Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Saturday, August 14, 2010

Moonlight Fairytale Bab 1

Wilda membetulkan reben merah yang terikat kemas pada kolar bajunya. Setelah pasti seragamnya-baju kolar putih, sweater biru tua dan skirt paras lutut, sudah cukup kemas, barulah dia menyandang begnya yang berisi buku-buku pelajaran pada hari ini. Dia memulas tombol biliknya.

"Amboi lamanya bersiap, berangan sampai mana tu?" sapa seorang gadis yang sedang menyandar di pintu masuk Dorm Lavender. Setip satu dorm ada 3 bilik berasingan dan setiap bilik dilengkapi sebuah almari, satu katil dan satu meja belajar. Hiasan bilik adalah bebas mengikut citarasa sendiri. Wilda hanya tersenyum mendengar sapaan rakan karibnya itu.

"Tak adalah, aku terlambat bangun pagi tadi. Jomlah, nanti lambat pula.." kata Wilda memberi alasan. Sara hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Wilda yang suka bangun lewat padahal dialah yang masuk tidur dulu.

Wilda mengunci pintu dorm sebelum sama-sama melangkah ke sekolah yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari blok asrama.

Rainbow Cluster School, terletak di sebuah pulau di Kepulauan Papua New Guinea. Satu-satunya sekolah di pulau ini dan Wilda baru sahaja mendaftarkan diri di sekolah itu minggu lepas setelah berpindah ke sini lebih kurang sebulan yang lalu. Wilda dan ibunya adalah keluarga nomad tetapi tahun ini Lady Vienne sudah berjanji mereka tidak akan berpindah lagi. Oleh sebab itu, Wilda ingin mencari ramai kenalan baru. Tiba-tiba, terbayang di mindanya saat dia pertama kali berkenalan dengan Sara Suarez, gadis kacukan Sepanyol.



**********************************************************************************************



Wilda ralit mengemas dan mengeluarkan barang-barangnya dari beg. Sedang asyik memasukkan baju ke dalam almari, terasa pintunya dibuka dengan kasar.

"Hei siapa benarkan awak ambil bilik ini! Suka-suka hati awak sahaja nak ambil!" Lantang sekali suara seorang perempuan yang sedamg bercekak pinggang sambil merenung marah pada Wilda. Wilda tersentak mendengar arahan perempuan tersebut. Eh suka hati dia je nak arahkan aku... rungut hati Wilda.

"Maafkan saya, tapi saya tak adalah pula nampak signboard ke apa ke, yang mengatakan ini bilik cik. Lagipun macamlah takde bilik lain.." Wajah Tiara merah mendengar kata-kata Wilda.

"Hello.. berani betul awak ye.. awak tahu tak saya ni siapa? Saya Tiara, gadis terkaya dekat sini.. so..pelajar kelas kedua macam awak tak layak duduk bilik ini.." kata Tiara dengan bongkaknya. Wilda semakin bengang dengan gadis di depannya. Baru sahaja dia ingin membidas kata-kata Tiara, terdengar suatu suara menyampuk...

"Tiara..Tiara.. terkaya?? Bukankah awak dah jatuh temat ke empat, Tiara?Awak dah lupa ayah awak itu sudah hampir muflis? Masih nak berlagak lagi?" tegur seorang gadis yang agak tomboy dengan begitu sinis sekali.Wajah Tiara berubah pucat. Tidak menyangka ada orang tahu tentang rahsianya itu.

"Mengapa, terkejut? Hahaha.. sudah ramai yang tahulah Tiara... sudah, apa lagi shuhh.. itu ada bilik lagi dekat sana itu.. budak ini dah sampai dulu.." sambungnya lagi sambil tertawa. Dengan wajah yang mencuka, Tiara segera berlalu ke bilik yang lagi satu. wilda ketawa melihat wajah Tiara yang tewas itu. Itulah kali terakhir dia melihat Tiara walaupun sedorm, malulah tu agaknya.

"Thanks for helping me, my name is Wilda and you are??" kata Wilda sambil menghulurkan tangannya tanda persahabatan. "Sara.. ala.. biasa-biasa je.. sesekali budak itu kena ajar sikit.. tapi berani juga awak ye..nak lawan cakap budak itu.." sahut Sara lalu menyambut huluran Wilda. Wilda hanya tersengih, dia sendiri tidak menyangka mulutnya begitu berani.

"Apa maksud awak, tempat ke empat? Pertandingan ratu cantik ke?" tanya Wilda ingin tahu.
Sara tergelak. Pasti pelajar baru.. detik hati kecil Sara. "It's nothing, Wil..cuma tradisi dekat sini, ayah yang paling banyak menyumbang duit dekat sini, anaknya akan dianugerahkan tempat pertama dalam The Richest Students List dimana pelajar yang tergolong adalah pelajar yang wajib dihormati.." terang Sara panjang lebar. Entah siapa yang mencipta tradisi bodoh tidaklah dia tahu.

*********************************************************************************************

" Hai.. berangan lagi? Cik kak, cikgu on the way tu.. nak kena tegur ke?" memori Wilda pecah berderai mendengar teguran Sara. Barulah dia sedar dia sudah mengelamun begitu lama.

"Azzura.."
Wilda memalingkan muka. "Siapa?"
"Zura.. disini kau bersembunyi rupanya..."

"Sembunyi? Dari apa?" soal hati Wilda saat terdengar suara misteri itu. "Kenapa Wil?" soal Sara, hairan melihat gelagat Wilda yang seperti sedang mencari sesuatu.

"Awak ada dengar sesuatu tadi?" soal Wilda tanpa menghiraukan pertanyaan Sara.

Aik.. aku tanya dia.. dia tanya aku balik.. rungut hati Sara. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala.Sara mengangkat keningnya mengisyaratkan sebab Wilda bertanya.

"Tak adalah perasaan aku je..sudahlah.. cikgu sudah masuk itu.." Wilda segera menukar topik perbualan. Sara mengeluh. Terpaksalah dia mengalah walaupun perasaan ingin tahu menebal.

************************************************************************************************

Sang pelontar suara tadi ghaib setelah yakin sangkaannya benar-benar tepat. Jadi betullah ramalan orang tua itu...kata hati suara itu dengan gembira.

Dia muncul semula dalam sebuah gua yang agak tersembunyi di bukit belakang sekolah. Pengikut kanannya sudah lama menunggu kehadiran ketua mereka yang bertanggunjawab membawa mereka ke zaman ini. "Macam mana, Tuan Darien? Gadis itu ada disini?" Kata salah seorang daripada 4 orang kanannya. Darien tersenyum sinis seraya mengganggukkan kepala.

"Ya.. nampaknya misi kita belum berakhir.. masih ada nyawa yang perlu kita ambil.." kata Darien lalu ketawa sekuat-kuatnya. Dia memang sudah dahagakan darah apatah lagi darah musuhnya.
Ketawa bergema dan bersahut-sahutan dalam gua. Ketawa yang akan membawa kepada satu penyesalan yang panjang.

1 comments:

willen said...

bongkak betol Tiara 2...anyway nice...