Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Thursday, August 26, 2010

Moonlight Fairytale (Bab 2)

"Terima kasih cikgu!"

Bingit seketika di serata sekolah apabila kesemua kelas menengah atas mengucapkan terima kasih kepada guru matapelajaran di kelas masing-masing apabila loceng menandakan masuknya waktu rehat berbunyi nyaring.

Kelas 4 Excel, kelas Wilda dan Sara tidak ketinggalan. Selepas En. Thomas, guru biologi mereka keluar, semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk ke destinasi pilihan masing-masing. Wilda mengemas buku-bukunya dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya yang berwarna hitam. Kertas tugasan eksperimennya disimpan kemas ke dalam fail khas.

"Wil, jom pergi makan.. perut aku dah buat konsert dah ni..." ajak Sara. Wilda memandang Sara sambil tersenyum lantas dia mengangguk kecil.



"Ok..aku nak pergi tandas dulu.. awak pergilah dulu nanti saya menyusul." kata Wilda kerana dia merasakan penampilan dirinya agak serabut.



Sara mengangguk. Dia ingin mengikut sekali. Mereka berjalan beriringan. Setelah selesai urusan masing-masing, kini mereka melangkah pula ke kafeteria.



Rambut Wilda yang lurus dan brunette yang tadi dibiarkan lepas, diikat dua ketika di dalam tandas manakala rambut Sara yang hitam mencecah bahu dibiarkan sahaja lepas. Pada waktu begini, Sara lebih suka membiarkan rambutnya lepas sambil dielus lembut sang bayu tetapi Wilda pula lebih senang mengikat rambutnya yang hampir mencecah pinggangnya kerana berasa rimas apabila rambutnya ditiup angin.




Sara meletakkan makanannya-sandwich telur dan segelas fresh oranges, diatas meja di bawah pokok ketapang tidak jauh dari bangunan utama kafeteria. Sambil menunggu Wilda membeli makanannya, Sara bersiar-siar di sekeliling pokok tersebut.



Tiba-tiba Sara menjerit nyaring lantas memeluk Wilda yang baru tiba di situ apabila Wilda menyedari Sara tiada di tempat biasa.



"Sara, kenapa?" tanya Wilda, risau melihat wajah Sara yang sedikit pucat. Sara menunjukkan makhluk kecil berwarna hijau di sebalik semak. Wilda menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh jari Sara yang terketar-ketar. Wilda tergelak.



"Awak takut katak?" tanya Wilda tidak percaya.

Sara mengangguk lemah. Malu rahsianya sudah diketahui.

Wilda ingin menggelakkannya lagi tapi dia menahan tawanya, takut menyinggung perasaan Sara. Tidak sangka pula di sebalik perwatakan Sara yang agak 'ganas' itu takut pada haiwan seperti ini. Tetapi Wilda tahu, nobody is perfect.



"Sudah, aku dah halau dah pun, jom makan..tadi dah lapar sangat.." kata Wilda meredakan perasaan Sara. Wajah Sara yang pucat berubah ceria apabila mendengar bunyi 'makan', dia segera ke meja makan dan mula menjamah makanannya.



Wilda menggeleng-gelengkan kepalanya. Terhibur dengan gelagat kawan baiknya itu. Kemudian dia pula menyertai Sara. Waktu rehat cuma berbaki lagi 10 minit. Kedua-dua sahabat sejati itu cepat-cepat menghabiskan makanan mereka lalu mereka segera beredar ke kelas. Mereka sampai di kelas tepat pada masanya kerana loceng menandakan tamat waktu rehat diaktifkan saat mereka menjejakkan kaki ke kelas.



Pelajaran diteruskan seperti biasa. Subjek seterusnya, Subjek Asas Kimia Astrofizik oleh Mrs. Sandra di makmal kimia yang terletak di bangunan makmal. Saat Wilda meninggalkan kelas untuk mengikuti pelajaran tersebut, tanpa dia sedari, seekor makhluk separa ghaib tiba-tiba muncul di sudut penjuru kelas yang agak gelap kerana sinar mentari dihalang oleh sebuah almari kayu.



Makhluk tersebut mengangkat jari-jemarinya ke udara. Jarinya yang agak kasar kelihatan menari-nari di permukaan udara. Kemudian, satu keajaiban berlaku.



Beg sandang Wilda terbuka dengan sendirinya. Kemudian, buku Biologi milik Wilda pula terkeluar dari perut beg. Buku tersebut dialih ke dalam dan tiba-tiba buku tersebut ghaib dari pandangan. Ia hanya akan muncul semula apabila saatnya tiba.



Makhluk hitam itu terseyum puas. Walaupun mentari bersinar galak, Jurus Telekinetik dan Halimunan masih dapat dia lakukan meskipun memakan banyak tenaganya kerana tenaga dan jasadnya tidak betah pada waktu siang. Namun, di waktu malam, jurus itu dapat dilakukannya dengan mudah. Makhluk tersebut tercungap-cungap mengumpulkan kembali tenaga yang hilang, memikirkan rancangannya malam ini, dia merasakan penat lelahnya berbaloi. Sebutir zamrud dikelurkan dari poketnya.



"Hello.. ini Arwin.."

"........"

"Jangan risau semuanya berjalan dengan lancar.."

".............."

"Ya, seperti yang dirancang, Siren akan menguruskan selebihnya.."

"................"

"Baiklah.. over and out.."



Kemudian dia pun ghaib..

**********************************************************************




Tamat sudah hari persekolahan pada hari ini. Loceng berbunyi tepat Jam 1300. Wilda dan Sara berjalan bersama-sama ke asrama untuk pulang ke bilik masing-masing. Mereka berbual-bual dalam perjalanan yang hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk sampai.

Tiba di suatu selekoh, perjalanan mereka dipintas seorang senior. Senior tersebut menghampiri Wilda yang tercengang dengan kehadiran kakak senior secara tiba-tiba itu.

"Awak ini, Wilda el Seiffe, dari kelas 4 Excel kan?" tanya kakak senior tersebut meminta kepastian.

"Ya, itu saya. Kakak ini siapa pula?" giliran Wilda pula bertanya.

"Panggil sahaja Rani, kakak ada sesuatu untuk kamu," kata Kak Rani lantas menyerahkan segulung kertas Papyrus yang diikat dengan reben biru pada Wilda.

Wilda menyambut pemberian Kak Rani dengan ragu-ragu. Hatinya tertanya-tanya apa yang tertulis pada kertas itu agaknya? Namun baru sahaja dia ingin bertanya, Kak Rani sudah pergi atau lebih tepat, ghaib. Wilda menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Aik.. mana kakak tadi, Sara kakak tadi mana?"tanya Wilda pada Sara. Sara menjongketkan bahu. Dia sendiri tidak perasan bila pula kak Rani menghilangkan diri kerana ralit melihat kertas yang diterima oleh Wilda.

Tanpa membuang masa, Wilda segera membuka gulungan kertas tersebut. Kertas itu tertulis:

"Kepada Cik Wilda,

Tahniah kerana anda telah dipilih oleh Buku Ramalan Yorin untuk mempelajari Jurus Permainan Sihir Unsur memandangkan anda adalah dari keturunan terpilih.Segala maklumat yang anda ingin tahu akan dijelaskan semasa sesi latihan pada setiap petang bermula pada hari ini, Jam 1430 hingga Jam 1700. Anda tidak dibenarkan memberitahu hal ini pada satu nyawa pun.

Sila laporkan diri anda tepat pada masanya di Gelanggang Kurai. Mesej ini akan terhapus sebaik sahaja anda selesai membaca atas sebab-sebab keselamatan. Tahniah diucapkan. "

Sebaik sahaja Wilda selesai membaca, kertas tersebut terbakar dengan sendirinya. Wilda tergamam dengan apa yang berlaku. Sudahlah akalnya masih memproses isi surat tersebut, tiba-tiba sahaja ia terbakar. Dia memandang Sara. Wajah Sara langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. sara bagaikan tahu apa isi surat tersebut. Sara tersenyum.

"Jangan risau, ia akan terbakar bila awak dah selesai baca, saya pun ada terima surat yang sama minggu lepas dan jangan tanya saya apa-apa, saya sendiri tergamam masa saya terima surat itu. Kita akan tahu juga nanti, jadi baik awak diamkan dan tunggu sahaja latihan petang ini. Kita pergi sama-sama ya?" kata Sara cuba menenangkan hati Wilda.

Wilda hanya mampu menundukkan kepalanya. Walaupun seribu persoalan memenuhi ruang mindanya, dia terpaksa menunggu sehingga petang ini.

Sampai di bilik, Wilda terus menghempaskan badannya diatas katil. Aduh..lamanya masa berlalu.. ala... bosannya..rungut hati Wilda. Setelah agak lama, barulah Wilda mengambil keputusan untuk mandi dan berehat sementara menunggu pukul 2:30. Setelah mandi, Wilda terlelap sebentar sebelum dikejutkan oleh ketukan Sara di pintu, mengingatkan Wilda masa latihan sudah tiba.

Wilda cepat-cepat bangun. Dia mengambil beg galasnya sebelum mengikut Sara ke Gelanggang Kurai yang terletak di sebelah bukit dan agak tersembunyi. Di sana, Persatuan Pengajar JPSU (Jurus Permainan Sihir Unsur) sedang menunggu kehadiran penuntut baru.

1 comments:

intrigue said...

putri,
best sgt cerita ni..
sambung2