Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, August 13, 2010

Moonlight Fairytale (Prolog)

Pedang cahaya Dexta miliknya ditutupkan suisnya dan disisipkan ke pinggang. Dia memerhatikan mangsa-mangsa racun EX-34. Mangsa-mangsa yang terkena pedangnya tidak akan mati melainkan pitam untuk seketika sebelum dirawat di makmal. Racun legenda ini kali terakhir merebak 50 tahun lalu. Kehadirannya yang secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak dalam organisasi elit ini.

Organisasi Pelindung Keamanan Bumi yang ditubuhkan kerajaan Mayazari sekitar tahun 2100 menjadi kelam-kabut dengan kehadiran racun yang mampu meracuni fikiran manusia dimana dengan mudahnya sang penyebar racun dapat mengarahkan mangsa melakukan segala suruhannya. Itulah sebabnya 'dia' dikurung bersama konco-konconya oleh kerajaan Mayazari.

Koperal Rizu ralit mencari rakan-rakan seperjuangannya yang turut membantunya. Namun matanya cepat menangkap sekujur tubuh yang kaku di atas lantai tidak berapa jauh dari situ. Dia tidak membuang masa, segera langkahnya dihayun ke arah tubuh itu. Tubuh yang menjadi sasaran sebenar sang penyebar racun tersebut.

Namun dia sudah terlambat, tubuh itu sudah tidak bernyawa. Koperal muda itu meriba kepala gadis yang amat dicintainya. Rupanya dalam kejayaannya menyembuhkan ramai mangsa, dia sebenarnya telah gagal. Gagal melindungi satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya.
Air mata bergenang di tubir mata. Dendam mula merajai hatinya. Kau akan terima balasannya, makhluk tak guna!.. Azzuri.. aku akan membalas dendam untuk kau..kata hati kecil koperal tersebut dengan amarah yang membara.

Dia mendukung mayat Azzuri lalu meletakkan gadis itu diatas sebuah katil untuk dikebumikan. Sedang asyik melayan perasaan, terasa bahunya ditampar perlahan.

"Sudahlah Riz, memang sudah sampai ajalnya.. Ayuh! Portal masa sudah diaktifkan.. makmal sudah dapat menjejaki signalnya dalam tahun 2008 di sebuah pulau kecil..ini masanya jika kau mahu membalas perbuatannya pada tuan puteri.."ajak rakan setugas Rizu, Jeneral Louis.
Rizu menggangguk perlahan. Lalu dia pun membuntuti langkah Louis menuju ke makmal dimana dia akan menjalankan misinya menjejak si pembunuh...

*****************************************

Wilda menjerit sebaik sahaja terbangun dari tidurnya. Mimpi buruk itu lagi.. detik hati kecilnya.
Lady Vienne segera memeluk anak gadisnya satu-satunya..

"Kenapa, sayang, mimpi lagi??" tanya Lady Vienne lembut. Wilda mengangguk.

"Jangan risau sayang..it's just a dream..go back to sleep okay sayang..esok, sayang kena pergi sekolah baru...." pujuknya lembut. Wilda berbaring semula. Tidak lama kemudian anaknya akhirnya tertidur.

Setelah pasti anaknya sudah tidur, barulah Lady Vienne melangkah ke biliknya. Dia merenung siling di biliknya. Dia rasa tak sedap hati.

"Oh anakku... maafkan ibu kerana meninggalkan dirimu di zaman itu nak.... oh tuhan! selamatkanlah anakku.." doa ibu Wilda dengan penyesalan yang menggunung.
Ibu tersebut langsung tidak menyedari tindakannya menghantar Wilda ke sekolah barunya akan membuka kembali rahsia yang disimpannya 16 tahun lalu..

*******************************************************************

Suatu lembaga hitam memunculkan dirinya di sebuah pintu gua. Sebuah bangunan sekolah yang tampak usang tetapi terserlah kegemilangannnya tersergam indah membelakangkan gua tersebut. Matanya yang merah merawang ke segenap gua. Wajahnya yang cukup hodoh bertambah hodoh apabila dia mengukir senyuman sinis. Dia menggangguk-anggukkan kepala.

"Bagus, tempat ini amat sesuai," kata sang makhluk hitam pada dirinya sendiri. Dia mengambil sebatang kapur lantas melukis satu lingkaran sihir dengan simbol-simbol yang hanya difahami olehnya. Mulutnya terkumat-kamit menyebut mantera sambil berada di tengah-tengah lingkaran yang baru selesai dilukis.

"Hai makhluk suruhanku yang setia, atas nama kekuasaanku yang mutlak, aku menyeru kau bangkitlah dari tidur kamu semua! Bangkit sekarang dan aku akan bantu kamu semua membalas dendam yang sudah lama terbuku!" seru sang makhluk sambil tangan dijulang ke atas.

Asap-asap hitam mula terbentuk di sekeliling lingkaran. Dalam kekaburan asap, pelbagai wajah mengerikan dari pelbagai bentuk dan rupa yang menakutkan muncul di sebalik asap hitam. Lembaga hitam itu tersenyum sinis.

2 comments:

Amni95 said...

not bad... its great!

Amni95 said...

interesting..