Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, November 28, 2012

Revenge 14 : Love Does Not Exist




Revenge 14 : Love Does Not Exist

Vanessa toleh kepada menghadap jam di dinding bilik Topaz. 11. 00 malam. Matanya mula beralih ke pintu. Dia teragak-agak untuk keluar dan berjumpa dengan Argon. Dia memerhatikan segenap penjuru bilik itu. Suasana sunyi sepi. Masing-masing sibuk melayan mimpi-mimpi mereka. Vanessa berjalan dengan penuh berhati-hati dan keluar dari bilik. Dia berjalan seperti biasa mengikut arahan Argon.

Vanessa berjalan dengan agak perlahan apabila terdengar suara seseorang bercakap dengan nada keras. “Dia tak layak untuk kau Argon! Dia tu lemah, bodoh dan tak cukup baik untuk kau! Dia tidak sesuai menjadi suri di hati kau!” Berderau darah Vanessa mendengar nama Argon. Dia mula tertarik untuk mendengar lebih lanjut.

“Kau tak layak cakap macam tu. Kau tak layak untuk judge dia.” Argon bersuara keras.

“Kenapa? Kenapa aku tak layak? Kau bagi tahu aku. Kenapa aku tak layak nak judge dia. Argon, wake up! Dia tu bukan hebat Argon. Dia tak layak untuk kau. Kau memang tak sesuai untuk dia. Kau bukan untuk dia. Kau dah lupa siapa kau? Kau dah lupa ke?” Makin keras suara tersebut membalas. Peluh memercik di dahi Vanessa. Vanessa hanya membiarkannya.

“Aku tak lupa Mony,” Vanessa tersentak. Tidak disangka suara tersebut kepunyaan Mony. Perempuan yang memberi amaran kepadanya untuk menjauhi Argon. “Aku tak lupa siapa aku. Tapi kau yang lupa Mony. Kau lupa sesuatu.” Vanessa sudah makin tertarik. Dia seakan-akan mahu pergi lebih dekat untuk mendengar dengan jelas.

“Apa yang aku lupa? Tell me!” Mony membentak dengan kuat.

“Kau lupa yang aku berhak untuk menyukai sesiapa yang aku suka. Kau lupa tentang tu.” Hambur Argon keras. Mony terdiam sesaat.

“Hahahahaha.......” Vanessa pelik. Pelik apabila mendengar Mony ketawa.

“Kau sudah pandai Argon. Kau sudah pandai bermadah kata. Satu pencapaian yang cukup bagus.” Sinis suara Mony kedengaran. Argon mendiamkan diri. “Kalau kau berdegil mahu bersama Vellina, aku tak teragak-agak untuk membunuh dia, Argon.” Vanessa terpana. Dia tidak sangka orang yang dibual oleh mereka berdua adalah .... dia!

Argon tersentak. Dia ketap bibir kuat. “Kau jangan berani apa-apa kan dia Mony. Kau tak ingat siapa kau? Siapa aku? Kalau kau cuba apa-apa kan dia, aku bunuh kau, Mony! Tiada sesiapa yang boleh sentuh dia walau sehelai rambut sekalipun!” Argon membentak dengan kuat. Tanggannya di genggam. Dia cuba untuk mengawal kemarahan dia. Vanessa terkesima mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Argon. Vanessa memegang dadanya. Kenapa dia terasa semacam saat Argon berkata begitu?

“Kenapa Argon? Kenapa kau sayang sangat pada dia? Dia bukan siapa-siapa, Argon! Dia berbeza dari kau, dari aku. Kau, putera Dark Kingdom. Aku, penasihat kau. Kau patut dengar cakap aku Argon. Jauhi dia!”

“Panggg....” Vanessa terdengar bunyi yang kuat seperti bunyi ... bunyi tamparan. Ia berlaku sekelip mata. “Berani kau, berani kau tampar aku disebabkan .,. disebabkan perempuan yang ... perempuan yang tak berguna tu! Berani kau!” Lagi sekali sebuah tamparan hinggap di pipi Mony. Mony meraba pipinya yang sudah berbekas merah. Dia mengetap bibir lantas berlalu dari situ. Vanessa tersandar di balik pintu utama. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Bunuh Argon atau tidak? Soalan tersebut berlegar di fikirannya.

Setelah 10 minit berlalu, Vanessa keluar dari balik pintu dan menuju ke arah Argon yang sedang bersandar di pasu bunga yang besar di sebelah pintu pagar utama. Vanessa memberikan senyuman yang pahit kepada Argon. Argon membalas dengan senyuman yang indah. Hati Vanessa masih tidak tenteram. Dia tidak tahu kenapa hatinya berasa ..... lain macam...

“Kita nak pergi mana ni?” Soal Vanessa sambil berjalan kaki dengan Argon. Wajahnya tunduk memandang jalan. Dia langsung tidak mengangkat wajahnya. Entah kenapa dia berasa semacam. Vanessa masih setia menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Argon. Tetapi setelah beberapa saat berlalu, Argon masih tidak membuka mulut. Dia berjalan dan terus berjalan. Vanessa berhenti melangkah. Argon pandang Vanessa.

“Kita pergi somewhere. Tempat tu memang tempat kesukaan saya. Dah? Sekarang boleh jalan?” Argon menjawab hendak tak hendak. Vanessa meneruskan langkahnya walaupun rasa geram dengan jawapan Argon. Tidak menepati skema soalan langsung!

*****

Vanessa terpana. Dia betul-betul berasa gembira melihat tempat tersebut. Suasananya sungguh indah. Angin malam menyapa wajahnya. Rambutnya terbuai-buai mengikut rentak angin. Vanessa berasa sungguh sejuk. Argon di sebelah sudah tidak di pedulikan. Vanessa leka melayan perasaan. Tiba-tiba, dia teringat akan Danny. Vanessa menghalakan anak matanya ke dada langit dan terlihat wajah Danny di situ. Danny yang sedang senyum kepadanya. Vanessa tersenyum nipis. Dia menggeleng kepala perlahan dan memandang Argon di sebelah.

“Kenapa bawa saya ke sini?” Vanessa bersuara setelah sekian lama melayan perasaan. Argon pandang Vanessa dengan anak matanya. Lembut. Vanessa pantas berpaling ke arah lain. Di dalam hatinya, sudah tertanam nekad untuk mengambil rantai biru yang masih setia tergantung di leher Argon. Dia tidak akan membunuh Argon jika Argon menyerahkan rantai tersebut kepadanya. Tetapi dia akan bunuh Argon jika Argon tidak serahkan rantai tersebut. Tetapi, sanggupkah dia untuk membunuh Argon? Dia masih teringat pergaduhan Argon dan Mony. Peristiwa tersebut jelas berputar di kotak fikirannya.

“Saja,” sekian lama menunggu jawapan yang keluar fari mulut Argon. Hanya perkataan ’saja’ yang keluar dari mulutnya. “Vellina, jom duduk dekat kerusi panjang tu.” Argon menghalakan jari telunjuknya ke arah kerusi panjang yang terdapat di sebelah pokok yang agak rendang.

Mereka berdua duduk di kerusi panjang tersebut. Argon masih senyap tidak bersuara. Vanessa pula tidak tahu hendak mulakan bicara. “Vellina.” Argon menyebut nama Vanessa. “Ya?” Vanessa toleh kiri memandang Argon. Argon tenung langit. Mengira bintang di langit.

“Saya hendak beritahu sesuatu pada awak. Saya harap awak boleh menjadi pendengar yang baik.” Kali ini, Argon bercakap dan matanya yang tenung langit, merenung anak mata Vanessa pula. Vanessa telan air liur sebelum mengangguk kepala.

Argon pandang bawah. “Dulu, sewaktu saya kecil, bonda saya selalu bawa saya keluar pergi jalan-jalan.” Sebuah senyuman terukir di bibir Argon. “Bonda memang tak pernah marah saya walau apa pun yang saya lakukan. Ayahanda saya pula seorang yang tegas dan garang. Saya tak pernah merasa kasih sayangnya. Dia terlalu tegas sehingga saya takut untuk berbicara dengannya,” kedengaran gelak kecil dari mulut Argon. Vanessa mengulum senyuman nipis. “Suatu hari, masa tu umur saya lebih kurang 9 tahun, bonda saya mula tidak memperdulikan saya. Ayahanda saya lagilah pula. Mereka terlalu sibuk. Saya juga tidak tahu kenapa.” Argon berhenti seketika. Nafas ditarik dan dihembus.

Kepalanya didongak memandang langit. Vanessa di sebelah memandang muka Argon. “Rupa-rupanya mereka sibuk untuk mencari sebuah buku. Saya pun tidak tahu buku apa.” Nafas ditarik lagi sekali. Vanessa disebelah sudah ketap gigi. “Setiap hari saya pasti terdengar nama Fairy Kingdom dari mulut ayahanda dan bonda.” Argon diam sesaat. “Sampai satu hati, saya tengok ramai askar keluar dari istana termasuk ayahanda dan bonda saya. Saya hanya jadi pemerhati sahaja.” Argon diam lagi beberapa minit.

Matanya masih memandang bawah. “Lepas beberapa hari keluar rumah, mereka semua balik. Tetapi ada askar yang tak balik. Ayahanda dan bonda balik juga pada hari tu. Tapi, wajah mereka seperti tidak puas hati.” Vanessa sudah membara mendengar cerita Argon. “Malam tu, seperti biasa. Saya terdengar ayahanda dan bonda berbincang. Rupanya selama ni mereka semua keluar pergi bertarung dengan Fairy Kingdom. Buku yang mereka mahukan sudah tiada. Saya terdengar nama Permaisuri Elit di sebut oleh mereka berdua .... dan juga nama anak Permaisuri Elit. Tetapi saya tak berapa dengar nama anak dia.” Vanessa gigit bibir. Tiba-tiba, terbayang di ruang matanya segala yang berlaku pada 6 tahun yang lalu.

“Kenapa kamu beritahu saya semua ni?” Akhirnya Vanessa bersuara selepas lama mendiamkan diri. Argon pandang Vanessa.

Dia tersenyum nipis, “Supaya awak tahu kisah hidup saya,” ringkas jawapan Argon. Vanessa tarik senyum.

“Awak teruskanlah. Saya sudi mendengarnya.” Putus Vanessa. Walaupun dia sebenarnya tidak mahu mendengarnya. Dia seakan-akan mahu mengalirkan air mata apabila peristiwa yang berlaku 6 tahun lalu berlegar-legar di fikirannya. Suara bondanya. Ya, dia terlalu rindu dengan bondanya. Begitu juga adiknya.

“Setelah saya menginjak remaja, saya tahu kebenarannya. Kenapa ayahanda dan bonda terlalu sibuk. Mereka terlalu sibuk kerana hendakkan buku Secret Glose.” Zaaapppp.... Vanessa sudah terpana. Buku tu.. ya buku tu adalah buku milik keluarganya. Warisan turun temurun. “Buku tu adalah buku yang hebat. Dalamnya punya banyak mantera dan macam-macam benda. Itu yang saya tahu. Ayahanda dan bonda teringin sangat buku tu.” Argon pandang langit semula.

“ .... dan bila saya semakin membesar, ayahanda dan bonda hantar saya ke sini supaya saya belajar magis hitam dengan lebih mendalam dan juga untuk saya bunuh seseorang.” Zappp.... Lagi sekali Vanessa terpana. Suara Argon sedikit keras apabila menyebut ayat “untuk saya bunuh seseorang.” Vanessa ketap bibir dengan kuat.

“Argon, jom kita balik. Saya rasa dah lewat malam.” Vanessa meminta izin untuk balik. Argon angguk kepala. Mereka berdua meninggalkan tempat tersebut. Masing-masing layan perasaan.

*****

Sudah dua hari peristiwa dia keluar dengan Argon berlalu. Dia menghela nafas dan melontarkan dirinya ke atas katil Tiara yang berada di bawah. Katil Monica di tingkat dua dan katilnya di tingkat tiga. Hari ini hari minggu, jadi kelas tiada dan murid-murid boleh membuat kerja masing-masing. Tiara dan Monica sedang bergelak ketawa. Sesekali nama Henry disebut oleh Monica. Vanessa melangkah ke tempat Monica dan Tiara.

Vanessa tepuk bahu Tiara, “Nak keluar tak? Pergi ke kampung Renta.” Dengan cepat, Monica dan Tiara angguk kepala. “Jadi, pergi bersiap-siap. Pukul 10 ni kita keluar.” Tiara dan Monica kemas meja dan katil mereka. Beg-beg pakaian di susun. Pakaian-pakaian yang belum di basuh dibawanya ke bilik air dan membasuhnya menggunakan magis. Setelah lebih kurang 10 minit berada di bilik air untuk membasuh pakaian mereka, akhirnya Tiara dan Monica keluar. Mereka memilih baju yang tampak kasual. Setelah bersiap, mereka bertiga mula keluar bilik. Saat membuka pintu bilik, pintu bilik Topaz 2 turut dibuka dan terjengul wajah Slyer diikuti wajah Danny.

“Hai.” Tiara menegur dengan ramah sekali. Slyer dan Danny memberikan senyuman kepada Tiara.

 “Kau orang nak pergi mana?” Slyer menyoal sambil menutup pintu bilik. 

“Somewhere.” Jawab Monica ringkas. Slyer angkat kening sesaat. Pandangan Vanessa beralih ke arah Danny yang diam semacam hari ini. Pelik, memang pelik.

Selalunya Slyer yang mendiamkan diri tetapi hari ini, Danny pula yang mendiamkan diri. “Boleh tak bagi tempat yang spesifik sikit? Aku pun nak join juga. Danny tak tahulah.” Slyer jeling Danny di sebelah. Dia tidak tahu kenapa kawannya sudah tidak banyak cakap. Sepuluh patah di tanya, di balas dengan anggukan atau pun gelengan. Pelik-pelik. Danny angguk kepala. Tiara dan Monica serta Vanessa pandang pelik ke arah Danny. Danny pula terus berpaling ke tepi dengan muka yang serius. Pandangan tiga gadis tersebut terkena pada Slyer. Mereka memandang Slyer meminta penjelasan dengan perangai pelik Danny.

Slyer buat tak tahu dengan pandangan tersebut, “Kau orang nak pergi mana? Aku bosanlah duduk kat sini.” Slyer berkata sedemikian.

“Pergi kampung Renta. Nak ikut tak?” Tiara membalas dan menyoal Slyer.

“Bagus! Aku memang nak pergi ke kampung Renta. Jom kita pergi sama-sama.” Slyer menarik tangan Danny. Danny menepis dan berjalan ke hadapan. Vanessa mula menghidu ada sesuatu yang tak kena dengan Danny. Mereka berlima mula berjalan keluar dari pintu utama menuju ke kampung Renta.

Tiba-tiba, Vanessa nampak kelibat Argon tidak jauh dari situ. Dia berlari meninggalkan kawan-kawannya. “Argon, nanti kita jumpa dekat kampung Renta boleh?” Vanessa bertanya setelah sampai di hadapan Argon.

“Boleh. Tapi dekat mana?” Argon bertanya. Ligat otak Vanessa memikirkan tempat untuk berjumpa Argon. Akhirnya dia membalas,

“Dekat mana-mana aje. Kalau kita berjumpa. Tapi pastikan awak berlegar di pasar mini kampung Renta. Senang saya cari. Pukul 5 petang okey.”

Argon mengerutkan dahi lantas menjawab, “Okey. Jangan awak tak muncul pula.” Vanessa tersenyum dan berlari meninggalkan Argon. Dia kemudian menyertai kawannya. Vanessa terpandang mata Danny. Zaaapp... Darahnya seakan-akan terhenti. Pandangan mata Danny. Pandangan mata Danny lain dari biasa. Dia mula berasa sangsi dengan diri Danny. Vanessa tersedar apabila Tiara menepuk bahunya dengan kuat.

“Eh, jomlah gerak. Dah nak pukul 11 dah.” Monica bersuara.

*****

Vanessa berlegar-legar sendirian di kedai buku. Matanya melilau-lilau mencari buku yang boleh menarik perhatiannya. Kawan-kawannya yang lain sudah hilang ke tempat-tempat yang ingin ditujui. Mereka berpecah apabila sudah sampai di perkampungan Renta. Vanessa toleh ke belakang. Dia terasa macam ada orang sedang memerhatikannya. Tetapi dia langsung tidak nampak kelibat orang yang mencurigakan. Dia angkat bahu dan mula keluar dari kedai tersebut dan menjelajah setiap kedai buku.

“Jam ditangan di belek. Pukul 4 petang. Lagi satu jam untuk bertemu dengan Argon. Vanessa mencari-cari kelibat kawannya. Dia ternampak Tiara dan Monica sedang membelek-belek snowball. Dia menghampiri mereka dan menepuk bahu mereka serentak. Tersentak Monica dan Tiara. Monica dengan gelabahnya meletak snowball tersebut di tempatnya. Dia pandang belakang. Mukanya tampak bengang.

“Sorry. Tak sengaja.” Vanessa tergelak kecil.

“Nak apa?” Tiara menyoal. Malas nak marah-marah.

“Aku nak jumpa Argon. Kau orang baliklah dulu kalau nak. Aku jumpa Argon pukul 5 nanti. Sekarang dah pukul 4.15 petang. Aku ingatkan nak tunggu dia setengah jam awal.” Tiara dan Monica seperti berfikir sesuatu.

“Aaa... okeylah macam tu. Nanti aku kata dengan Danny dan Slyer. Good Luck!” Tiara membalas. Tangannya menepuk-nepuk bahu Vanessa. Monica pula tersenyum lebar.

*****

Vanessa berjalan keluar dari tempat yang sesak dengan ramai orang. Jam tangannya menunjuk pukul 4.45 petang, namun kelibat Argon masih belum muncul. “Lagi 15 minit lagi,” Vanessa mendesis. Matanya masih melilau-lilau mencari kelibat Argon. Tiba-tiba, ada tangan yang menepuk bahunya dari arah belakang. Tersentak Vanessa. Dia cepat-cepat pusing belakang melihat gerangan yang menepuk bahunya. Sebuah senyuman lega terukir di bibir Vanessa. Argon membalas senyuman tersebut.

“Lama tunggu?” Vanessa geleng kepala. “Taklah, baru aje sampai. Tak sampai 5 minit.” Nafi Vanessa.

“So, nak pergi mana?” Argon soal Vanessa. Vanessa berfikir sejenak.

“Urmm... tempat ni ada tak sebuah bangunan kosong yang telah lama ditinggalkan?” Argon pelik mendengar soalan Vanessa. Namun kepalanya diangguk. “Good!” Vanessa tarik senyum gembira. Argon hanya mengikut rentak Vanessa. “Awak tahu kan tempat tu dekat mana?” Agron angguk lagi sekali. Mereka mula berjalan. Masing-masing senyapkan diri sehingga sampai di sebuah bangunan yang usang. Vanessa tersenyum puas.

“Jom masuk,” ajak Vanessa. Tangan Argon ditariknya. Vanessa menghafal setiap jalan yang dilalui. Argon mengikut jejak langkah Vanessa tanpa bantahan. Akhirnya Vanessa berhenti di tempat yang luas dan dihadapan tempat itu mempunyai 3 lorong. Vanessa menjauhkan diri dari Argon. Dia masih mengekalkan senyumannya. Argon pandang pelik ke arah Vanessa.

“Kenapa berhenti dekat sini, Vellina?” Soal Argon. Dahinya sudah berlapis-lapis. Vanessa masih tersenyum. Dia menunjuk rantai Argon menggunakan jari telunjuknya. Argon memandang tempat yang ditunjuk oleh Vanessa. Argon pandang Vanessa semula.

“Boleh tak kalau saya nak rantai tu?” Soalan yang pertama keluar setelah lama Vanessa menyepikan dirinya. Argon mengeluarkan rantai tersebut. Dia memegang rantai tersebut. Erat.

“Kenapa awak nak rantai ni?” Argon membalas soalan Vanessa dengan soalan. Vanessa masih tersenyum, “Sebab saya nak rantai tu.” Ringkas, Vanessa menjawab. “Argon masukkan semula rantai tersebut ke dalam bajunya.

“Saya tak boleh bagi,” ujar Argon perlahan.

“Kenapa? Penting sangat ke rantai tu?” Soal Vanessa. Dia masih tersenyum. Dia tidak akan membunuh Argon kalau Argon memberi rantai tersebut kepadanya. Tetapi jika Argon tidak memberi rantai tersebut. Something bad akan berlaku.

Argon angguk kepala, “Ya. Rantai ni rantai yang diwarisi turun temurun.” Jawab Argon. Vanessa mula mengubah soalan.

“Siapa yang awak mahu bunuh tu?” Argon yang leka merenung dinding mengalih pandangannya ke wajah Vanessa. “Boleh tak kalau saya tahu?” Sambung Vanessa dengan suara lembut.

“Anak kepada kerajaan Fairy.” Vanessa menarik senyuman lebar. Dia sudah agak yang Argon mahu membunuhnya.

“Aku nak rantai tu,” tiada lagi senyuman di bibir Vanessa. Wajahnya serius. Pandangan matanya tajam menusuk mata Argon. Argon tersentak melihat pandangan tersebut dan mendengar suara Vanessa yang keras.

“Awak kenapa Vellina?” Argon bertanya.

“Aku nak rantai tu!”

“Tapi kenapa?”

“Kau nak bagi ke tak?” Argon seolah-olah mahu membuka mulut tetapi tidak jadi. Vanessa masih lagi berdiri tegak dengan muka yang serius. Argon masih pelik melihat sikap Vanessa yang tiba-tiba berubah.

“Vellina, kenapa dengan awak? Awak sakit ke?”

“Aku kata aku nak rantai tu Argon. Bagi aku rantai tu!” Vanessa bersuara keras. Anak matanya menunjukkan api dendam.

“Vellina, saya bukan tak nak bagi awak. Tapi rantai ni adalah rantai warisan, Vellina.”

Vanessa tarik senyum sinis, “Aku tak kisah pasal hal tu. Yang aku tahu aku nak rantai tu. Kau nak bagi ke tak?”

“Kalau Argon tak nak bagi?” Argon masih lagi berlembut.

Vanessa ketawa jahat, “Aku terpaksa hapuskan riwayat kau!” Hambur Vanessa setelah ketawanya reda. Argon terpana.

“Vellina, apa yang awak cakapkan ni?”

“Bodoh! Bagi aku rantai tu sekarang. Aku nak rantai tu. Bagi aku atau aku bunuh kau.” Vanessa mengeraskan suaranya. Argon menggeleng kepala perlahan. Dia tidak percaya dihadapannya itu Vellina.

“Kenapa? Terkejut tengok aku berkasar? Terkejut dengar aku akan bunuh kau?” Sinis suara Vanessa kedengaran.

“Siapa kau?” Akhirnya Argon berani menggunakan perkataan ’kau’. Vanessa menarik senyuman jahat.

“Aku adalah Vellina. Orang yang kau suka.” Vanessa membalas dengan suara seperti mengejek.

“Kau bukan Vellina. Vellina bukan macam kau!” Argon membentak. Tangannya dikepal-kepal.

“Hahhahhaha..........” Vanessa gelak dengan begitu kuat. Kemudian dia menyambung, “Kenapa sayang? Tak percaya ke? Saya memang Vellina. Vellina yang pura-pura baik dengan awak kerana bersebab. Nak tahu sebab apa?” Vanessa membuka mulut diselangi ketawa kecil.

“Kau jangan nak tipu aku. Kau bukan Vellina.” Argon masih tidak mempercayai kata-kata Vanessa.

“Terpulang. Aku dah kata aku Vellina. Tapi yang aku nak tahu, kau nak bagi aku rantai tu ke tak?”

“Jangan harap!” Argon mengetap gigi dengan kuat.

“Tsk. Kau memang nak tempah maut betul, huh! Jangan salahkan aku kalau kau mati.”

“Boleh ke kau bunuh aku? Aku tak rasa kau boleh.” Argon mengejek.

“Tsk. Kau jangan nak cabar aku Argon. Tak pasal-pasal belum sampai 10 minit kau dah mati.” Vanessa menjawab dengan geram.

“Well, we see about that.” Argon sengaja menyimbah minyak ke api yang marak.

Vanessa yang terlampau kegeraman menghalakan tangannya ke arah Argon, “Explode!” Argon dengan pantasnya mengelak apabila Vanessa menyebut “explode”. Vanessa yang masih tidak puas hati membuat perkara yang sama berulang kali. “Explode, explode, explode, explode!” Semua letupannya berjaya dielak oleh Argon. Vanessa ketap bibir. Dia memandang Argon yang berada di atas tiang.

“Lemah betul skill  kau. Tak cukup hebat untuk mengalahkan aku.” Argon berkata dengan angkuh. Dalam pada masa yang sama dia mengejek. Vanessa tersenyum mengejek ke arahnya.

“Cuba kau tengok betul-betul. Kau sekarang berada dekat mana.” Kata-kata Vanessa membuatkan Argon memandang kakinya.

“Bayangan! What the ....” Pandangannya di kalih ke arah Vanessa yang tersenyum mengejek.

“So? Siapa yang hebat Argon? Skill siapa yang lemah? Kau ke aku?” Vanessa menyoal Argon dengan berlagak.

“Kenapa? Tak percaya ke aku buat bayangan pada kau? Lain kali semasa mengelak berhati-hati. Kita tak akan tahu apa step yang bakal dilakukan oleh musuh.” Argon tergelak kuat.

“Ya, kita tak akan tahu step yang bakal dilakukan oleh musuh. Kau juga begitu bukan?” Vanessa terasa lain macam dengan kata-kata Argon. Dia memerhatikan dirinya. Tiada apa yang pelik. Belum sempat dia kalih pandangn ke tempat Argon, dia terasa ada benda yang buruk bakal berlaku. Vanessa dengan pantas melompat ke tempat lain.

“Macam mana kau...” Vanessa masih tidak percaya Argon boleh lepas dengan teknik bayangannya.

“Skill kau yang lemah.” Argon menjawab soalan Vanessa. Dia tarik senyum sinis.

“Tsk,” Vanessa menggigit bibir. “Huh! Kita tengok siapa punya skill yang lemah lepas ni. Itu baru sikit.” Vanessa menghalakan tangannya ke atas.

“Esianse diago, eslast bians,” satu cahaya mula terbentuk. Vanessa pandang Argon. Argon memandang cahaya tersebut. Vanessa tarik senyum jahat. Vanessa menggerakkan tangannya ke tempat Argon berdiri, “Explosive!” Argon tergamam. Dia tercampak ke tepi. Darah mengalir di lengannya tetapi tidak diendah. Rantai yang tergantung di leher Argon dipandang sekilas oleh Vanessa sebelum memandang muka Argon.

“Diand!” Argon menjerit ke arah Vanessa dan satu panahan terkena pada pipi Vanessa. Semuanya berlaku dengan pantas. Vanessa memegang pipinya yang tercalar. Darah mengalir dari situ.

“Tsk,” Vanessa mengeluarkan bunyi yang menjadi trademarknya.

Vanessa pandang mata Argon. Kini, perlawanannya sebetul-betulnya bermula. Argon mula berjaga-jaga. “Ballast!” Jerit Vanessa.

“Wall!” Argon tahan serangan Vanessa. Vanessa gigit bibir.

“Water! Fire! Crystal!” Vanessa mengeluarkan semua bentuk serangan.

“Wall!, Wall!, Wall!” Argon menangkis semua bentuk serangan Vanessa.

“Tsk,” Vanessa tidak puas hati dia mencuba lagi sekali. Namun tidak berjaya. Muncul satu idea di fikirannya. Dia berlari ke tepi sambil menyebut “Water Shoot!” Vanessa melompat ke atas dan menyebut, “Crystal Shoot!” Argon yang menahan air tersebut kena padanya terkejut apabila memandang kristal yang banyak menghala ke arahnya dari arah atas. Satu persatu kristal tersebut terkena padanya. Kesan calar balar mula memenuhi tubuhnya. Vanessa tersenyum puas. Rantai di leher Argon terputus dan tercampak ke tepi. Vanessa berlari dan mengambil rantai tersebut. “Fire Shoot!” Lagi sekali Vanessa menyerang apabila ingin mencapai rantai itu. Argon yang lemah tidak dapat menangkis serangan tersebut. Namun, dia sempat memasang pendinding di tepinya. Api tersebut tidak terkena tubuhnya. Namun Vanessa masih berpuas hati. Argon terasa sakit yang teramat sangat di tempat yang terkena panahan kristal tersebut.

“Macam mana sakit tak Argon? Nak tahu tak, kristal tu ada racun sebenarnya. Mungkin kau akan mati dalam 24 jam ni. Tapi aku tak suka nak tunggu kau mati. Apa kata aku bunuh kau daripada kau terpaksa tunggu ajal kau. Mesti kau suka bukan?” Vanessa berkata dengan sinis sekali. Dalam pada masa yang sama dia mengejek Argon. Rantai yang di ambil di baling-balingnya.

Argon mengetap gigi, “Shit!” Dia memandang rantai yang sedang di baling-baling oleh Vanessa. Vanessa yang perasan tenungan Argon tersebut berkata,

“Kenapa? Nak rantai ni ke? Kalau kau nak, aku boleh bagi but over my dead body first.” Keras suara Vanessa menyebut ayat akhir. Dada Argon berombak-ombak. Racun tersebut mula menyerap ke dalam badannya.

“Aku dah bosan tengok drama ni. Jadi apa kata aku tamatkan terus? Senang bukan?” Vanessa menutup mata perlahan. Rantai yang berada di pegangannya di simpan di dalam poket seluar. Aura hitam menyelubungi bangunan tersebut. Vanessa membuka mata. Matanya yang biasa menjadi merah. Ada urat muncul di mukanya. Argon terpana melihat Vanessa. Dia juga merasa ada aura hitam dan aura tersebut amat kuat.

“Hutang nyawa di balas dengan nyawa. Hutang darah di balas dengan darah. Kau dan seluruh keluarga kau telah musnahkan seluruh kehidupan aku dan keluarga aku. Seluruh keluarga kau tak layak untuk hidup! Kau orang patut mati!” Keras suara Vanessa berkata. Argon tersentak. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Vanessa.

“Apa maksud kau?” Soal Argon kebingungan. Rasa sakit yang kian mencucuk di tahannya. Vanessa gelak jahat.

“Kau tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?” Sinis suara Vanessa kedengaran.

“Kau!” Tangan Vanessa lurus menunjuk ke tempat Argon. “Kau dan keluarga kau yang menyebabkan aku jadi begini! Disebabkan kau dan keluarga kau! Aku dan seluruh keluarga aku termasuk kerajaan aku musnah! Disebabkan kau dan keluarga kau!” Vanessa jerit dengan kuat sekali. “Sebelum kau bunuh aku, baik aku bunuh kau.” Vanessa menyambung kata-katanya dengan deraman yang kecil.

Argon menunjukkan muka yang pelik. “Aku tak pernah berniat nak bunuh kau Vellina. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau.” Argon bersuara.

Vanessa tergelak dengan kuat. “Kau? Cintakan aku? Hahhahhahah.....” Vanessa tergelak. “Kau patutnya tidak boleh mencintai aku, orang yang kau mahu bunuh! Lagipun satu perkara yang kau patut tahu, cinta tak pernah wujud. Cinta sejati hanya sekadar sebuah dongeng! Lagi-lagi bila kau yang menyebut perihal cinta!” Tempik Vanessa nyaring.

“Aku tak pernah berniat nak bunuh kau Vellina. Aku...”

“Diam!” Vanessa memotong percakapan Argon. Matanya merenung tajam ke arah Argon. “Kau jangan nak menipu Argon. Bukan kau ke kata kau nak bunuh aku. Bunuh Vanessa!” Argon tersentak. “Aku Vanessa! Orang yang kau nak bunuh! Orang yang telah hilang 6 tahun dahulu! Keluarga kau yang menyebabkan bonda aku mati! Keluarga kau yang menyebabkan aku dan adik aku kehilangan bonda. Keluarga kau penyebab semuanya!” Hambur Vanessa dengan bengang. Nafasnya turun naik.

“Hhahahhahhahha........” Tiba-tiba Vanessa ketawa. “Apa kata kita tamatkan ini semua dengan cepat? Aku dah muak nak tengok muka kau. Lepas kau, aku akan bunuh penasihat kau dan dua orang lelaki yang bersama-sama dengan penasihat kau.”

“Killing Shoot! Water! Fire! Crystal! Fairy! Darknest!” Bertimpa-timpa jenis serangan yang terkena badan Argon. “The shoot of devils!” Satu panahan seperti kilat terkena tepat pada dada Argon yang lemah tak bermaya. Vanessa tersenyum puas. Argon terkulai menyembah lantai. Aura hitam yang menyelubungi bangunan tersebut hilang sedikit demi sedikit. Gelak ketawa Vanessa bergema. Lantai bangunan tersebut juga sudah mempunyai lubang besar dan kecil. Dinding bangunan tersebut sudah calar-balar di kerjakan oleh mereka berdua ketika bertempur. Ada dinding yang sudah retak. Pendek kata, semuanya sudah tidak seperti pertama kali mereka masuk.

Vanessa berjalan mendekati Argon yang sudah tidak bernyawa lagi. Dia mencangkung di hadapan Argon dan menarik rambut Argon. “Kau memang bodoh Argon. Kau terlalu percayakan aku.” Selepas itu Vanessa melepaskan rambut Argon dengan kasar. Dia tersenyum puas.

“Vellina!!” Vanessa terdengar namanya di panggil. Dia memandang belakang.

p/s : Mintak maaf if ada error. Happy reading.

Saturday, November 24, 2012

VAMPIRA 2013

Akan datang menemui anda dalam 
versi cetak dan e-book pada 2013




Tuesday, August 21, 2012

Revenge 13 : Enemies! (part 3)



Revenge 13 : Enemies! (part 3)

“What?! Kau tak dapat?! Benda senang macam ni kau tak dapat nak lakukan? Hello Jasmen, aku bukan suruh kau buat benda yang susah. Benda yang simple aje aku suruh kau buat. Itu pun kau tak dapat buat?!” Vanessa tersentak mendengar jerkahan seseorang di dalam bilik Encik Jaston. Telinganya di rapatkan ke pintu bilik Encik Jaston.

“Ma.. maa.. maaf.. kan sa.. sa.. saya,” suara Encik Jaston meminta maaf menampar cuping telinga Vanessa. Vanessa mula berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut. Mungkin dia boleh tahu mengapa Encik Jaston mahu mereka cari Vasperin.

“Maaf, maaf! Dari tadi tu yang aku dengar! Kau dengar sini baik-baik. Kita orang bertiga bagi kau masa 3 hari lagi untuk mencari Vasperin. Kalau kau tak dapat. Nahas kau kita orang kerjakan.” Ugut satu suara kepada Encik Jaston. Vanessa ketap bibir. Dia ingin tahu siapa yang menengking Encik Jaston. Hatinya tertarik-tarik untuk mengetahui pemilik suara tersebut.

“Itulah Jasmen. Lain kali fikir dahulu sebelum kau minta menjalankan tugas yang senang macam ni. Ini tidak, main redah aje. Kenapa? Kau nak sangat ke dapat title ’The Best People of Dark Kingdom’? Haa?? Jawablah,” Suara perempuan mula menampar cuping telinga Vanessa lagi sekali. Otak Vanessa memproses kata-kata tersebut. Dark Kingdom. Nama kerajaan tersebut meniti di bibirnya. The Dark Devil. Sekian lama nama tersebut tidak disebut Vanessa. Api kemarahan mula menguasai diri. Dadanya bergetar hebat!

“Sudahlah Mony, Frank. Jom kita balik ke bilik kita. Tidur lagi elok dari memandang muka lelaki yang tak berguna ni. Menyakitkan.” Sinis sekali suara tersebut. Kali ini Vanessa betul-betul tersentak dan terkedu.

“Feriasti diango Mucco” Vanessa dengan cepat menyebut mantera yang telah lama tidak disebutnya. Mantera yang mula-mula di sebut ketika kerajaan bondanya diserang. Diserang oleh The Dark Devils!

Vanessa muncul di dalam tandas bilik Topaz. Dia menarik nafas lega. Namun badannya agak keletihan. Mantera yang disebut betul-betul membuatkan dia terasa letih dan penat! Vanessa bersandar di pintu tandas. Dia sama sekali tidak sangka akan mengetahui dengan begitu cepat mengenai ’mereka’ bertiga. Nampaknya Monica tidak mengetahui siapa sebenarnya Henry, Mony dan Frank. Satu keluhan yang berat dilepaskan. Dia harus buat sesuatu. Harus!

*****

“Hai Vellina!” Vanessa mengukir senyuman paksa. Sudah lama dia tidak diganggu oleh Argon sehingga dia lupa tentang Argon dan rantai biru tersebut.

“Hai Argon! Lama tak jumpa. Pergi mana? Bertapa?” Vanessa membuat lawak dalam hatinya berdoa agar ada orang boleh bawa Argon pergi jauh darinya sekarang. Mata Vanessa memandang belakang Argon. Mony, Frank dan Henry sedang berjalan sambil berbual.

“Vellina, boleh tak malam ni kita keluar? Saya hendak cakap sesuatu kepada awak.” Vanessa hendak pengsan mendengar ayat yang keluar dari mulut Argon. Dia cuba mencari alasan.

“Tapi, boleh ke kita keluar? Mesti cikgu-cikgu semua tak bagi. Lagipun susah nak keluar malam ni.” Alasan pertama yang terlintas di fikirannya di suarakannya.

“Awak jangan risau. Kalau pasal tu, saya dah bereskan. Awak hanya perlu keluar dari bilik macam biasa. Kita jumpa pukul 12 malam di pintu pagar utama. Saya tunggu.” Argon kenyit mata dan berlalu pergi. Vanessa mencebik. Dia lantas berlalu pergi mendapatkan kawan-kawannya.

“Lama betul aku tak nampak si Argon tu. Baru sekarang di muncul.” Tiara bersuara apabila Vanessa sampai di hadapannya.

“Apa yang kau orang bualkan tu? Sekejap aje. Tapi aku perasan Argon kenyit mata dekat kau tadi. Sweetlah Argon tu” Monica memuji Argon. Vanessa buat muka sebelum dia memegang dadanya. Dia berasa sakit. Matanya memandang Danny dan Bella sebelum membuang pandangan ke tempat lain. Monica dan Tiara kerut dahi.

“Vellina, kau tak apa-apa kan? Kau sakit dada ke?” Monica menyoal Vanessa. Wajah Monica menampakkan riak risau. Begitu juga wajah Tiara. Vanessa geleng kepala.
“Aku tak apa-apa. Penat agaknya.” Tiara dan Monica masih memandang Vanessa dengan ekspirasi muka yang sama. Vanessa tarik senyum dan ketawa. Tiara dan Monica yang geram terus mengetuk kepala Vanessa.

“Ish kau ni. Buat kita orang susah hati aje.” Cebik Tiara.

“Sayang juga kau orang kat aku.” Vanessa berkata dengan gembira, walhal sebenarnya dia hanya pura-pura ketawa supaya kawan-kawannya tidak risau. Lagipun dia mahu menghilangkan rasa sakit hati. Kenapa? Dia juga tidak tahu.

Mereka bertiga berjalan menuju ke bangunan sekolah. “Eh, cakaplah. Tadi apa yang Argon cakap dekat kau. Beritahulah.” Tiara sudah membuat muka comel. Monica disebelah turut kalih pandangan ke arahnya.

“Dia nak jumpa aku malam ni.” Beritahu Vanessa perlahan.

“Wah.. datinglah kiranya?” Vanessa ketuk kepala Tiara.

“Bukan date, tapi berjumpa. Dia kata ada hal.” Vanessa masih bertegas.

“Aku peliklah dengan kau, Vellina. Kau suka Argon ke tak? Kau orang ni pasangan kekasih ke bukan?” Monica bertanya dengan dahi yang berkerut seribu. Vanessa hela nafas. Dia tidak tahu nak bagi jawapan apa.

Akhirnya Vanessa memutuskan untuk memberi jawapan yang samar-samar kepada Monica. “Entahlah.. nanti kau juga akan tahu.” Mereka semua diam sesaat. Monica baru hendak membuka mulut tetapi Vanessa lagi pantas.

“Aku masuk kelas dulu.” Vanessa terus belok ke kanan dan masuk ke kelasnya, Magical Water. Vanessa mengambil tempat duduk di belakang sekali. Tempat duduk kegemarannya.

“Jauhkan diri kau dari Argon.” Vanessa tesentak mendengar suara yang keras di sebelahnya. Dia memandang sebelah dan ....

“Siapa kau?” Vanessa berkata seolah-olah langsung tidak kenal perempuan yang memberi amaran kepadanya itu.

“Kau tak perlu tahu. Yang perlu kau tahu ialah jauhkan diri kau dari Argon!” Perempuan itu memberi amaran lagi sekali.

“Kenapa pula aku harus jauhkan diri dari Argon?” Vanessa menyoal selamba. Mony tarik senyum sinis.

“Bukan harus. Kau kena jauhkan diri kau dari dia. Dia tak layak untuk kau. Opss.. silap. Kau tak layak untuk dia. Kau lemah!” Terbakar Vanessa mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Mony.

“Kau tak ada hak hendak menghalang aku. Kau siapa nak beri aku amaran? Argon berhak untuk berkawan dengan sesiapa yang dia mahu.” Vanessa sengaja buat tidak peduli dengan amaran Mony. Dia lagi mahu membakar perasaan Mony. Mony menghadiahkan satu jelingan tajam kepadanya. Vanessa turut buat begitu. Lama mata mereka menjeling satu sama lain. Ada perasaan marah, geram dan benci di situ.

“Semestinya aku ada hak. Aku tunang dia.” Vanessa terpana. Selama dia berkawan dengan Argon dia tidak tahu Argon ada tunang.

“Jadi? Kalau kau tunang dia pun, aku masih ada hak untuk berkawan dengan dia.” Mony menepuk meja dengan kuat dan berdiri. Vanessa membuat muka selamba. Dia memandang Vanessa garang dan terus berlalu keluar dari situ.

Tidak beberapa lama selepas itu, Puan Telly masuk ke kelas. Dia meletakkan bukunya dan memandang setiap wajah di hadapannya. “Maaf kerana saya terlambat. Saya bukan sengaja tetapi ada hal tadi. Kita mulakan pelajaran kita pagi ini dengan menyeru Berlod. Saya harap kamu semua dapat berikan yang terbaik.” Puan Telly membawa satu bekas besar berisi air menggunakan mantera. Bekas tersebut terapung-apung diudara dan bergerak menuju ke meja guru. Bekas tersebut mendarat dengan baik di hadapan Puan Telly.

“Kamu semua ambil bekas di meja belakang dan isi air di dalamnya menggunakan air yang berada di hadapan saya. Berikan hati dan perasaan kamu ketika menyerunya. Seru dengan ikhlas. Tumpuan perhatian. Kamu pasti boleh!” Mereka semua bangkit dan pergi mengambil bekas dan mengisi air di dalamnya. Vanessa membawa air tersebut dengan penuh berhati-hati ke tempatnya. Setelah semua pelajar selesai mengisi air, Puan Telly berdiri tegak di hadapan. Matanya merenung semua muka di hadapannya. Satu persatu. “Sebut mantera untuk menyerunya dengan tepat dan lancar!”

“Disedian afterrun adies zenos!” Puan Telly tersenyum lebar mendengar mantera tersebut. “Bagus! Berikan tepukan kepada diri kamu sendiri kerana berjaya menyebut mantera tersebut.” Para pelajar mula menepuk tangan dengan kuat. Vanessa pula menepuk tangan dengan sambalewa.

“Tetapi!” Puan Telly bersuara serius. “Kalau kamu reti sebut tetapi tidak reti untuk menumpukan perhatian, itu adalah masalah yang lebih serius! Kamu harus ingat, makhluk ini harus diseru dengan memberikan sepenuh tumpuan pada mantera yang kamu baca. Kamu harus buka dada kamu selapang-lapangnya!” Semua pelajar diam di tempat duduk masing-masing. Mereka mendengar penjelasan Puan Telly dengan khusyuk. “Kamu boleh mula sekarang.” Ujar Puan Telly setelah mendiamkan diri beberapa saat.

Vanessa memandang air di hadapannya. Di sentuh air tersebut dengan hujung jari telunjuknya. Sebelah tangan menampung berat kepalanya. Dia mengacau air tersebut dengan perlahan. Puan Telly di hadapan kelas di pandang sekilas sebelum membuang pandangan ke tempat lain.

Dia memerhatikan segenap kelas dari tempat duduknya di belakang. Cally, pelajar perempuan yang duduk di hadapannya selang 3 baris sedang mencuba sedaya upayanya untuk menghasilkan Berlod namun masih tidak menunjukkan tanda-tanda positif. Vanessa kalih pula pandangan ke tempat Sabrina. Budak yang paling pandai dalam aliran magis air. Tetapi jika di aliran lain, mungkin dia dikatakan golongan sederhana.


“Vellina sayang, kamu tak reti ke hendak menghasilkan Berlod? Kalau kamu tak reti, jangan malu-malu hendak tanya cikgu. Mula-mula sekali, kamu tumpuankan perhatian kamu. Selepas itu, kamu bayangkan Berlod kamu. Di situ kena letakkan lebih tumpuan. Kamu harus focus. Buka minda dan mata kamu. Bayangkan. Selepas kamu sudah buat begitu, kamu harus menyebut mantera yang cikgu ajar tadi. Sebut dengan tenang, yakin dan lancar. Jangan takut-takut. Jangan was-was. Yakin pada diri dan pop! Berlod kamu akan terhasil.” Panjang lebar Puan Telly memberikan penerangan. Sekali lagi! Vellina tarik senyum dan berbuat seperti yang disuruh. Dia pura-pura focus walhal tidak. Dia takut jika dia focus, Berlod yang dihasilkan akan menjadi kuat dan semua orang akan berasa sangsi dengan dirinya. Masakan tidak. Budak yang bodoh dan tidak handal dalam semua aliran boleh menghasilkan Berlod yang begitu hebat.

“Popp....” Muncul seekor makhluk yang seluruh tubuhnya diperbuat daripada air, Makhluk tersebut tersenyum ke arah Vanessa dan mula melompat-lompat keriangan. Puan Telly tepuk tangan perlahan. “Bagus Vellina, bagus. Kamu sudah berjaya menghasilkan Berlod walaupun tidak kuat dan hebat tetapi comel dan lemah. Kamu memang hebat!” Yang lain turut ikut tepuk tangan. Vanessa tarik senyum paksa. Dia tidak tahu sama ada Puan Telly sindirnya atau memujinya.

“Terima kasih, puan.” Vanessa menundukkan kepala sedikit. Selepas itu, Puan Telly beredar pergi dari situ dan mula menjelajah tempat-tempat lain. Vanessa menghela nafas lega. Selepas beberapa minit berlalu, loceng pun berbunyi. Vanessa kemas barang-barangnya dan mula melangkah keluar dengan pantas. 

p/s : Sorry kalau ada tersalah tulis. Busy this year. Trial SPM is a round the corner (3/9/2012) Pray for my success in Trial SPM and SPM. Amin. May Allah Bless You. ;)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir and Batin.

Wednesday, May 2, 2012

Phase 13: For The Sake Of Revenge

Phase 13 : For The Sake Of Revenge

            “AKU setuju!” ujar Morgan keras.
            “Morgan dah gila?” jerit  Permaisuri Flora, hampir terkeluar anak tekaknya. Morgan sudah hilang akal barang kali. Mereka berurusan dengan syaitan bukan dengan manusia!
            “Kalau Morgan berlawan dengan seorang manusia, bonda sanggup melepaskan Morgan tapi syaitan bukan tandingan Morgan! Fikir baik-baik, sayang,” Permaisuri Flora seakan memujuk. Benar, perutnya terasa hendak meletup apabila mendengar puterinya itu menerima tawaran Katana.
            “Kanda, tolong nasihatkan puteri kita ni. Sangat bahaya kalau dia menjadi umpan untuk menghalau syaitan tu. Ada kemungkinan yang dia bakal kehilangan nyawanya! Kanda, tolonglah,” rayu Permaisuri Flora. Air matanya sudah bergenang memikirkan yang dia mungkin akan kehilangan seorang lagi anaknya.
            “Katana, tiadakah cara lain untuk mengumpan syaitan itu keluar dari Dunia Orang Mati?” soal Raja Arcana pula.
            “Saya takut, tiada apa-apa yang dapat kita lakukan selain ini. Jika kita tidak menghalau syaitan ini keluar, maka Dunia Orang Mati akan musnah dan semua yang mati akan berkeliaran didunia manusia. Mungkin, saya, dan kita semua akan mati disini,”
            Permaisuri Flora sudah menelan air liur mendengar kata-kata Katana. Wanita itu menoleh kearah puterinya Morgan.
            “Morgan….” Sebutnya perlahan seakan merayu. Matanya sudah bercahaya, berharap agar anaknya itu faham dengan kehendak hatinya.
            “Bonda, ini saja peluang yang kita ada. Morgan taknak juga korbankan Ayahanda dan Bonda. Jangan risau, Morgan tidak akan mati begitu saja,”
            “Kanda!” Permaisuri Flora beralih pula pada suaminya. Tengan Raja Arcana sudah dipaut keras.
            Raja Arcana mengeluh. “Morgan pasti, ini kemahuan Morgan?”
            “Ya, Ayahanda. Morgan akan membunuh semua syaitan-syaitan yang wujud didunia ini.” Morgan nekad. Walauapapun yang terjadi keatas dirinya, dia tidak akan berhenti sehingga dia berjaya menghapuskan semua syaitan yang keluar dari neraka.  
            “Kalau begitu, ayahanda tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Morgan buatlah apa yang Morgan rasa betul. Tapi pastikan yang Morgan akan selamat.” Raja Arcana sudah memegang kedua-dua tangan Morgan,  memberi sepenuh kepercayaannya kepada gadis itu. Morgan mengangguk dua kali.
            “Kalau Morgan dah bersedia, saya tunggu diluar,” ujar Katana lalu membawa tongkatnya keluar dari rumah kecil itu.
            Morgan memberi pelukan terakhir kepada orang taunya sebelum dia berangkat keluar. Raja Arcana sempat menghantarnya keluar, sementara Permaisuri Flora tidak sanggup pun memandang Morgan berpaling daripadanya.
            “Morgan, ini adalah pemberian terakhir yang dapat saya berikan kepada kau.” Katana mengangkat tapak tangannya,serentak itu timbul sebuah pantulan cahaya berwarna biru dan perlahan-lahan sebuah bola lutsinar sebesar genggaman tapak tangan muncul berpusar diatas tapak tangan tersebut.
            “Apa ni, Katana?”
            “Ini adalah Orb yang akan membawa kau kepada Lady Sarakiel. Selepas saja kau menyentuh Orb ini, Lady Sarakiel akan tahu siapa kau. Tetapi berhati-hati agar syaitan tidak mengesan kewujudan Orb ini kerana, ia penting bagi mereka,” pesan Katana pula.
            Morgan mengangguk faham.
            “Kalau begitu, bagaimana kita harus mengumpan syaitan itu keluar?” Morgan seakan tidak sabar ingin bertarung dengan syaitan itu.
            “Sabr Morgan. Bukan senang untuk mengumpan syaitan bertaraf Q keluar. Tetapi akan ada satu cara untuk mengumpannya,”
            “Bagaimana?”
            “Kita harus menyerang sarang mereka terlebih dahulu, dan bunuh sebanyak yang mungkin anak-anak buahnya,”
            “Baiklah,” jawab Morgan tanpa banyak berfikir lagi.
            “Kalau kau sudah bersedia, pegang tongkat ini,” kata Katana sambil memacakan tongkatnya ke tanah. Morgan terus meletakkan tangannya diatas orb kecil dikepala tongkat Katana.
            Serentak itu bawa tanah tempat mereka berdiri bergegar, sejurus kemudian angin pun mula bertiup kencang mengoncang pokok-pokok yang tumbuh disekeliling mereka. Dan dalam sekelip mata saja, Katana dan Morgan lesap dari tempat itu juga. Dan perlahan-lahan, gegaran dan tiupan angin kencang itu terus berhenti.

*****

            SUDAH beberapa jam Morgan dan Katana bersembunyi disebalik pokok oak sambil terintai-intai kearah sebuah gunung yang bergua. Sejak tadi, mereka tidak melihat tanda-tanda syaitan keluar masuk dari gua itu.
            “Katana, adakah syaitan itu sudah mengubah tempat persembunyian?” soal Morgan.
            Katana menggeleng. “Aku tidak tahu. Fikiran mereka sukar untuk dibaca. Tapi aku boleh rasakan kuasa mereka disini,”
            “Sudah berapa lama mereka ada di Alam Barzakh ini, Katana?”
            Katana memandang Morgan. Dia tidak tahu samada dia patut beritahu Morgan atau tidak pasal itu.
            “Mereka datang selepas saja Raja Arcana dan Permaisuri memasuki alam ini. Dan syaitan bertaraf Q masuk selepas kau melangkah kedalam. Dunia Orang mati bukanlah tempat untuk manusia yang masih hidup, oleh itu keeseimbangan dunia telah terganggu maka sempadan itu semakin lemah membuatkan syaitan senang untuk memasuki ruang ini,”
            “Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?”
            Katana mengeluh. “Sebab waktu itu kau belum bersedia lagi, dank au belum tahu identiti sebenar kau lagi. Kau belum bersedia,” tekannya.
            “Tak kiralah aku ni dewi maut ataupun Morgan, tapi aku tetap akan membalas dendam aku. Kau sepatutnya beritahu aku awal-awal lagi,”
            “Tidak. Aku tahu apa yang aku buat. Kau tak ingat masa kali pertama kau bertemu Syaitan bertaraf Q, kau hampir mati walaupun kau sudah berlatih magik kau selama setahun. Dendam saja tidak cukup, kau harus ada kekuatan untuk membalas,”
            Morgan terdiam saat mendengar kata-kata Katana. Lalu dia mengeluh kecil.
            “Tapi apa tujuan syaitan itu ke sini? Maksud aku, ini dunia orang mati apa yang syaitan itu dapat dengan datang ke mari?”
            “Ohh… Morgan, syaitan bukan saja membawa manusia yang masih hidup ke neraka, tetapi syaitan juga menginginkan roh manusia masuk ke dalam neraka. Kerana roh manusia lebih kuat daripada jasad. Contohnya, Putera Viel,”
            “Kenapa dengan Kanda Viel?”
            Katana tersentak saat terpandang bayangan sepantas kilat masuk ke dalam gua. Tapi dia pasti itu adalah anak-anak buah syaitan bertaraf Q. Ini bermakna syaitan itu masih berada diluar.
            “Morgan, aku rasa mereka sudah ada. Kita harus mula bertindak sekarang!” Katana terus bangkit lantas memasang perisai lutsinar dibelakang dan hadapannya.
            “Tapi kau belum bagitahu, kenapa dengan Kanda Viel?”
            “Aku tiada masa untuk memberitahu kau. Kalau kita masih selamat, aku akan berjumpa kau diluar Dunia ini. Sekarang, cepat pakai perisai!” arah Katana pula.
            Morgan mendengus. Tanpa membuang masa lagi dia terus memasang perisai lutsinar.Perisai Lutsinar itu adalah perisai untuk mempertahankan diri serta meningkatkan kekuatan stamina mereka. Jika mereka bertarung tanpa menggunakan perisai, maka 50% dari kekuatan akan hilang, namun jika mereka memasang perisai tersebut 50% itu akan turun kepada 0.5%, jadi perisai itu amat bermakna bagi mereka.
            Katana dan Morgan berjalan perlahan-lahan menuju ke sisi gua.
            “Dengar sini, kita gunakan Devil Trap tahap 5. Kita akan letak dari setiap penjuru tempat ini,” arah Katana.
            “Baik. Aku ke sana.” Morgan terus berjalan ke sebuah sisi gua. Devil Trap yang akan mereka gunakan itu adalah untuk memerangkap semua syaitan itu didalam gua. Devil Trap tahap 5 adalah tahap yang tertinggi, tetapi kekuatannya tidak mampu untuk mengurung Syaitan bertaraf Q. Oleh itu, mereka hanya akan mengurung anak-anak buahnya. Selepas saja syaitan kecil itu dikurung, barulah Morgan akan mengumpan Syaitan bertaraf Q ke gerbang Dunia Orang Mati.
            Morgan mengisyaratkan kepada Katana sebaik saja dia sudah bersedia untuk memasang perangkap itu. Katana mengangguk selepas melihat isyarat Morgan.
            Morgan memotong tapak tangannya. Untuk memansang perangkap tersebut, darah si pengguna sendiri itu yang diperlukan. Mulut Morgan sudah mula terkumat-kamit membacakan mantera. Dan perlahan-lahan darah yang menitis diatas tanah itu mengalir menuju kearah Katana. Darah Katana juga mengalir bertembung dengan darah Morgan.
            Tidak semena-mena, sebuah jeritan kuat dari gua kedengaran. Katana dan Morgan saling berpandangan. Perangkap itu tidak akan memberi kesan sehinggalah syaitan itu melihatnya sendiri. Kalau begitu pasti ada sesuatu yang terjadi didalam.
            “Cepat Morgan, selesaikan mantera ini!” Katana seakan menjerit.
            “Morgan!”
            Serentak Morgan dan Katana memandang kearah gua. Tubuh seseorang yang hampir hilang muncul dihadapan mereka.
            “Kanda Viel?” sebut Morgan tidak percaya. Bukankah abangnya sudah masuk ke lubang cahaya itu, bagaimana pula abangnya boleh berada disitu?
            “Katana?” panggil Morgan. Katana menggeleng, dia sendiri tidak tahu bagaimana itu terjadi. Dia sendiri yang manyaksikan Viel melangkah masuk ke dalam cahaya itu.
            “Morgan, ini kanda. Kanda!”
            “Tidak Morgan, dia bukan Viel. Viel sudah masuk ke dalam cahaya itu!” Katana seakan menyangkal. Roh yang sudah melangkah ke dalam cahaya tidak boleh kembali lagi didunia itu.
            “Tapi…”
            “Morgan, selesaikan mantara itu sekarang juga!” jerit Katana. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa. Takut syaitan bertaraf q itu tiba lebih awal dan merosakan segala rancangan mereka.
            “Morgan…” Viel seakan merayu.
            Tidak semena-mena, tubuh Katana lesap dari pandangan Morgan. Morgan tercari-cari bawah dan atas, kiri dan kanan. Tapi bayang-bayang Katana sudah tidak kelihatan. Morgan semakin resah.
            Tidak sampai seminit kehilanagan Katana, sekujur tubuh menghempas diatas tanah. Morgan tersentak melihat tubuh Katana yang terkuali layu.
            “Bagus Morgan, kamu berdua memang bijak. Tapi aku lebih bijak,”
            Pantas kepala Morgan berpaling ke arah suara itu, di atas pokok. Belum sempat dia melihat pemilik suara itu, syaitan bertaraf q sudah muncul tepat dihadapannya. Morgan kecut perut. Hampir hilang nafasnya dek ketakutan.
            Tidak semena-mena, perut Morgan ditengdang dengan lutut serentak itu tubuh Morgan terpelanting melanggar pokok yang ada dibelakangnya. Tubuh Morgan menghempas tanah.
            “Morgan!” Viel terjerit.
            Syaitan bertaraf Q itu tergelak sakan melihat kesensaraan Morgan dan juga abangnya. Perlahan-lahan Syaitan itu melangkah mendekati Viel. Sejak dari mula lagi Viel adalah sasaran dia. Pada saat Katana berpaling selepas menghantar Viel masuk ke dalam cahaya, dia cepat-cepat menangkap roh Viel.
            Syaitan bertaraf Q itu terus menikam perut Viel dan memasukkan semua tangannya ke dalam.
            Viel sudah mengerang kesakitan. Walaupun dia hanya tinggal roh, tapi kesakitan itu masih ada kerana dia masih algi berada didunia orang mati. Syaitan bertafar Q itu menoleh ke belakang memandang Morgan yang masih menahan kesakitan.
            “Morgan!” panggil Viel.
            Morgan segera mengangkat kepala dan melihat tubuh syaitan itu hampir hilang didalam perut abangnya. Ketika itu, tubuh Morgan sudah terketar-ketar melihat penderitaan Viel. Air matanya sudah bergenangan. Saat Viel menghulur meminta tolong, Morgan tidak mampu pun untuk bangkit. Terasa seperti tulang belakangnya sudah diratah-ratah walaupun perisai Lutsinar itu masih berada dalam tubuhnya.
            Dan seketika kemudian, seluruh tubuh syaitan itu sudah lesap didalam perut Viel. Tubuh Viel rebah diatas tanah. Buat seketika Morgan terpana. Sejenak, dua jenak, tubuh Viel masih kaku dan beberapa saat kemudian dia melihat tubuh itu bergerak.
            “Kanda!” panggil Morgan. Dengan sisa kekuatan yang tertinggal, dia mengensot mendekati Viel.
            Tiba-tiba dia terdengar gelak tawa seseorang. Viel bangkit, kini tubuhnya sudah sempurna. Tubuhnya tidal lagi tembus pandang.
            “Kanda!” panggil Morgan.
            “Aku bukan Viel!”
            Mata Morgan terbeliak.
            “Viel yang kau sanjung-sanjung itu sudah tidak wujud lagi!”
            Serentak itu darah panas menyiarap diotak Morgan.Seluruh tubuhnya sudah terketar-ketar.
            “Dan kini, giliran kau pula untuk mati!”
            “Viel!!” jerit Morgan kuat dan suaranya itu berpanjangan membuatkan awan-awan diatas sudah membentuk pusaran hitam, dan ditengah-tengahnya sudah beganti-ganti kilat memancar. Angin dan tanah seiringan mengikut rentak jeritan Morgan.
            Syaitan itu sudah menelan liur melihat perubahan Morgan. Kekuatan yang dirasainya sudah mula meningkat malah meningkat dengan pantas sekali sehingga kekuatannya sudah tidak dapat diukur lagi.
            Perlahan-lahan Morgan bangkit. Rambutnya yang berwarna ungu itu berubah menjadi warna putih keemasan dan perlahan-lahan ia memanjang sehingga ke tanah. Morgan mengangkat kepala, matanya yang ungu juga kini sudah menjadi putih. Morgan mengangkat jari telunjuk kearah syaitan itu.
            “Kau akan mati disini!” suara Morgan kedengaran berbeza, seakan suara yang bergema didalam balang. Morgan melangkah menghampiri syaitan itu.
            Syaitan itu mendengus kasar. “Kau yang akan mati disini, Dewi Maut!”
            Serentak itu Morgan dan syaitan tersebut bertembung sehingga mengeluarkan bunyi dentuman kuat. Tanah disekeliling mereka merekah lantas meletup. Suasana gelap itu kini diselebungi dengan debu tebal.
            Sebaik saja debu itu berangsur hilang, tiada lagi siapa-siapa yang kelihatan disitu Hanya kawah besar saja yang terbentuk diatas tanah.