Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Saturday, October 15, 2011

Revenge 11 : The Four (part 1)




Revenge 11 : The Four (part1)

Sudah sebulan lebih Vanessa berkenalan dengan Argon. Dan sudah sebulan lebih juga mereka selalu berjumpa dan berita mengenai mereka tersebar. Vanessa menahan geram di hati apabila berita mengenai mereka tersebar. Dia tahu daripada Tiara dan Monica. Ramai juga peminat-peminat Argon datang menyerangnya tetapi tidaklah teruk. 

Ada juga yang bermain-main dengannya dengan menggunakan magis. Mahu meletup dia. Kebanyakkan magis yang digunakan ialah Dark Magic. Nampaknya dia mempunyai ramai musuh dari Dark Magic. Hatinya berkata bahawa dia perlu mengambil rantai biru tersebut secepat mungkin. Disebabkan Argon sering bercerita mengenai dirinya yang berasal dari Dark Kingdom membuatkan Vanessa mahu membunuh Argon.

Lagi-lagi apabila Argon memberitahu dia anak raja Dark Kingdom. Vanessa begitu yakin yang Argon di sini kerana hendak membunuh dirinya. Dia amat yakin tentang itu. Para peminat yang sering mengacaunya sudah tidak berani mengacaunya lagi apabila Argon memberi amaran kepada mereka semua. Dia langsung tidak tersentuh dengan apa yang Argon lakukan. 

Layanan Danny semakin diingin. Dia juga tidak tahu mengapa. Tiara dan Monica masih seperti dulu. Slyer pula sentiasa menemani Danny. Dia juga perasan yang Danny semakin rapat dengan Sarah. Sumpah dia rasa sakit hati tetapi dia tidak marah.

Kedinginan malam mencengkam tubuhnya. Dia masih lagi seperti dulu. Melakukan aktiviti yang disukainya. Melihat bulan. Cahaya bulan tersebut memancar indah. Dia terasa kesepian buat kali ke-2. Entah mengapa. Apabila dia melihat bulan, dia pasti akan rasa sepi dan sedih. Dia berasa keseorangan di dunia ini walhal dia masih mempunyai ibu angkat, adik dan kawan-kawan. 

Buku yang berada di hadapannya di pandang sekilas sebelum melihat bulan semula. Akhirnya, Vanessa menutup buku dan berjalan menghampiri katil. Dia mengeluarkan gambar keluarganya dari beg pakaiannya dan memeluk gambar tersebut. Pandangannya kabur. Mutiara jernih jatuh di pipinya. Dia menahan rasa rindu yang menggunung. Gambar tersebut di tatapnya lagi sekali sebelum menyimpan di dalam beg pakaian semula. Dia tidur di temani air mata yang tidak berhenti mengalir.

*****

Vanessa sedang bermalas-malasan di katil apabila ada 4 orang perempuan yang tidak dikenalinya menyerbu masuk ke bilik Topaz. Vanessa buat tidak endah dengan kehadiran 4 orang perempuan tersebut dan masuk ke dalam bilik mandi. Dalam hati dia mengutuk perempuan-perempuan yang berani masuk ke bilik Topaz.

“Siapa dekat sini bernama Vellina?!!” Vanessa yang terdengar namanya dipanggil tidak jadi untuk mandi. Dia hanya sempat membasuh muka. Vanessa membuka pintu bilik mandi dan keluar dari bilik mandi tersebut.

“Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Vanessa bersuara. Dia melihat semula pelajar di dalam bilik tersebut mendiamkan diri termasuk Monica dan Tiara.Tetapi dia melihat mulut Tiara seolah-olah mencebik.

“Kau ke Vellina?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“Aku tanya kau orang dulu. Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Soal Vanessa buat kali ke-2.

“Sebab aku ada perkara yang perlu dilangsaikan.” Perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab dengan kasar. Vanessa mendengus.

“Apa dia perkara yang kau nak langsai dengan aku?” Vanessa menyoal dengan kasar.

“Aku rasa aku tak pernah ada perkara yang perlu dilangsaikan dengan kau orang semua,” Vanessa menyambung bicara.

“Ada. Pasal Argon. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Argon! Argon milik aku! Dia milik aku!” Dengan pantas perempuan yang berdiri sebelah perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab.

Vanessa kerut dahi sebelum tergelak kecil. Semua yang berada di bilik tersebut hairan, “Hei, miss-whatever-your-name-is. Argon tak pernah kata dia milik .....”

“Dia milik kita orang! The Four!” Belum sempat Vanessa menghabiskan kata-katanya. The Four memotong kata-katanya. Vanessa terdiam.

“The Four? Kau orang bilik mana?” Tiba-tiba, Vanessa ubah tajuk.

“A’ah, The Four. Jangan kata kau tak kenal dan tak pernah tahu nama tu. Dan semestinya kita orang bilik Diamond! Orang yang cantik macam kita orang semestinya duduk di bilik yang cantik.” Perempuan yang berambut paras bahu membalas.

Vanessa kerut dahi, “Maaflah, aku tak pernah dengar nama The Four. Tapi nama bilik Diamond aku tahulah. Bilik yang diduduki oleh pelajar-pelajar yang perasaan kaya, cantik dan pandai. Bukan begitu?” Vanessa sengaja menyimbah minyak pada api yang tengah marah.

“Hei, bukan perasan tapi memang. Kita orang memang kaya, cantik dan pandai. Dan kau ni memang kuno sebab tak kenal kita orang yang popular ni. Aku Jessy, sebelah aku ni, Carrel dan yang berambut paras bahu tu Ginny. Yang berdiri sebelah Ginny ialah Julie. Kami adalah the Four! Kumpulan yang paling popular dan pandai di sekolah ini. Kau tak boleh nak menafikan.” Jessy yang berambut panjang paras pinggang memperkenalkan diri dia dan kumpulannya. Vanessa mendengar sahaja apa yang keluar dari mulut Jessy.

“Aku kuno? Maaflah. Bukan aku kuno tapi kau orang yang perasaan popular tu tapi tak popular. Kalau kau orang popular kenapa aku boleh tak tahu dan tak kenal kau orang.” Vanessa diam seketika sebelum menyambung bicaranya.

“Dan aku rasa semestinya aku lagi popular dari kau orang sebab kau orang kenal nama aku walhal aku tak kenal kau orang pun.”

“Sorry? Kau jangan nak cari pasal tahu. Kita orang kenal kau pun sebab Argon! Kalau bukan disebabkan Argon kita orang tak kenal kau! Perampas!” Julie mempertahankan kumpulan mereka. Vanessa mencebik.

“Apa-apa ajelah. Kalau kau nak sangat si Argon tu. Kau ambil aje. Free of charge. Tak payah nak bayar.” The Four dan semua di situ tercengang.

“Kenapa? Tak nak ke? Aku bukan minat sangat dengan si Argon tu. Dia yang terhegeh-hegeh nak dengan aku. Aku apa lagi. Layan ajelah dia.” Vanessa menyambung bicara. The Four ketap gigi.

“Kau ingat kau cantik? Aku rasa kau mesti tipu. Tak mungkin Argon yang punya handsome tu minat dekat kau yang hodoh. Kau yang terhegeh-hegeh dekat dia bukan. Kau sengaja nak malukan Argon depan kita orang semua, bukan?” Carrel menjawab lantang. Pantang betul jika orang yang disukai diperlekehkan.

Vanessa ketawa, “Kau orang nak apa sebenarnya? Aku nak bagi si Argon pada kau orang, kau orang marah. Kau orang nak apa hah?!”

“Kebenaran. Tak mungkin Argon boleh  sukakan kau. Kau sengaja nak jatuhkan maruah Argonkan? Baik kau jawab dengan jujur!” Bentak Julie. Vanessa memeluk tubuh.

“Yang kau orang tak percaya ni kenapa? Cuba kau tanya Argon tu sendiri. Dia yang tangkap cintan dengan aku tahu. Ya memang, memang aku nak dekati dia tapi sebagai kawan.”

“Tengok, mengaku juga kau. Kau yang terhegeh-hegeh nak dengan Argonkan.” Ginny menyindir.

“Hello? Aku salah cakap atau kau orang yang salah dengar? Gila ke apa? Aku cakap, Argon yang tangkap cintan dengan aku. Dia yang terhegeh-hegeh minta aku jumpa dia. Aku pun jumpalah dia. Dan aku rapat dengan dia sebagai kawan. Aku tak tahulah kalau dia suka aku. Nak buat macam mana. Mata dia buta sebab tak nampak kau yang cantik tapi nampak aku yang hodoh ni.”

“Eh, Argon tak buta ya. Kau yang kenakan jampi dekat dia kan?” Julie tidak sanggup mendengar Vanessa berkata bahawa Argon buta.

Vanessa yang sudah bengang pergi ke bilik mandi dan keluar dengan sebesen air. Dia mengenakan jampi pada air tersebut. Air tersebut meluru ke arah The Four dan membelit mereka. Semua yang berada di situ tercengang. Tetapi belitan air tersebut musnah kerana dikerjakan oleh The Four. The Four menggunakan magis hitam melawan air tersebut.

“Kau ingat kau hebat ke? Kau tak akan dapat kalahkan kita orang. Aku dengar kau tu ambil magis air dan kristal. Nampak sangat kau tak dapat nak lawan kita orang. Kita orang semua ambil magis hitam dan magis penyembuh. Magis tersebut lebih hebat dari magis kau.” Ujar Ginny dengan bangganya. Vanessa mencebik. Meluat mendengar kata-kata Ginny.

Tiara dan Monica yang melihat keadaan itu bangun dari katil mereka. Mereka sudah tidak tahan melihat Vellina diperlekehkan. Tiara dan Monica mendekati Vellina. The Four tersenyum sinis melihat Tiara dan Monica.

“Kawan kau ke? Aku pasti yang kawan kau tak sehebat kita orang.” Julie mengejek.

“Huh.. kau nak tahu tak, bukan kau orang aje yang belajar magis hitam. Aku pun belajar magis hitam, Tiara pun sama.” Monica menjawab.

“Ouh.. tak sangka aku Vellina ada kawan yang hebat.” Carrel berkata dengan selamba.

“Kita orang tak nak cari gaduh. Baik kau orang berambus dari bilik kita orang. Kalau tak aku panggil penjaga bilik kita orang.” Tiara mengugut The Four.

“Kau ugut kita orang ke?” Soal Julie.

“Kau rasa?” Tiara menyoal semula. The Four mendengus dan berlalu pergi dari situ.

Tiara menggenggam tangan Vanessa, “Kau okey tak?” Vanessa gigit bibir. Dia angguk kepala. Dalam fikirannya dia mahu membalas dendam pada The Four!

“Bilik Diomand ya. Kau orang tengoklah apa yang aku akan buat dekat kau orang.” Desis hati Vanessa kegeraman. Dia berlalu menuju ke bilik mandi meneruskan aktiviti yang tadi terganggu. Semua warga bilik Topaz memerhatikan Vanessa yang menuju ke bilik mandi sehingga kelibatnya hilang dari balik pintu.

p/s : Mungkin ada 3 part untuk bab 11 

Saturday, September 24, 2011

Revenge 10 : Argon (part 2)


Revenge 10 : Argon ( part2 )



“Vellina, Vellina. Bangun Vellina.” Vanessa terasa ada tangan menepuk lembut lengannya. Dia membuka mata perlahan-lahan. Muka Monica dipandangnya.


“Cepat sikit bangun. Lepas ni kita akan pergi ke dewan makan. Aku dan Tiara sudah lapar.”

“Monica, sekarang pukul berapa? Aku dekat mana?” Soal Vanessa.

“Sekarang pukul 6.45 petang. Kau dekat Homemass. Kau tak ingat ke? Tiara kata kau tertidur.” Vanessa bangun dari  pembaringan dan duduk di atas katil. Dia garu kepala.

“Aku lupalah. Kita kena pergi dewan pukul berapa?”

“7.15 paling lewat. Patutnya pukul 7. Kau pergilah mandi. Nanti lambat pula.” Arah Monica.
Vanessa capai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Setelah 15 minit berlalu, barulah dia muncul dengan pakaian lengkap. Vanessa mencapai sikat dan menyikat rambutnya dengan cepat. Selepas itu dia keluar dan menuju ke dewan makan di tingkat 1.

Semasa Vanessa sampai, pandangan Vanessa tertumpu di meja Crystal. Dia menangkap kelibat Argon. Argon tersenyum kepadanya. Vanessa membalas senyuman Argon sebelum dia berlalu ke meja Topaz. Vanessa tarik kerusi di sebelah kanan Danny. Sebelah kiri Danny ialah Slyer. Monica dan Tiara duduk di hadapan mereka bertiga. Vanessa jeling Danny yang berbual-bual dengan Slyer. Monica dan Tiara turut berbual-bual. Vanessa tarik nafas. Dia memandang meja makan yang kosong. Meja tersebut ditenungnya lama. Di dalam kepalanya sarat dengan masalah. Dia masih belum jumpa cara untuk mengambil rantai tersebut. Dalam pada masa yang sama, dia seperti merasa bahawa Danny semakin jauh darinya. Mengapa?

“Kau kenapa Vellina? Tenung meja macam nak makan. Bukan ada makanan pun atas meja ni.” Vanessa tersentak. Dia memandang Monica yang tersengih.

“Saja aje. Bosan. Tak tahu nak buat apa.” Vanessa balas tanpa perasaan.

“Argonkan ada. Apa susah. Pergilah borak dengan dia. Mesti kau tak bosan,” Vanessa tersentak buat kali ke-2. Dia memandang Danny. Kenapa Danny kata macam tu? Macam cemburu. Tapi mungkin perasaannya aje. Vanessa buat tidak dengar dan terus memandang meja di hadapannya.

“Kau kenapa Danny? Nak kata perli, memang bunyi macam perli. Nak kata kau cemburu. Kau tak pernah suka Vellina pun. Kenapa dengan kau?” Tiara bersuara. Mahu meletup jantung Vanessa. Danny di sebelah di pandang sekilas sebelum menjatuhkan pandangannya ke meja semula. Danny diam tidak berkata apa-apa. Vanessa bosan. Perutnya berbunyi minta di isi. Para guru Silvery School langsung tidak muncul. Beberapa minit menunggu makanan terhidang di atas meja serentak itu para guru masuk memenuhi meja di hadapan sekali.

“Baru sekarang muncul. Tadi tak muncul-muncul.” Rungut Vanessa perlahan.

“Kami minta maaf kerana lambat sampai di dewan makan. Kami ada mesyuarat tadi dan mesyuarat tersebut terlanjak. Selamat perut saya berbunyi kalau tidak saya tak ingat pukul berapa sekarang.” Gurauan Encik Stephenie iaitu pengetua sekolah mendapat reaksi. Pelajar-pelajar termasuk para guru tergelak mendengar guaruannya. Vanessa pula tersenyum nipis.

“Tanpa membuang masa, saya menjemput kamu semua makan. Saya pasti perut kamu semua semestinya lapar dan berbunyi minta di isi. Jadi mari kita makan,” selesai berkata sedemikian. Semua pelajar bersorak gembira. Mereka makan makanan yang terhidang dengan begitu lahap sekali. Vanessa hanya mengambil steak ringan.

Entah kenapa dia rasa kenyang tiba-tiba. Monica dan Tiara pula mengambil buah-buahan. Malam-malam sebelum tidur, mereka hanya akan makan buah-buahan sahaja. Danny dan Slyer pula mengambil makanan berat. Lelaki sememangnya akan makan makanan yang berat sebelum tidur. Vanessa memandang Argon. Tanpa di sangka pandangan mereka bertaut. Vanessa menghadiahkan senyuman kepada Argon. Argon membalas senyuman tersebut. Tiara dan Monica berdehem.

“Kalau nak berbalas-balas senyuman pun, tunggulah esok. Malam ni makan dulu. Nanti dah kenyang tengok senyuman kekasih hati tak larat nak makan pula.” Monica berkata sambil membelek-belek buah epal di tangannya. Tiara pula sibuk memilih buah yang disukai. Vanessa ketap bibir kerana di tegur begitu. Depan Danny pula tu. Vanessa tidak membalas kata-kata Monica. Dia tidak tahu sama ada Monica memerli atau menyindirnya. Malas hendak ambil tahu. Vanessa bangun dari kerusi dan menuju ke luar dari dewan makan. Dia mula berjalan ke bulatan tengah yang terdapat di lantai.

“Tiango Dienda,” Tangga muncul di hadapannya. Vanessa dengan pantas menaiki tangga tersebut dan merebahkan diri di sofa ruang tamu. Dia tidak tahu kenapa dia tiada selera untuk makan. Sebab kata-kata Monica? Tidak. Vanessa tidak jadi berdiri apabila ada seseorang memanggil namanya. Dia memaling muka ke arah suara tersebut.

“Danny?” Vanessa menyebut nama Danny dengan perlahan.

“Kau buat apa dekat sini Danny? Dah habis makan ke?” Soal Vanessa berterusan. Danny melangkah menghampiri Vanessa. Vanessa memandang pelik ke arah Danny. Danny duduk di sebelah Vanessa.

“Aku dah habis makan. Saja aje balik bilik cepat. Takut kau bosan.” Balas Danny perlahan.

“Hei.. mana ada aku bosan. Aku balik bilik sebab aku ..... aaaa....aku... aku nak tidur.” Tergagap-gagap Vanessa hendak mencari alasan. Memang dia bosan sebenarnya. Tapi tak kan nak mengaku lepas dia tak mengaku dia tak bosan. Jatuh air muka nanti.

“Yalah tu. Ingat aku tak tahu.” Balas Danny. Selepas itu, suasana sepi. Vanessa telan air liur. Dia tidak tahu hendak cakap apa pada Danny. Dia tidak tahu kenapa dia rasa tidak selesa bila.

“Kau dengan Argon kekasih ke?” Tiba-tiba Danny bertanya. Vanessa terdiam seketika.

“Taklah. Cuma.. aku dengan dia.. Macam mana nak cakap eh.. urm...” Vanessa mencari ayat yang sesuai untuk menyatakan hubungannya dengan Argon.

“Saling menyukai?” Danny bertanya. Vanessa terpana. Vanessa gigit bibir bawah.

“Macam tu lah kut.” Vanessa jawab dengan nada perlahan.

“Argon tu kacak bukan. Mata dia warna ungu pekat. Rambut dia pun warna ungu. Memang ramai peminat dia tu.” Tanpa bertanya Danny memberitahu. Aku tarik senyum.

“Ya, dia memang kacak. Senyuman dia boleh buat orang jatuh hati.” Vanessa menyambung tanpa perasaan. Apabila mengenangkan Argon. Keinginan dia untuk mendapatkan rantai biru tersebut menggunung.

“... termasuk kau,” Danny menyambung kata-kata Vanessa. Vanessa terdiam buat kali ke-2.

“Kenapa diam?”

“Tak tahu nak bagi reaksi apa.”

“Kenapa tak tahu? Patutnya kau bagi reaksi yang gembira.”

“Entah..”

“Aku masuk tidur dulu. Mengantuk.” Vanessa dengan pantas bangkit dari sofa dan masuk ke bilik. Dia memegang dadanya. Entah kenapa dia terasa lain macam dengan apa yang Danny cakapkan. Kenapa?

Tuesday, August 9, 2011

Revenge 10 : Argon (part 1)

p/s : Nama Saliva sudah ditukar kepada Vanessa. Manakala, nama Valisa sudah ditukar kepada Vellina. Pftt.. harap-harap tak konfius. Bab-bab sebelum, still guna nama tu. Tapi start bab 10, nama tersebut sudah ditukar. *Tukar kat word je. Kat sini tak. =) *



Revenge 10 : Argon

“Hai Argon, lama tunggu?” Soal Vanessa yang entah dari mana munculnya. Argon senyum sebelum menjawab pertanyaan Vanessa, “Taklah. Baru sampai,” Vanessa tarik kerusi di sebelah Argon. Mereka sekarang berada di dewan makan. Vanessa memandang rantai yang berwarna biru di leher Argon sekilas. Dia tidak sabar mahu mengambil rantai tersebut. “Betul ke ni?” Tanya Vanessa lagi sekali. Mahu mendapatkan kepastian.

“Betul Vellina. Baru aje Argon sampai.” Balas Argon. Vanessa angkat bahu. Dia malas hendak bertanya lagi.

“Macam mana dengan kelas tadi? Okey?” Argon bertanya sambil tangannya memegang tangan Vanessa. Vanessa tersenyum walhal dalam hati dia tidak suka. “Okey aje. Argon macam mana?”

“Okey,” balas Argon pendek. Mereka makan makanan di hadapan sambil berbual-bual kosong. Setengah jam berlalu. Argon dan Vanessa sudah habis makan. Vanessa meminta diri dahulu kerana ada hal. Argon menganggukkan kepala. Vanessa terus menuju ke bangunan biliknya. Dalam hati dia sumpah seranah Argon. Main pegang aje tangannya. Ingat tangannya memang untuk di pegang ke?

“Wah.. Bukan main sekarang ya Vellina. Aku tengok dekat dewan makan tadi. Kau dengan Argon bukan main mesra.” Tiara bertanya. Danny dan Slyer turut berada di situ.

Muka Vanessa merah, “Bodoh betullah Tiara ni. Kenapa kau kata depan dua makhluk ni? Aku tumbuk kau baru kau tahu.” Desis hati Vanessa.

“Aku dengan dia kawan ajelah. Bukan ada apa-apa pun. Dah dia ajak makan. Aku pergi ajelah.” Balas Vanessa sedikit gugup. Tiara mengherot mulutnya.

“Yalah tu? Macam aku tak nampak tadi. Siap pegang tangan. Tak ada apa-apa kau kata?” Tiara membalas.

“Eh, mana Monica?” Vanessa tukar topik. Dia malas hendak brbicara mengenai Argon. Sumpah. Dia langsung tiada perasaan cinta pada Argon. Dia hanya mahu rantai di leher Argon. Itu sahaja.

“Tukar topik nampak? Monica dia ada tugas kena buat. Aku pun tak tahu apa. Eh, tak kan kau orang tak bercinta kut.” Tiara mula lagi. Danny dan Slyer hanya bertindak sebagai pendengar.

“Danny, Slyer. Kau tak ada benda ke nak buat?”

“Eh, apa salahnya dia orang ada dekat sini? Kau malu ke sebab aku tanya pasal Argon depan jejaka-jejaka yang tampan ni?” Sumpah. Vanessa rasa mahu hempuk Tiara. Dah tahu tu kenapa pergi tanya lagi. Malu gila dia dengan dua makhluk tersebut. Vanessa gigit bibir.

“Bukanlah. Tak akan dia orang tak ada benda nak buat selain teman kau kaki liat bangun tidur. Macam pengawal pula aku tengok dia orang.” Vanessa hendak memalukan Tiara. Muka Tiara merah.

“Eh Tiara. Kau malu ke sebab aku kata kau liat bangun tidur depan jejaka-jejaka yang tampan ni?” Tiara naik malu. Vanessa tarik senyum. Selepas ini, dia berharap agar Danny dan Slyer tinggalkan mereka berdua.

“Vellina. Kalau kau tak nak kita orang ada dekat sini. Cakap ajelah terus. Tak payah nak selindung-selindung.” Danny menyampuk.

“Kalau kau dah tahu tu. Apa lagi? Pergilah cepat. Aku ada hal nak cakap dengan Tiara ni.” Vanessa membalas. Danny dan Slyer berlalu pergi dari situ selepas Vanessa cakap begitu.

“Tiara. Kau sengaja nak malukan aku kan. Kalau iya pun kau nak cakap pasal Argon. Janganlah cakap depan dia orang. Kita-kita sudah.” Vanessa mula berkata selepas melihat kelibat Danny dan Slyer sudah jauh.

“Alah, apa salahnya? Dia orang pun nampak Argon pegang tangan kau.” Penjelasan Tiara membuatnya sedikit terpana.

“Dia orang nampak? Kau biar betul?” Vanessa berasa sedikit cemas.

“Yalah. Si Danny yang nampak dulu. Dia bagi tahu aku. Aku pun tumpang tengok sekali. Amboi.. bukan main mesra.” Vanessa ketap bibir. Dia tak tahu kenapa dia rasa cemas semacam. Dia suka Danny ke? Gila! Tak mungkin!

“Tiara, aku nak pergi masuk biliklah. Nak ikut tak? Aku nak pergi rehatkan minda sekejap.”

“Aku nak ikut.” Seraya itu, mereka berdua berjalan menuju ke bangunan tempat mereka tidur atau bangunan tersebut di panggil Homemass. Vanessa berdiri di tengah-tengah bulatan yang terdapat di lantai.

“Tiango Dienda,” Vanessa menyebut kata laluan untuk tangga ke bilik Topaz dengan kuat sekali. Sebuah tangga muncul di hadapannya. Vanessa dan Tiara menaiki tangga tersebut. Setelah mereka sampai di tingkat 4. Vanessa masuk ke dalam bilik manakala Tiara duduk di sofa ruang tamu. Vanessa menghempaskan badannya di atas katil. Dia menghela nafas lemah dan mengetap bibir. Dia harus mencari cara untuk mendapatkan rantai yang berada di leher Argon. Tanpa Vanessa sedar, dia tertidur.

Wednesday, July 20, 2011

Revenge 9 : Blue Necklace (part 2)


Revenge 9 : Blue Necklace (part 2)

 Saliva menutup buku di hadapannya. Kelopak matanya terasa berat. Angin malam menyapa tubuhnya. Baju sejuk yang dipakainya di tarik. Dia kesejukan teramat sangat! Saliva bangun dari kerusi dan berdiri di tingkap untuk menghirup udara segar dan melihat bulan. Dia merenung sayu bulan tersebut. Saliva menghela nafas berat. Bulan tersebut masih dipandangnya. Bulan.

Dia teringat satu ketika dahulu, bondanya selalunya menyatakan bahawa, bila seseorang itu kesepian atau merindui seseorang, pasti orang tersebut melihat bulan. Dan dia mula mengakui kebenaran kata-kata bondanya itu. Dia terasa hidupnya sunyi. Dia terlalu merindui keluarganya. Keluarga yang bahagia. Dark Devils. Nama Dark Devils, iaitu kumpulan yang bertanggungjawab merampas segala kebahagiannya meniti di bibir Saliva. Dan dia akan pastikan, semua ahli kumpulan tersebut menerima balasan yang setimpal atas perbuatan mereka. Sebuah senyuman yang menakutkan terukir di bibir Saliva. Tiba-tiba, ingatan Saliva mengimbas peristiwa yang berlaku pagi tadi.

Dari kejauhan Saliva dapat melihat lelaki semalam yang menarik perhatiannya. Dia melihat segala tingkah laku lelaki tersebut sebelum pergi menegur lelaki tersebut. Malangnya, ketika dia hendak melangkah menuju ke lelaki itu....

“Puan Telly panggil kau,” Danny menarik lengannya dan menyampaikan apa yang patut di sampaikan. Saliva terkesima. Otaknya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Danny.

“Apa?” Saliva bertanya lagi sekali. Dia terlupa bahawa dia mahu menegur lelaki yang memakai rantai berwarna biru tersebut.

“Puan Telly panggil kau dekat bilik dia.” Lagi sekali Danny mengulangi pesanan yang disampaikan oleh Puan Telly.

“Oh. Nanti aku pergi.” Balas Saliva selamba. Dia baru hendak melangkah apabila Monica menarik lengannya.

“Pergi sekarang Saliva. Kau tak akan cari masalah dengan cikgu lagikan?” Monica mengarah Saliva dan menyoalnya.

“Aku nak pergi jumpa lelaki tu,” Saliva memuncungkan mulutnya ke arah lelaki yang ingin dijumpainya. Monica menunjukkan isyarat tangan tanda tidak membenarkan. Saliva kerut dahi.

“Kenapa aku tak boleh jumpa dia pula?” Soal Saliva. Tidak puas hati.
“Aku cakap tak boleh, maknanya tak boleh.” Dengan selamba Monica membalas. Tiara menyokong dari  belakang.

“Mana boleh macam ni. Aku nak jumpa juga lelaki tu.” Saliva protes mendengar arahan Monica. Monica langsung tidak peduli mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Saliva. Dia menarik lengan Saliva menuju ke tingkat 9. Saliva cepat-cepat menarik lengannya supaya dia dapat bebas. Semasa agenda tarik menarik berlaku, mata Saliva menyinggah di tempat budak lelaki yang memakai rantai biru tersebut. Hilang! Budak tersebut sudah hilang! Saliva mencari-cari jikalau budak tersebut ada di sekelilingnya.

Malangnya, budak tersebut memang tiada di situ. Saliva mengeluh hampa dan membiarkan lengannya di tarik oleh Monica. Setelah dia sampai di bilik Puan Telly, Puan Telly memberitahu bahawa dia lupa kenapa dia panggil Saliva. Saliva menahan amarahnya.

Bunyi batuk kedengaran bertalu-talu. Saliva kembali ke dunia sebenar. Dia memusing kepala ke belakang melihat siapa yang batuk. Sarah. Sarah ialah pelajar yang baru masuk ke sini. Pelajar yang dikatakan cantik oleh Danny. Ya, Sarah memang cantik. Dia juga tidak menafikan kebenaran kata-kata Danny. Selain itu, Sarah juga seorang yang peramah. Matanya yang berwarna hitam pekat memang cantik! Rambutnya panjang melepasi bahu membuatkannya bertambah ayu. Saliva tarik nafas perlahan. Dia melihat segenap bilik tidur. Katil bilik ini ada tiga tingkat. Di bilik itu ada 50 katil. Lantainya sangat cantik kerana di hiasi oleh jubin yang diukir cantik. Di bilik itu juga terdapat meja untuk belajar. Saliva membuka langkah menuju ke katilnya. Dia menguap kecil sebelum menarik selimut. Dia meletakkan kepala di bantal dan terus tidur.

*****

“Itulah kau orang, aku cakap sikit kata aku ni mak tiri. Aku cakap pun sebab aku geram dengan kau orang. Asyik-asyik lambat bangun. Asyik-asyik aku yang kena kejutkan. Bila kau orang lambat bangun, aku yang kejutkan. Bila aku yang kejutkan, kau orang lambat bangun.  Bila aku tegur, nasihat. Mulut kau ni macam mak tirilah. Kita orang mana ada mak tiri lagi.” Saliva mengajuk kata-kata yang keluar dari mulut Tiara bila dia tegur mereka.

“Selamat hari ni pelajaran mula pukul 9. Kalau tak? Sah-sah kau orang kena cuci tandas. Tak pun cuci dan kemas bilik stor yang dah berhabuk, bersawang dan kotor tu. Lepas tu, mulalah minta aku tolong. Aku boleh tolong, tapi bila aku nak guna magis. Kau orang tak nak. Takut cikgu tahu. Selama aku kena hukuman cuci tandas dekat tingkat 9 dan 10. Selama tu juga aku guna magis. Ada cikgu tahu? Tak. Pandai-pandailah guna. Jangan kena tangkap.” Saliva sambung bebelannya.

Tiara dan Monica terpaksa tahan telinga. Memang salah mereka. Liat bangun tidur. Selamat tadi ada budak bagi tahu yang kelas mula lambat sebab semua cikgu ada hal. Sebenarnya semua kelas ada buat dua sesi. Sesi petang dan pagi. Semasa sesi pagi, para pelajar boleh pilih pelajaran mana yang hendak di masuk dahulu. Dan bila sesi petang, pelajaran seterusnya pula yang harus di masuk. Contoh, bila seseorang itu ambil magis hitam dan magis penyembuh. Dia boleh pilih magis mana yang hendak di masuki dahulu. Jika sesi petang dia mahu masuk ke kelas magis hitam. Maknanya pada sesi pagi dia harus masuk ke kelas magis penyembuh. Oleh sebab itu, semua kelas di buka waktu pagi dan petang. Pelajar-pelajar boleh pilih kelas yang hendak di masuk dahulu.

Langkah Saliva terhenti begitu juga dengan bebelannya. Tiara dan Monica terkejut kerana Saliva berhenti tanpa beri isyarat. Selamat mereka bertiga tidak berlanggar. Mata Saliva melihat lelaki yang sudah lama hendak di dekati tersebut. Dia berazam hari ini dia harus mendekati lelaki tersebut. Saliva pantas berjalan menghampiri lelaki itu. Monica dan Tiara langsung tidak dipedulikan. Hanya lelaki itu sasarannya sekarang. Dia pura-pura langgar lelaki tersebut. Habis jatuh buku lelaki itu dan bukunya. Saliva dengan pantas mengambil bukunya sambil matanya melihat tajuk buku lelaki tersebut. Oh, Dark Magic dan Healing Magic rupanya. Desis hati kecil Saliva.

“Opss.. Sorry. Tak sengaja. Minta maaf ya. Urm... Saya Valisa.” Saliva mula memperkenalkan dirinya. Dia harus pantas bertindak. “Argon.” Balas lelaki itu. Hati Saliva sudah tersenyum.

p/s : Sudah agak serabut pkir jalan cerita utk 4 bab terakhir.. hurmm..

Wednesday, July 6, 2011

Stanza Terakhir : Bab 3

Dewan berbentuk heksagon yang sederhana besarnya itu riuh rendah dengan suara beberapa orang ahli tertinggi Majlis Senat. Wajah masing-masing kelihatan gusar, risau dan ada di antaranya yang pucat lesi. Semuanya gara-gara berita yang diterima mereka beberapa jam lalu. Berita yang sama juga yang membuatkan sidang tergempar ini terpaksa diadakan demi menyakinkan ahli-ahli senat bahawa tiada apa yang perlu mereka bimbangkan.

Rayyu duduk memerhatikan gelagat ahli-ahli senat di hadapannya dengan wajah bosan. Kalau bukan kerana diajak Arios, dia tidak ingin menjejakkan kaki ke tempat ini. Bukan dia tidak tahu dirinya tidak disukai oleh seorang pun anggota senat yang hadir. Sepatutnya pakciknya yang duduk di kerusinya pada waktu ini. Namun keadaan kesihatan Raja Malique tidak begitu sihat hari ini dan pewaris tunggalnya pula tiada di Crystalissa ketika ini, dia sebagai anak saudara Malique terpaksa menggantikan tempat raja itu.
“Nyawa kami semua di dalam bahaya, Arios. Kau sebagai ketua Majlis Jaksa Pendamai perlu lakukan sesuatu!” Ujar Senator Emaen kuat.
Keadaan menjadi senyap seketika. Rayyu menoleh ke sebelah kanannya. Wajah senator beruban putih itu dipandang tidak berperasaan. Kemudian pandangannya beralih ke arah Arios, yang berada duduk di sebelah kirinya. Wajah ketua Majlis Jaksa Pendamai yang juga ketuanya itu kelihatan tenang.
“Benar Arios! Sudah tiga orang senator mati dibunuh.  Tak kan kau nak tunggu ramai lagi yang mati baru kau hendak ambil tindakan?” Seorang lagi senator yang duduk di kerusi bertentangan dengan Rayyu bersuara. “Entahkan, aku mangsa seterusnya?” Sambung lelaki itu lagi.
Rayyu cuba menyembunyikan senyumannya. Wajah Senator Nafiq yang jelas ketakutan dipandang sekilas. Memang kau patut takut, bisik hatinya.
Suasana menjadi hingar bingar semula. Masing-masing sibuk menyuarakan kebimbangan mereka. Arios di sebelahnya masih tenang seperti tadi. Tetapi Rayyu sudah tidak betah lagi menjadi pemerhati. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Sudah!” Bentak Rayyu sambil menghentakkan tangannya ke atas meja. Semua yang hadir di dalam dewan itu terdiam. Mereka semua memandang ke arah Rayyu yang nampak tegang.
“Kamu semua panggil beta ke mari untuk dengar kamu bertengkar?” Soal Rayyu sinis. Satu persatu wajah mereka yang hadir di dalam dewan itu dipandangnya. Walaupun wajah mereka nampak tidak senaang dengan jerkahan Rayyu tetapi tiada siapa yang berani bersuara. Walaupun mereka bencikan putera raja itu namun rasa takut kepada putera itu lebih menebal. Akhirnya semuanya tunduk membisu.
Rayyu menoleh ke arah Arios. Dia memberi isyarat agar lelaki itu bersuara. Arios mengangguk faham. “Tuan-tuan semua. Saya tahu anda semua risau dengan kejadian yang berlaku kebelakangan ini dan percayalah, pihak majlis memandang serius akan perkara ini. Sebab itulah, kami panggil semua ahli tertinggi Majlis Senat ke sini hari ini untuk membincangakan langkah-langkah yang akan kami ambil,” ujar Arios tenang.
Ahli-ahli Majlis Senat berpandangan sesama sendiri. Kata-kata Arios seolah-olah mengesahkan andaian mereka selama ini. “Jadi benarlah khabar angin yang mengatakan para senator adalah sasaran utama pembunuh itu?” Tanya Senator Nafiq. Wajahnya yang sejak tadi kepucatan bertambah pucat.
“Sejauh mana kebenaran khabar angin itu belum dapat kami pastikan. Namun langkah berjaga-jaga akan diambil,” balas Arios.
“Nyawa kami semua dalam bahaya? Kita akan mati?” Tanya Senator Nafiq lagi.
“Apa yang kau merepek ni, Nafiq?” Bentak Senator Nolan.
Senator Nafiq mulai panik. “Kita akan dibunuh. Kita akan jadi macam Zofan, Tobin dan Zackaria. Kita akan mati! Kita akan mati!” Dia bangun dari tempatnya dan berjalan mundar-mandir di dalam dewan itu. Mulutnya tidak berhenti-henti mengucapkan perkataan mati. Kepanikan Senator Nafiq membuatkan senator-senator yang lain tidak senang duduk. Keadaan mulai menjadi hiruk pikuk dengan suara mereka bertengkar sesama sendiri.
“Tuan-tuan, bawa bertenang,” pinta Arios namun suaranya tenggelam di dalam kebisingan bilik itu.
Rayyu menggeleng perlahan. Jarinya memicit-micit pangkal hidungnya, cuba menenangkan hatinya untuk tidak naik angin. Namun suara pertengkaran itu semakin kuat. Malah ada di antara mereka yang sudah mula bertindak kasar. Dia sudah tidak sabar lagi. Tangannya mencapai pistol laser yang tersemat di pinggangnya.
“Tuanku?” Arios di sebelahnya memegang tangannya, cuba menghalang dia dari melepaskan tembakan.
“Ini saja caranya nak suruh mereka diam!” Balas Rayyu seraya melepaskan tembakan ke udara. Bunyi tembakan disusuli dengan bunyi kaca berderai membuatkan mereka yang berada di dalam dewan itu terdiam. Mata mereka membulat memandang Rayyu dengan pistol laser di tangan.
“Kembali ke tempat masing-masing dan biarkan Tuan Arios habiskan kata-kata dia atau sasaran seterusnya bukan lampu di siling itu, faham?” Dalam suara Rayyu bertanya. Tanpa banyak soal, mereka kembali ke tempat mereka.
“Uruskan mereka. Beta akan berada di bilik menunggu,” ujar Rayyu pada Arios seraya keluar dari dewan itu. Lagi lama dia berada di dalam dewan itu, entah apa lagi yang akan dilakukannya.
***
Rayyu merenung panorama senja dari tingkap bilik menunggu. Bandaraya Crsytalissa diterangi lampu-lampu neon pelbagai warna. Dari bilik itu dia dapat melihat dengan jelas keadaan bandar yang sibuk itu. Kalau melihat pada jam digital di dinding bilik itu, sekarang adalah waktu pulang dari pejabat. Sebab itulah kenderaan bertali arus memenuhi jalanraya dan keretapi laju tidak berhenti-henti melalui landasannya.
Kalau dilihat dengan mata kasar, Crystallissa tidak ubah seperti bandar lain. Namun hakikatnya negara ini hanya ‘cantik’ di permukaannya sahaja sedangkan di sebaliknya penuh dengan kotoran yang menjijikan. Kalau tidak masakan di antara puluhan orang ramai di bawah sana, terdapat anggota keselamatan yang berkawal setiap masa? Kenapa perlu peraturan yang tidak masuk akal diwujudkan? Dan yang paling membuatkan Rayyu marah adalah pemisahan sector yang diwujudkan. Kenapa perlu diwujudkan Sektor Emas dan Sektor Zero? Kenapa penduduk Crystallisa tidak boleh hidup di negara ini tanpa mengira bangsa, keturunan dan status?
Rayyu tersenyum hambar. Jawapannya ada pada pakciknya yang sedang sakit dan senator-senator yang berada di dalam dewan tadi. Selagi mereka ini masih hidup, negara ini akan kekal seperti ini. Dahulu, ketika zaman pemerintahan datuknya, semua ini tidak pernah wujud. Namun sejak Raja Malique menaiki tahkta, segalanya berubah. Sebab itu Rayyu tidak peduli tentang kejadian pembunuhan yang melibatkan senator-senator sejak kebelakangan ini. Baginya mereka wajar mati. Hanya itu sahaja caranya itu mengembalikan kegemilangan Crsytallisa.
“Putera Rayyu.” Sapaan Arios menyentak lamunan Rayyu. Dia berpaling.
“Dah selesai?”
Arios mengangguk. “Seperti yang dikehendaki tuanku raja, setiap senator dan ahli keluarganya akan diberikan pengawal keselamatan dari Majlis Jaksa Pendamai. Sehingga pembunuh itu ditangkap, mereka akan dijaga 24 jam.”
Rayyu ketawa kecil sambil mengadap kembali ke tingkap. “Kita sendiri tidak ada petunjuk angkara siapa semua ini, bagaimana tangkapan hendak dilakukan? Dan sejujurnya, Arios, aku lebih suka kalau pembunuh itu dibiarkan lepas. Senang tugas kita nak bersihkan negara ini kembali!”
Arios tersenyum tawar. “Walaupun patik setuju dengan pendapat tuanku, tapi negara ini masih ada undang-undang. Setiap yang salah patut dibicarakan dulu.”
Rayyu menjeling Arios dengan ekor matanya. “Dibicarakan?” Rayyu ketawa sinis. “Bila Malique dah tidak ada nanti baru kita boleh bercakap tentang perbicaraan, Arios. Selagi dia yang mengetuai kerajaan, selagi itu negara ini akan terus begini,” sambung Rayyu perlahan. “Kalau nenda masih hidup, pasti keadaannya berbeza.” Bisik Rayyu namun masih mampu didengari oleh Arios. Bahu putera itu ditepuk perlahan. Simpati dengan apa yang dirasai pemuda itu.
“Bersabarlah, tuan putera. Patik percaya, keadilan masih wujud di luar sana. Cuma kita perlu lebih banyak bersabar dan cuba sedaya upaya untuk mengubah Crystallisa,” ujar Arios.
Rayyu tersenyum kecil. Pandangannya dilemparkan ke arah lanskap bandaraya Crystallisa di hadapannya. “Mungkin keadilan itu telah pun bermula?”
Arios tersentak. Wajah Rayyu yang sedang tersenyum direnung tajam. Riak wajah itu dan nada bicara putera itu tidak sekata. Belum sempat dia mahu bertanya apa-apa, anak muda itu berpaling untuk keluar dari bilik itu. Soalan Arios mati di dadanya. Namun dalam hati dia berharap agar kata-kata itu tidak mempunyai maksud apa-apa.

********************************************************************
Saya minta maaf pada sesiapa yang menunggu sambungan kisah ini. Kisah ini masih lagi dalam proses penyiapan. Saya pos di sini sebagai salah satu cara untuk naikkan semangat saya agar segara menyiapkannya. Bagi yang ingin tahu, Stanza Terakhir ialah sebuah novel  genre romance fantasi. Sebuah kisah cinta yang berlaku di dalam sebuah dunia ciptaan saya sendiri. Maaf jika ia tidak dapat memenuhi selera semua golongan pembaca. Terima kasih kepada yang mengikuti. ^_^