul Monica? Sekarang pukul 7.20 pagi ke?” Tanya Tiara tidak percaya.

“The clock is still ticking..” Balas Saliva selamba. Monica dan Tiara terkocoh-kocoh mengeluarkan pakaian dan pergi mandi. Saliva tergelak. Dia mengambil buku magisnya bertajuk Magical Water dan Magical Crystal. Selepas itu, dia keluar dari bilik tersebut. Dia menuju ke sofa dan duduk di sofa tersebut sambil membaca buku magisnya. Saliva tidak ambil pusing apabila mendengar jeritan di dalam bilik Topaz 2 (bilik perempuan). Monica punya jeritan memang membingitkan telinganya. Setelah 20 minit berlalu, barulah Monica dan Tiara keluar dari bilik. Saliva menutup buku magisnya dan berdiri memandang ke arah kawannya.
“Buku-buku dah bawa ke?” Tanya Saliva apabila dia melihat tiada sebarang buku di tangan kawan-kawannya. Monica dan Tiara cepat-cepat masuk semula ke dalam bilik dan keluar membawa dua buah buku di tangan masing-masing.

“Dah? Itulah, aku kejutkan pagi-pagi tak nak bangun. Tengok jam sendiri baru nak bangun, menjerit salahkan orang. Padahal aku kejutkan sampai berpuluh-puluh kali tak bangun-bangun. Selamatlah aku ada kudrat nak kejutkan kau orang. Kalau tak dah lama aku tinggalkan kau orang. Biar kena denda.” Saliva memerli dua orang rakannya. Monica dan Tiara hanya senyap sahaja sehingga mereka sampai di tingkat bawah. Dari tadi mereka terpaksa mendengar perlian Saliva. Naik merah telinga mendengar Saliva memerli.

“Kita orang tahulah kita orang salah. Boleh tak berhenti dari memerli kita orang? Naik merah aku punya telinga.” Akhirnya Tiara membuka suara kerana tidak tahan dengan perlian Saliva.

“Haa.. ada pula suara. Dari tadi aku cakap, baru sekarang kau nak buka mulut. Ingatkan aku cakap dengan anak patung.” Lagi sekali Saliva memerli. Tiara dan Monica mengetap bibir. Geram, geram. Pukul 8 mereka sampai di bangunan sekolah. Naik lenguh kaki mereka berlari. Saliva berlari ke tingkat 5, manakala Tiara dan Monica berlari ke tingkat yang paling mencabar sekali. Tingkat 8! Merungut-rungut mulut Tiara dan Monica kerana penat menaiki tangga sehingga tingkat 8!

*****

“Maaf cikgu! Saya tersesat tadi. Puas saya cari tingkat ke tingkat. Selamat ada budak yang baik hati beritahu saya yang pelajaran Magical Water dekat tingkat 5. Maaf cikgu,” Saliva dengan pantasnya mengelentong Puan Telly. Puan Telly memandang muka Saliva. Lama. Akhirnya dia mengangguk kepala. Tanda terima alasan tersebut.

“Memandangkan yang ini hari pertama, saya maafkan. Jangan lupa lagi yang kelas kamu di timgkat 3. Pergi cari tempat duduk.” Arah Puan Telly. Saliva sudah tersenyum di dalam hati. Bulat-bulat Puan Telly prcaya cerita dia. Nak tergelak pun ada.

Dia segera mencari tempat duduk. Akhirnya dia memilih untuk duduk di belakang kelas. Senang untuk makan dan tidur! Pelajaran untuk pagi itu mengambil masa 2 jam. Saliva mendengar dengan tekun segala yang Puan Telly beritahu. Walaupun dia sudah mengetahui asas-asas mengenai Magical Water tetapi dia akan mendengar lagi. Biar dapat mengingati asas-asas magis air.

“Kringgg.....” Bunyi loceng jelas kedengaran. Dengan cepatnya semua pelajar keluar dari kelas. Mereka semua menuju ke tingkat 1 dan 2 untuk makan. Saliva berdiri di tepi tangga tingkat 3. Dia melihat muka-muka yang melalui tangga tersebut. Muka-muka yang diharapkan belum turun dari tangga walaupun sudah 20 minit dia tercongok di situ. Lalu Saliva mengambil keputusan untuk naik ke tingkat 8. Mungkin mereka kena denda kerana datang lambat. Siapa tahu. Ketika Saliva ingin melangkah ke anak tangga yang pertama. Tangannya di tarik dari belakang. Tersentak Saliva dibuatnya. Saliva menoleh belakang melihat empunya diri yang berani menarik tangannya. Apabila dia pusing ke belakang, rupanya Danny yang menarik tangannya. Di sebelah Danny ialah Slyer.

“Kau nak pergi mana? Makanan ada dekat tingkat bawah, bukan atas.” Danny memandang Saliva. “Kau ingat aku ni apa? Makan aje ke kerja aku? Aku nak pergi cari Tiara dan Monica. Dia orang tak turun-turun lagi. Eh.. kau orang mesti tahu punya. Kau orangkan sama aliran dengan dia orang.” Danny terdiam, begitu juga Slyer.

Danny mengambil nafas sebelum berkata, ”Dia orang kena denda sebab datang lambat. Kau tak kena denda pula. Dia orang kata kau pergi sekolah dengan dia orang.”

“Kena denda? Dengan siapa? Denda apa?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Saliva.

“Denda tu mestilah cikgu kita orang yang bagi. Puan Taylor. Dia orang kena denda cuci pinggan mangkuk tanpa menggunakan magis. Dia orang dah lama keluar sebenarnya. 10 minit awal. Dia orang sekarang ada dekat kantin. Basuh pinggang mangkuk. Macam mana kau boleh terlepas?” Tanya Danny buat kali yang ke-2. Slyer yang berada di sebelah Danny mengambil langkah mendiamkan diri. Saliva memandang Slyer sekejap sebelum menjawab soalan Danny.

“Aku kelentong cikgu aku, Puan Telly. Dia percaya bulat-bulat apa yang aku kata. Taktik nak hidup katakan. Yang Monica dan Tiara tu tak kelentong cikgu dia orang kenapa pula? Tak kan lah dia orang tak reti kelentong cikgu?” Saliva bertanya. Kakinya melangkah ke tingkat 2. Danny dan Slyer mengikutnya di sebelah.

“Pandai betul kau kelentong cikgu tu. Apa yang kau kelentong? Monica dan Tiara dia nak kelentong cikgu. Tapi cikgu tu yang kelentong dia orang dulu. Baru langkah masuk ke kelas, terus kena kelentong dengan cikgu. Terdiam dia orang. Akhir sekali dia orang kata lambat bangun. Kau orang lambat bangun ke?” Tanya Danny, tak henti-henti.

“Baguslah cikgu tu. Aku baru langkah masuk terus aku minta maaf. Aku kata aku sesat. Lepas tu aku minta maaf lagi sekali. Cikgu tu percayalah. Lagi satu, bukan kau orang. Dia orang aje. Aku bangun awal. Lepas tu aku kejutkan dia orang and aku terus pergi masuk bilik mandi. Masa aku dah siap mandi tu, nak aje aku simbah air panas kat dia orang. Elok lagi dia orang tidur. Masa tu dah pukul 7 pagi. Aku pun kejutkan lagi sekali. Monica bangun tapi dia mamai dan lambat proses kata-kata aku. Tiara pula lagi bagus, dia pergi tidur balik. Geram betul aku masa tu. Yang tu pun bila Monica menjerit macam orang gila tengok jam pukul 7.20 pagi. Kalau tak, tak bangunlah dua makhluk tu.” Panjang lebar Saliva menerangkan. Danny dan Slyer menjadi pendengar yang baik sekali. Buktinya? Danny dan Slyer tergelak terbahak-bahak. Kelakar mendengar cerita Saliva.

p/s : Enjoy. Mohon maaf atas segala kesalahan. Kritikan dialu-alukan untuk memperbaiki diri.. 
=D