Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Sunday, July 21, 2013

RUMAH FANTASI DI GROUP FACEBOOK



AS SALAM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA

SEMUA PENGHUNI RUMAH FANTASI DIJEMPUT MENGANGGOTAI 
GROUP RUMAH FANTASI
 DI FACEBOOK

https://www.facebook.com/groups/161660914017173/

Post link karya anda di sana.

Ayuh meriahkan persada penulisan fantasi!

Friday, February 22, 2013

Revenge 16 : The Truth (part 2)




Revenge 16 : The Truth (part 2)


“Aku sebenarnya anak kepada Raja Edward dan Permaisuri Elit. Selama ni, aku sembunyikan identiti aku supaya tiada siapa yang akan kenal aku. Kau orang tahukan, kita ada belajar sejarah kerajaan bukan. Dekat dalam buku tu, memang ada tulis nama Fairy Kingdom dan segala sejarah mengenainya.” Monica sudah garu kepala. Vanessa angkat kening. “Aku tak tahulah kalau kau orang tak baca buku History of Kingdoms.” Sambung Vanessa apabila melihat reaksi Monica. Monica tersengih.

Sejarah Kerajaan adalah subjek yang sangat tidak disukai oleh para pelajar kerana mereka terpaksa menghafal dan membaca sejarah kerajaan-kerajaan yang terdapat pada masa kini. Subjek tersebut di ajar dua minggu sekali dan hanya sekejap sahaja. Hanya segelintir pelajar yang menyukai subjek tersebut.

“Aku ada baca. Dalam buku tu ada tercatat bahawa ada ramalan yang mengatakan keturunan yang ke-11 Dark Kingdom akan berkahwin dengan keturunan yang ke-11 Fairy Kingdom.” Tiara bersuara.

Vanessa angkat bahu, “Aku tak beberapa pasti pasal ramalan tu dan aku pun tak tahu aku keturunan yang ke berapa. Tapi aku tak percaya pasal ramalan tu.”

“Kenapa kau berkawan dengan Argon?” Danny menyoal tiba-tiba. Vanessa tersentak. Dia menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan tersebut. “Rantai.” Ringkas sahaja jawapan Vanessa. “Aku nak rantai yang selalu tergantung dileher Argon. Disebabkan rantai tu, aku berkawan dengan Argon. Hanya disebabkan rantai tu.”

“Kenapa kau nak rantai tu?” Slyer menyoal dengan nada ingin tahu. Mereka semua masih berada di bilik bawah tanah. Danny sudah berjaya dikeluarkan dari kristal tersebut dengan jayanya. Vanessalah orang yang paling gembira apabila Danny mula sedar.

“Rantai tu milik ayahanda aku. Aku hanya mahu hak aku balik. Aku kawan dengan Argon supaya aku boleh minta rantai tu dari Argon.”

“Then, kenapa kau bunuh Argon?” Vanessa memandang Tiara sebelum beralih ke muka kawan-kawannya yang lain.

“Aku bukan sengaja bunuh dia tapi aku terpaksa. Aku dah minta cara baik tapi dia berdegil dan dia pernah beritahu aku yang dia hendak membunuh seseorang. Disebabkan itu, ayahanda dan bondanya menyuruh dia bersekolah di sini. Supaya dia boleh bunuh orang tu.” Peristiwa tersebut berputar di ingatan Vanessa.

“ .... dan bila saya semakin membesar, ayahanda dan bonda hantar saya ke sini supaya saya belajar magis hitam dengan lebih mendalam dan juga untuk saya bunuh seseorang.” Zappp.... Lagi sekali Vanessa terpana. Suara Argon sedikit keras apabila menyebut ayat “untuk saya bunuh seseorang.”

Vanessa mengeluh sendirian. “Kalau dia berdegil pun kenapa kau bunuh dia, Vanessa? Kau tahukan dia sayang gila dekat kau.” Monica menderam kegeraman.

Vanessa geleng kepala, “Kau orang semua ingat dia sayang aku. Aku pun ingat dia sayang aku tapi sebenarnya tak. Dia sayang aku sebab dia tidak tahu siapa aku sebenarnya. Kalau dia tahu, mesti dia akan bunuh aku awal-awal lagi.”

“Kenapa kau cakap macam tu?” Tiara memandang Vanessa dengan tanda tanya. Semua mata menumpu ke muka Vanessa. Vanessa pandang lantai dan mengeratkan lagi pelukan di lututnya.

“Dia kata dekat aku yang dia nak bunuh anak Permaisuri Elit. Itulah sebab utama dia belajar di sini.” Semua yang berada di situ tersentak.

“Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk bunuh dia, sebelum dia bunuh aku. Dia pada mulanya tak percaya bila aku kata aku nak bunuh dia kalau dia tak bagi aku rantai biru tu. Lepas tu, dia tanya aku kenapa aku berubah. Aku kata yang dia tak sayangkan aku, tak cintakan aku. Dia nafikan. Bila aku kata aku adalah orang yang dia nak bunuh dia tak percaya dan masih menyatakan sayang pada aku. Tapi akhirnya dia percaya dan kita orang bertarung sehinggalah dia mati.”

“Urmm... Vanessa.. apa maksud kau dengan peristiwa 6 tahun dahulu? Aku dengar kau kata dekat Frank.” Monica bertanya.

“Kau memang tak baca buku sejarah kerajaan ke?” Slyer menyoal Monica. Monica memuncungkan mulutnya.

“6 tahun lalu, Fairy Kingdom dan Dark Kingdom bertarung. Kejadian tersebut mengambil tempat di Fairy Kingdom. Helis (askar-askar Fairy Kingdom) bertarung dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerajaan mereka. Perkampungan di Fairy Kingdom turut musnah. Ramai rakyat jelata yang hanya menguasai magis yang lemah cuba untuk menyelamatkan kerajaan mereka turut terkorban. Pertarungan tersebut berlaku selama dua hari. Semua kerajaan terkejut apabila kerajaan Fairy dapat dikalahkan selama dua hari. Ada orang kata bahawa ada pengkhianat di dalam istana Fairy. Anak-anak Permaisuri Elit dikatakan hilang apabila pertarungan tersebut tamat dan Permaisuri Elit mati dibunuh. Tapi sekarang, sejak ada pemerintah baru, kerajaan Fairy mula aman. Tiada lagi gangguan musuh. Itu ajelah yang aku tahu.” Slyer memandang Vanessa. Kelihatan air jernih mengalir turun di wajah Vanessa. Vanessa ketap gigi menahan sebak.

Vanessa geleng kepala, “Aku tak tahu sangat pasal tu semua. Yang aku tahu, bonda aku masih hidup.” Vanessa tahan sendunya. “Aku nak sangat jumpa bonda aku semula. Tapi, aku tak tahu dekat mana hendak mencarinya.” Air mata mengalir perlahan. Vanessa hanya membiarkan. Suasana sepi menemani mereka berlima.

“Danny, macam mana kau boleh kena bekukan?” Vanessa memecah suasana sunyi yang menyelubungi mereka semua. 4 pasang mata beralih ke muka Danny.

“Aku dapat surat layang. Dalam tu tulis ada orang nak jumpa aku. Aku pun apa lagi, pergi ajelah. Mana tahu jadi macam ni.”

“Itulah lain kali berhati-hati. Frank ke yang bekukan kau?” Slyer bertanya.

Danny geleng kepala. “Henry,” Balas Danny pendek. Vanessa tiba-tiba menumbuk lantai. Semua orang terkejut.

“Macam mana aku boleh lupa nak cari Henry. Aku rasa baik mulai sekarang kita berhati-hati. Aku takut nanti ada perkara buruk terjadi.” Vanessa meluahkan pendapatnya. Slyer angguk tanda setuju.

“Kenapa dengan Henry?” Monica bertanya. Vanessa pandang Monica.

“Monica, sebenarnya Henry, Frank dan Mony berasal dari Dark Kingdom dan mereka bertiga yang mengetuai kumpulan Dark Devils. Mereka juga yang menyuruh Jasmen mencari vasperin. Jasmen mengambil jalan mudah dengan menyuruh kita pergi mencari vasperin. Maksud aku, menyuruh kau cari vasperin dan kau minta tolong kita orang. Aku masih tak dapat tangkap kenapa mereka tak cari vasperin dekat tempat mereka dan kenapa mereka perlukan vasperin.” Monica terpana. “Dan apa yang menyebabkan mereka berempat datang ke sini. Aku tak rasa sebab dia orang nak bunuh Argon,” Vanessa senyap sesaat. “... atau memang dia orang nak bunuh Argon?” Vanessa memikirkan apa yang dia cakap sebentar tadi. Dia tidak pasti betul ke tak apa yang dia cakap tadi.

Monica memproses kata-kata Vanessa. Henry? Dark Kingdom? Vasperin? “Maksud kau, Henry tu jahat ke?” Vanessa sudah menjeling tajam ke arah Monica.

“Ya wahai sayangku... Henry tu jahat. Dia tipu kau.” Vanessa sengaja menyebut perkataan “sayangku” dengan nada keras. Dia menyabarkan hatinya. Dengan Monica memang terpaksa disabarkan hatinya. Lagipun, Monica sahabatnya yang pertama.

Monica terdiam. Dia tidak tahu hendak buat reaksi bagaimana. Nak kata marah, dia tak marah. Nak kata sedih, dia tak sedih. Akhir sekali dia menyebut, “Oooo....” Sambil mengangguk-angguk kepala. Tiara angkat kening pandang Monica. Pelik melihat reaksi Monica. Slyer dan Danny sudah tenggelam dalam perbicaraan masing-masing.

“Vanessa, kau kata yang kau dekat dengan Argon sebab nak rantai dia aje. Kenapa kau tak bunuh dia terus? Kenapa kau perlu dekat dengan dia?” Tiara menyoal. Soalan tersebut asyik berlegar di dalam fikirannya.

Vanessa tarik nafas. “Aku dekat dengan Argon supaya aku boleh ambil rantai tu tanpa perlu membunuh Argon.”

“Tapi, masalahnya kau dah bunuh Argon. Kenapa dari awal kau tak bunuh dia aje?” Tiara masih menyoal.

“Sebab aku tak tahu yang dia nak bunuh aku.”

“Macam mana kau tahu dia nak bunuh kau?”

“Okey, Tiara dengar sini baik-baik. Aku cerita dari awal hingga akhir. Kau jangan menyampuk. Okey?” Tiara angguk kepala.

“Sebenarnya, aku tak nak bunuh Argon hanya disebabkan rantai biru tu. Jadi aku cuba merapatkan diri aku dengan dia supaya aku boleh pujuk dia bagi rantai tu dekat aku. Aku menyampah gila dekat dia bila dia bagi aku bunga dan macam-macam lagi. Ajak jumpa dan pegang tangan. Memang aku nak bagi dia lighting thunder, tapi disebabkan rantai biru tu aku terima ajelah apa yang dia buat. Aku pura-pura gembira dan senyum pada dia.” Monica tergelak apabila Vanessa berkata bahawa dia hendak memberi lighting thunder dekat Argon. Vanessa dan Tiara jeling Monica. Monica berhenti ketawa dan tersengih.

“Sampai satu hari, masa tiga orang budak baru tu datang, Argon ajak aku keluar. Kau orang ingatkan yang hari Argon kenyit mata dekat aku dan Monica kata sweet padahal langsung tak sweet pun.” Tiara angguk kepala. Monica tersengih buat kali kedua.

“Masa aku keluar bilik dan hendak sampai di pintu pagar besar, aku terdengar yang Mony dan Argon bertengkar pasal aku. Mony suruh Argon tinggalkan aku dan Argon tidak mahu. Argon siap bela aku bila Mony mencaci aku. Mungkin sebab dia tak dapat tahan, dia lempang Mony apabila Mony masih terus-terusan burukkan aku. Sejujur-jujurnya aku tersentuh dengan kata-kata Argon. Aku rasa bahagia walaupun aku tak suka dia. Tapi, aku cepat-cepat bunuh perasaan tu sebelum perasaan tu merebak.” Vanessa hela nafas.

“Lepas tu, kita orang keluar pergi ke suatu tempat. Argon yang bawa aku kat tempat tu. Memang cantik tempat tu. Masa dekat situ, Argon ceritakan pasal diri dia dekat aku. Aku dengar dengan penuh minat sampailah dia menyentuh mengenai peristiwa 6 tahun lepas.” Vanessa gigit bibir.

“Aku tahu yang dia nak bunuh aku apabila dia kata dia nak bunuh anak Permaisuri Elit. Masa tu, dia masih tak tahu aku anak Permaisuri Elit.” Vanessa tutup mata. “Akhirnya masa balik tu, aku buat keputusan drastik untuk membunuh Argon jika Argon tak bagi aku rantai dia. Dan aku juga tak akan bagi tahu siapa diri aku supaya dia tak tahu.” Vanessa mematah-matahkan jarinya.

“Masa kita pergi Kampung Renta, aku suruh Argon jumpa aku. Yang masa tu aku suruh kau orang balik awal.” Tiara dan Monica mendengar dengan penuh khusyuk. “Aku kata dengan Argon dengan baik agar bagi aku rantai tu. Tapi Argon tak nak bagi sebab yang tu rantai pusaka. Dia berkeras tidak mahu bagi. Dia kata dia boleh bagi benda lain selain daripada rantai biru tu. Aku ubah soalan. Aku tanya dia siapa yang dia nak bunuh dan dia jawab anak kerajaan Fairy. Aku sengaja tanya untuk pastikan tekaan aku tepat. Lepas dia kata macam itu, aku terus menggunakan bahasa kasar. Argon tersentak. Dia tidak percaya yang itu aku. Dia ingatkan aku kena rasuk dan sebagainya. Aku terlepas cakap dan kita orang mula bertarung dan aku menang.” Monica tepuk tangan selepas cerita Vanessa habis. Tiara ketuk kepala Monica. Monica menggosok tempat yang kena ketuk. Dia menjeling Tiara. Tiara buat tak nampak.

“Oh, macam tu cerita dia.” Suara Danny kedengaran. Vanessa pandang belakang.

“Kau orang dengar ke cerita yang aku ceritakan tadi?” Slyer angguk kepala. “Tadi bukan kau orang sibuk bercerita pasal hal masing-masing ke?” Vanessa perli.

“Bila kau bercerita, aku sanggup dengar walaupun aku tak nak.” Slyer membalas selamba.

“Apa-apa ajelah.” Vanessa malas bertekak.

“Oh ya, macam mana kau orang boleh tahu di mana aku berada tempoh hari?” Vanessa pandang Monica dan Tiara.

“Kita orang pasang pengesan dekat kau sebab kau kata nak jumpa Argon. Mestilah kita orang nak tengok,” Tiara menjawab dengan selamba. “Dari situ, kita orang jejak kau.” Vanessa sudah jeling Tiara dan Monica.

“Kau tahu tak, aku masih fikir pasal The Four. Siapalah yang baik hati pergi sumpah The Four tu.” Tiara bersuara selepas mendiamkan diri beberapa minit.

“Sebenarnya aku yang sumpah dia orang. Padan muka dia orang berempat. Siapa suruh cari pasal lagi.” Vanessa memecahkan rahsia sendiri. Tiara dan Monica membuntangkan mata mereka.

“Kau?” Jari telunjuk Tiara tetap-tepat kena batang hidung Vanessa. Vanessa tepis jari Tiara.

“Yap.. untuk bagi pengajaran pada mereka berempat. Tak salah, bukan?” Ujar Vanessa.

“Memang tak salah. Bagus-bagus. Aku teringat kejadian yang memaksa mereka berempat merendahkan ego dan harga diri mereka. Memang kelakar. Ramai pelajar yang suka bila mereka berempat sujud di kaki warga sekolah.” Tiara membayangkan kejadian tersebut. Ada segaris senyuman di bibirnya. Begitu juga Monica. Danny dan Slyer sudah hilang entah ke mana. Explore tempat ni barang kali.

----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Sorry late. Chapter 18 belum habis lagi tulis. Taktawlah bila boleh habiskan lagi... btw, thank baca and comment... ^^

Monday, December 31, 2012

Revenge 16 ; The Truth (part 1)


Revenge 16 : The Truth (part 1)


Malam semakin menampakkan diri, mereka berempat menarik dan menghembus nafas. Hari ini merupakan hari ke-2 mereka mencari Danny. Selamat hari ini merupakan hari minggu. Bolehlah mereka mencari Danny.

Tiara mencapai jamnya yang digantungkan di lehernya. Pukul 6.45 petang. Dia menyeka peluh di dahinya. Sejak semalam ramai pelajar bilik Topaz menaya mengenai Danny. Slyer menipu mereka dengan mengatakan bahawa Danny hendak bermalam di kampung Renta. Mereka percaya walaupun agak ragu. Slyer menyuruh mereka menutup mulut supaya berita tersebut tidak tersebar kepada cikgu. Nampaknya mereka semua memang mendengar kata.

“Slyer aku tanya kau lagi sekali. Tempat mana yang Danny tuju sebelum sikap dia berubah? Maksud aku sebelum Frank menyamar jadi dia.” Tercungap-cungap Vanessa bertanya. Sudah puas mereka mencari keliling Homemass namun Danny masih belum dijumpai.

Slyer kerling Vanessa. Mahu dia cekik Vanessa. Sudah beratus-ratus kali dia mengulang jawapan yang sama bagi persoalan yang sama! “Vanessa, berapa banyak kali aku nak kata dengan kau. Kali terakhir Danny pergi ialah di bilik Topaz. Masa tu dia tertinggal buku. Then, masa dia keluar dari bilik, perangai dia terus berubah.” Slyer cuba menahan diri dari menjerit.

“Kau pasti?”

“Yakin dan pasti!” Tegas Slyer menjawab.

“Betul ni? Dia tak pergi tempat lain dulu ke sebelum dia masuk bilik atau selepas dia keluar bilik?” Vanessa masih bertanya. Slyer kerling Vanessa. Tiara dan Monica sudah terduduk di ruang tamu bilik Topaz. Mereka berempat berada di sudut ruang tamu bilik Topaz. Pelajar lain pula duduk di tengah ruang tamu bilik Topaz untuk menonton televisyen dan membaca buku. Ada sesetengah daripada mereka semua masuk ke dalam bilik Topaz.

“Vanessa, aku mana tahu. Aku masa tu dekat luar bangunan Homemass. Bukan dekat dalam.” Deram Slyer kegeraman. Vanessa merenung muka Slyer. Fikirannya sudah berada di tempat lain. Slyer yang melihat renungan Vanessa mula terasa malu.

“Errr..... Vanessa... Kau okey ke tak?” Slyer melambai-lambai tangannya di hadapan Vanessa. Vanessa masih mendiamkan diri. Tiara dan Monica naik pelik melihat Vanessa.

“Oit! Yang kau tenung anak tenung anak teruna orang lama-lama kenapa?” Monica tolak bahu Vanessa. Vanessa terpinga-pinga.

“Haaa??? Apa dia??” Monica geleng kepala. Tiara tersenyum kecil. Slyer menghela nafas panjang,

“Tak ada apa-apa. Macam mana nak cari Danny?” Tiara bersuara.

“Aku rasa mesti Danny ada pergi mana-mana. Takkan Frank nak serang dia masa dalam bilik Topaz pula.” Tiara mengeluarkan pendapatnya. Vanessa mengangguk-angguk kepala mendengar pendapat Tiara.

“Good! Sama macam pendapat aku.” Vanessa tepuk bahu Tiara.

Slyer cuba memerah otaknya. Dia yakin yang Danny pergi masuk ke bilik Topaz. Tiba-tiba, Slyer tersentak. Ya! Dia sudah ingat sesuatu. Bilik yang berdekatan dengan Homemass! Vanessa yang dapat menangkap reaksi Slyer bertanya.

“Kenapa? Kau dah ingat Danny pergi mana selain masuk bilik Topaz?”

“Aku baru ingat. Lepas dia keluar dari Homemass, dia pergi bilik dekat dengan Homemass. Masa tu baru dia berubah.” Slyer memberitahu dengan tidak sabar.

“Haaa... aku dah agak dah. Mesti dia pergi tempat lain. So, malam ni kita pergi bilik-bilik dekat dengan Homemass. Kita geledah. Dah, jom masuk tidur. Pukul 12 malam kita gerak.”

“Okey!” Balas mereka bertiga serentak.

*****

“Semua dah ada ke?” Tiara bertanya.

“Belum. Ada sorang lagi tertinggal.” Monica membalas. Vanessa dan Slyer malas hendak masuk perbincangan mereka berdua.

 “Eh? Siapa lagi? Aku tengok dah cukup aje,” Tiara bertanya. Dahinya sudah berlapis-lapis.

Monica ketuk kepala Tiara, “Yang kau pergi tanya lagi tu kenapa? Dah jom pergi.” Mereka berempat keluar dari bilik Topaz 1(Bilik untuk pelajar lelaki). Selepas semuanya clear, mereka membuat bulatan. Monica dan Vanessa membaca mantera dan saat itu ada sparkle di kaki masing-masing.

Setelah keluar dari bangunan Homemass. Mereka melepaskan tangan. “Mana nak pergi? Ada 3 bilik nak kena jelajah.” Tiara bertanya.

“Kita ada empat orang so, Slyer bilik first, aku second, kau orang berdua third,” Vanessa membahagikan bilik.

Tanpa melengahkan masa, mereka berempat melangkah masuk ke dalam bilik yang dibahagikan oleh Vanessa sebentar tadi. Monica dan Tiara bertegak berdiri di hadapan pintu bilik yang ketiga. Tangan mereka sudah seram sejuk. Vanessa dan Slyer sudah selamat masuk ke dalam bilik masing-maisng. Tiara dan Monica sama-sama memulas tombol pintu dan menolaknya perlahan, “Kreeekkkk....” Tegak bulu roma Tiara dan Monica mendengar bunyi pintu tersebut.

Mereka berjalan perlahan-lahan. “Light!” Satu cahaya yang terbit jari hujung jari Monica menerangi bilik tersebut. Tiara dan Monica sama-sama geledah bilik tersebut. Satu persatu barang di apungkan ke udara. Namun, Danny masih belum dijumpai.

Slyer melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. “Light!” Satu cahaya yang keluar dari jari telunjuknya menerangi suasana bilik tersebut yang gelap-gelita. Dia melilau-lilau melihat keadaan sekeliling. “Esmias float!” Barang-barang yang dikenakan mantera terapung-apung di udara mengikut gerakan jari Slyer. Slyer mula menjelajah bilik yang agak luas itu.

“Esmias light floating,” Tiba-tiba satu cahaya muncul di hadapan Vanessa. Cahaya tersebut menerangi kesuraman bilik tersebut. “Enchiance float!” Semua barang di dalam bilik tersebut terapung serentak. Vanessa memerhatikan setiap barang tersebut. Dia menggerak-gerakkan barang tersebut dan melihat keadaan sekeliling. Vanessa berjalan ke hadapan untuk melihat dengan lebih jelas kerana cahaya yang dihasilkan masih belum cukup untuk membuat bilik tersebut terang.

Setelah 30 minit...

Slyer keluar dari bilik. Dia sudah puas geledah bilik tersebut namun masih tidak jumpa tempat Frank menyembunyikan Danny. Pintu ditutup perlahan. Cahaya yang menemaninya sudah tiada saat dia tutup pintu. Slyer mengerling pintu bilik kedua dan ketiga. Dia tidak tahu sama ada Vanessa, Monica dan Tiara sudah keluar dari bilik mereka atau belum.

Slyer akhirnya mengambil keputusan untuk menunggu diluar. Dapatlah dia memerhatikan jika ada seseorang ingin datang ke situ. Tidak beberapa lama selepas Slyer keluar, Monica dan Tiara turut keluar dari bilik mereka.

“Vanessa belum keluar lagi ke?” Tanya Monica berpeluk tubuh.

“Mungkin,” Slyer menjawab sambil angkat bahu.

“Aku rasa dia belum keluarlah. Kalau dia keluar mesti dia tunggu kita.” Tiara bersuara yakin.

“Kau ada jumpa apa-apa ke tadi?” Slyer bertanya selepas masing-masing mendiamkan diri.

“Tak,” Balas Monica ringkas. Tiara disebelah angguk kepala. Menyiakan kata-kata Monica.

“Habis, kenapa lambat keluar? Bilik besar sangat ke?” Slyer masih bertanya.

“Kita orang cari betul-betul. Geledah tempat yang sama banyak kali. Takut terlepas pandang. Bilik sederhanalah luas dia.” Monica menjawab. Tiara masih lagi mendiamkan diri.

“Kreeeekkk....” Mereka bertiga berpaling ke pintu bilik kedua. Terjengul muka Vanessa.

“Wei, aku jumpa sesuatu. Cepatlah masuk.” Ujar Vanessa perlahan. Slyer, Monica dan Tiara masuk ke bilik nombor dua.

“Apa dia yang kau jumpa?” Tanya Tiara tidak sabar.

“Kau tengok ajelah.” Vanessa berjalan di hadapan sekali diikuti Tiara, Monica dan akhir sekali Slyer. Mata masing-masing melilau memandang keadaan bilik tersebut.

Vanessa berhenti di hadapan kotak yang agak besar. Tanda tanya mula menguasai diri Monica, Tiara dan Slyer.

“Kenapa berhenti dekat sini?” Soal Monica.

“Tengok ajelah. Banyak tanya betul.”

“ Esmias float!” Kotak tersebut terapung-apung di udara. Tiara, Monica dan Slyer berasa pelik apabila Vanessa mengapungkan kotak tersebut. Dinding di belakang kotak tersebut langsung tidak berlubang mahupun retak. Jadi, mengapa Vanessa terapungkan kotak tersebut? Masing-masing mendiamkan diri.

Vanessa mendekati dinding tersebut. Tangannya mula berlari di sekitar dinding tersebut. Setelah jumpa apa yang di cari, dia menekan dinding tersebut. Dinding tersebut mula terbuka. Tiara, Monica dan Slyer tergamam. “Apa tunggu lagi, cepatlah masuk.”

“Mereka berempat masuk ke dalam dinding tersebut. “Yang ni bilik menuju bawah tanah ke?” Tanya Slyer. Vanessa angkat bahu. Dia sebenarnya pelik apabila melihat susunan kotak-kotak tersebut. Semua kotak bertimbun-timbun di kiri kanannya namun kotak besar tersebut tidak bertimbun dan berada di hujung bilik. Tepat-tepat berhadapan dengan pintu. Dia mendekati kotak tersebut. Ada tanda calit membentuk diamond di atas kotak tersebut. Di atas kotak tersebut ada diconteng sesuatu.

“Lihat dengan mata hati bukan mata kasar. Sentuh dengan lembut bukan dengan kasar.” Contengan tersebut bebunyi demikian. Pelik dia. Jadi dia cuba menyentuh kotak tersebut. Tetapi tiada apa yang berlaku sehingga dia ternampak sehelai kain dihimpit oleh kotak tersebut.

Dia mengambil keputusan untuk mengalih kotak tersebut dan apabila kotak tersebut sudah dialihkan. Dinding dibelakangnya langsung tidak berlubang mahupun retak. Vanessa cuba menyentuh permukaan dinding tersebut mungkin ada kunci yang tersembunyi. Tanpa disangka dia terasa ada bahagian yang lembut di dinding tersebut. Dia menekan bahagian tersebut dan dinding tersebut terbuka luas. Vanessa mengambil keputusan untuk memanggil kawan-kawannya.

Mereka berempat menuruni anak tangga satu persatu dengan penuh berhati-hati. Bilik tersebut di terangi oleh obor-obor yang sudah tersedia di dinding. Mereka semua terkaku melihat bilik tersebut. Bilik tersebut dihiasi oleh kristal dan air dan agak luas. Oleh sebab itu, mereka berempat berpecah untuk mencari Danny.

Vanessa berjalan sambil matanya melilau-lilau memerhatikan sekeliling. Tempat tersebut mungkin sudah lama, teka Vanessa. Vanessa memandang lantai bilik tersebut. Semuanya ais. Dindingnya pula diperbuat daripada kristal. Vanessa berjalan sambil memandang lantai. Dia tergelincir apabila terdengar jeritan Monica. Vanessa bangun dan menuju ke tempat Monica.

Vanessa terkejut melihat Danny yang berada di dalam dinding kristal. Mata Danny terbuka luas begitu juga dengan mulutnya. Tiara dan Slyer mengetuk kristal tersebut. Monica memandang Danny dengan rasa tidak percaya.

“Lighting tunder!”

“Slyer!!” Vanessa menjerit apabila Slyer ingin membuat lighting thunder. “Kau gila ke apa?!” Bentak Vanessa.

“Kenapa? Aku cuba untuk meretakkan kristal tu. Itu aje.” Slyer terhenti daripada melakukan lighting thunder.

“Bila seseorang dibekukan menggunakan kristal, tubuh orang itu juga akan menjadi kristal. Dan bila kau hendak meretakkan atau memecahkan kristal tersebut. Orang itu turut sama pecah. Kau tak ingat ke apa terjadi dekat Mony?!”

Slyer tersentak. Dia terlupa apa yang terjadi pada Mony. “Aku terlupa. Selamat kau ingatkan aku. So, macam mana nak keluarkan Danny dari situ? Tak ada cara ke?”

“Aku tak tahu. Tapi aku yakin mesti ada cara. Tapi aku tak tahu cara dia apa.” Keluh Vanessa. Tiara pandang Vanessa. Monica mendekati Danny yang dibekukan oleh Frank. Masing-masing memikirkan cara untuk membebaskan Danny.

“Tiara, dalam buku Crystal is Powerful, ada tak bagi tahu cara-cara untuk membebaskan seseorang yang dibekukan oleh kristal?” Vanessa bertanya. Tiara menggelengkan kepala.

“Aku dah habis baca buku tu tapi aku rasa tak ada.” Tiara membalas.

“Mantera untuk bekukan seseorang menggunakan kristal adalah tergolong dalam magis yang susah dan magis yang hebat. Aku rasa bila naik tahun ketiga baru kau orang akan belajar cara-cara untuk membebaskan seseorang daripada kristal ni.” Slyer menyampuk.

“Aku sokong kata Slyer. Kita baru tahun pertama Vanessa. Kita belum belajar lagi. Jadi kita tak mungkin tahu.” Tiara menyokong kata Slyer.

“Vanessa, aku nak tanya sesuatu boleh tak?” Monica bertanya tetapi matanya masih memandang Danny.

“Apa dia?” Keras suara Vanessa kedengaran.

“Macam mana kau boleh belajar magis kristal yang berada pada tahap susah? Walhal kau tinggal di Fairy Kingdom.” Monica bertanya. Vanessa tersentak.

“Monica! Kau memang pandai. Aku tak ingat pulak!” Vanessa menutup mata perlahan. Dia mengambil nafas dan menghembuskannya.

“The book that have been curse,
come to me and show yourself.
Search for crystal freeze and the way
to broken the crystal.
Dianse espiradis!”

Vanessa melihat buku yang pernah disihir olehnya muncul dihadapannya. Buku tersebut mencari halaman mengenai crystal freeze dan cara-cara untuk menghapuskannya. Buku itu berhenti pada halaman 45. Vanessa membaca halaman tersebut. Dia tersenyum. Tidak disangka sama sekali crystal freeze berkait dengan magis hitam. Buku yang disihirya itu terus hilang selepas Vanessa habis membaca halaman tersebut.

Vanessa membuka mata perlahan-lahan. Senyuman terukir di bibir. “Dah tahu ke belum?” Tiara bertanya tidak sabar. Vanessa angguk kepala yakin.

“Macam mana?” Slyer bertanya.

“Vasperin,” Jawab Vanessa dengan gembira. Slyer, Monica dan Tiara tersentak.

“Vasperin?”Tanya mereka bertiga hampir serentak. Vanessa angguk kepala.

“Macam mana kita nak cari vasperin, Vanessa? Vasperin ada dekat Dark Forest.” Slyer bertanya. Dahinya di kerutkan.

“Janganlah buat muka macam tu. Aku ada benda tu.” Vanessa membalas. Tangannya mencapai karung yang diisi kristal. Apabila tangannya di tarik keluar dari karung tersebut. Muka Monica sudah bersinar.

“Vasperin!” Monica menjerit kecil.

“Yap, inilah vasperin Slyer, Tiara. Kita boleh buat potions menggunakan vasperin. Sebenarnya ada lagi satu cara, tapi cara tu susah. Kena guna banyak tenaga dan kena sering berlatih. Jadi, aku ambil keputusan untuk membuat potions menggunakan vasperin.” Dengan panjang lebarnya Vanessa menerang.

“Jadi, macam mana bahan-bahan yang lain? Maksud aku, bahan-bahan yang diperlukan. Tak mungkin kita guna vasperin aje.” Tiara mengambil vasperin dari tangan Vanessa. Dibeleknya vasperin tersebut sepuas hati. Selepas Tiara, Monica pula membeleknya dan akhir sekali Slyer.

“Soalan yang bagus, Tiara.” Vanessa tarik senyum. “Buat potions untuk crystal freeze perlu ada tiga bahan. Vasperin, crystal powder and.... energy.”  Mereka bertiga membuat muka pelik.
“Energy?” Tanya Monica was-was. Vanessa senyum. “Apa maksud kau dengan, energy?” Monica menyambung bicara.

“Kuasalah. Kuasa kita. Kita kena bagi potions tersebut kuasa. Mungkin itu akan membuat kita lemah kerana kita akan menyumbangkan tenaga kita dalam potions tersebut. Tapi, for our beloved friend we must do it, right?” Slyer angguk kepala, ringkas. Yang lain ikut sama.

------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Thank for reading and thank for the comments. Okay, nak cakap yg cerita nie still lg belum habis ditulis. Byk kali tersangkut.. *sedih* 

Bulan Januari nnt dah start kerja, taktaw bila lagi boleh siapkan.. Hmm... Doakan spya bieyla dapat siapkan cerita nieh.. Amin..

Thank again *smile*

Friday, December 21, 2012

Revenge 15 : Scary Environment (part 3)



Revenge 15 : Scary Environment (part 3)



Vanessa buka mata perlahan-lahan. Cahaya matahari menusuk masuk ke dalam matanya. Sungguh menyilaukan! Dia cuba untuk bangkit dari pembaringan namun dia tidak terdaya. Angin yang masuh dari jendela menampar lembut mukanya. Kedengaran bunyi pintu dibuka oleh seseorang.

“Akak dah sedar?” Sepasang tangan meletakkan semangkuk bubur di atas meja kecil di tepi katil yang sedar diduduki oleh Vanessa. Vanessa cuba mengamati suara tersebut.

“Kakak, kakak kenapa ni?” Muncul muka adiknya, Zella di ruang matanya.

“Kakak tak apa-apa. Kakak dekat mana?” Vanessa menyoal dengan suara yang lemah.

Zella tersenyum, “Kakak, kakak dekat rumah ibulah. Apa kakak ni. Mengigau ke?” Zella tergelak kecil.

Vanessa memproses kata-kata Zella. Ibu? Rumah?

“Zella. Bonda masih hidup Zella. Frank beritahu kakak. Bonda masih hidup.” Tiba-tiba Vanessa bersuara. Dia teringat akan pertarungannya dan suara Frank yang tergelak sinis apabila berbicara mengenai bondanya. Zella menghela nafas dan mengukir senyuman.

“Zella dah tahu bonda masih hidup. Zella harap akak dapat selamatkan bonda. Zella juga harap, kakak tak lupa janji kakak pada Zella dulu. Kakak janji nak balas dendam demi keluarga kita. Kakak jangan lupa tau.” Zella menyuapkan bubur ke dalam mulut kakaknya, Vanessa setelah selesai bercakap.

“Tapi, akak masih sakit lagi Zella. Aku tak boleh tumpuankan perhatian bila nak lawan dengan musuh kita. Kakak rasa sedih bila mengenangkan bonda. Macam mana akak nak buat Zella?” Vanessa mengeluh perlahan. Rasa sedih mengusik tangkai hatinya.

“Bukan kakak seorang yang tabah dan kuat ke? Patutnya kakak jangan bagi emosi mengganggu tumpuan kakak. Kakak patutnya cekap dalam bidang ni semua. Kakak jangan mengalah selagi kakak tak bawa balik bonda. Zella rindukan bonda.”

Vanessa menggelengkan kepala, “Kakak tak tabah dan kuat, Zella. Selama ni kakak hanya berpura-pura sebab kakak tak nak Zella sedih. Kakak nak Zella bahagia dan gembira.” Lirih suara Vanessa kedengaran.

“Kakak. Kita jangan bincang pasal diri Zella. Kita bincang pasal diri kakak.” Satu suap bubur masuk ke dalam mulut Vanessa lagi sekali.

“Kakak seharusnya yakin dan percaya pada kuasa kakak. Kakak jangan putus asa dan jangan membiarkan emosi marah dan sedih tu menguasai diri kakak. Bila kita hendak melawan seseorang, perkara yang penting ialah jangan cepat beremosi. Lawan dengan hati yang tenang. Jika kakak marah, jangan terlampau marah sehingga mengganggu tumpuan kakak.” Sesuap bubur masuk ke dalam mulut Vanessa. “Begitu juga jika kakak sedih.” Zella menyuakan sudu yang berisi bubur ke mulut Vanessa. Vanessa buka mulut dan bubur tersebut masuk ke dalam mulutnya.

“Kakak ingat tau. Jangan mengingati perkara yang boleh membuat kakak sedih atau marah. Apa yang musuh cakap, biarkan seperti angin lalu.” Zella merawat kakaknya mengunakan magis penyembuh. Tangan-tangan yang luka di letakkan serbuk kristal. Rantai di leher Vanessa yang berwarna merah hati ditanggalkan dan di celup ke dalam air. Rantai tersebut di letakkan di luka yang kelihatan parah. Vanessa berasa bertenaga seperti ada satu kuasa yang memberinya tenaga untuk hidup.

“Rantai ni ada kuasa yang hebat kakak. Kakak patut explore rantai kakak ni. Zella rasa kakak tahukan.” Rantai yang ditanggalkan oleh Zella di gantungkan semula ke leher Vanessa. Vanessa memegang tangan Zella seperti tidak mahu melepaskannya. Zella membalas pegangan kakaknya itu. Dia tersenyum untuk memberikan semangat pada kakaknya.

Setelah beberapa minit berlalu, Zella meleraikan pegangan tangan tersebut. Vanessa cuba mencapai tangan adiknya itu namun  tidak berjaya. Adiknya itu mula jauh dari pandangannya. Jauh dan semakin jauh.

“Zella!!!!!!” Vanessa menjerit.

Slyer, Tiara, Monica dan Frank terkejut mendengar jeritan Vanessa yang menyebut nama, Zella. Mereka berempat memandang Vanessa sekilas kerana mereka berempat sedang bertarung. Slyer mengelak libasan yang dibuat oleh Frank. Libasan tersebut terkena Monica yang berada di belakang Argon. Argon pandang Monica yang tercampak ke dinding. Tiara melepaskan tembakan Darkest heart kepada Frank. Frank mengelak serangan tersebut dan melontar Black knife ke arah Tiara. Tiara yang cuba mengelak daripada terkena lontaran tersebut tidak berjaya apabila benda tersebut kena di hujung lengannya. Dia menjerit kecil.

Slyer mendapatkan Tiara yang sudah terbaring di lantai sambil mengaduh kesakitan. Frank mengukir senyuman jahat. Tangannya dihalakan ke arah Slyer dan Tiara. Sebelum dia hendak melancarkan serangannya, satu panahan terkena tepat-tepat pada lengannya. Frank menjerit kesakitan. Dia memandang sekeliling mencari orang yang membuat serangan kepadanya. Dia menangkap kelibat Vanessa tersenyum sinis. Slyer dan Monica turut mengalihkan pandangan mereka apabila melihat ada satu bongkah kristal yang besar terbenam pada lengan Frank. Frank mencabut kristal tersebut dan melontarkannya ke bawah.

“Kau!! Aku tak sangka kau boleh sedar dari pengsan sebab mendengar cerita pasal bonda kau tu,” Frank menjerit kegeraman. Dalam pada masa yang sama di mengejek Vanessa. Vanessa tidak mengendahkan kata-kata Frank. Dia merenung muka Frank yang sudah calar-balar. Muka kawan-kawannya di pandang sekilas. Dalam pada masa yang sama, Slyer sedang merawat Tiara mengunakan magis penyembuh.

“Tiara!!!” Satu suara garau menjerit nama Tiara. Vanessa memandang orang yang menjerit nama Tiara. Tanpa berlengah, Vanessa terus melancarkan serangan ke arah Encik Jaston. Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan drastik Vanessa.

“Vanessa! Dia cikgu kita, Vanessa!” Slyer menjerit. Vanessa mengukir senyuman sinis.

“Dia bukan cikgu kita.” Keras suara Vanessa bersuara. Encik Jaston memandang Vanessa dengan pandangan terkejut. Kakinya berdenyut-denyut kerana terkena serangan yang dilancar oleh Vanessa sebentar tadi.

“Saya cikgu awak, Vellina! Encik Jaston!” Encik Jaston berkata dengan nada serius.

“Huh! Cikgu? Kau cikgu kita orang? Aku nak tergelak. Kalau kau cikgu kita orang, kenapa kau takut dengan Frank? Dengan Mony dan Henry? Kenapa? Jawab!” Vanessa membentak. Muka Encik Jaston berubah sekelip mata namun dia cuba mengawal ekspirasi mukanya. Muka Frank seolah-olah terkejut apabila Vanessa memandang ke arahnya sekilas lalu.

“Apa awak merepek, Vellina? Saya tak pernah takut dengan Frank, Mony dan Henry!”

“Ya ke?” Vanessa menyoal dengan nada selamba. Dia memandang Frank. “Frank. Orang suruhan kau, si Jasmen mengaku yang dia tak takut dengan kau orang bertiga. Kenapa lemah sangat kau orang bertiga. Hamba kau tak takut dengan kau, tuannya.” Frank terperanjat begitu juga semua yang berada di bangunan tersebut. Vanessa memberikan senyuman sinis kepada Jasmen.

“Aku tak sangka kau boleh tahu siapa dia. Memang kau seorang budak yang hebat.” Frank bersuara diselangi ketawa kecil. “Jasmen! Aku akan berlawan dengan Vellina atau nama sebenarnya Vanessa. Kau lawan tiga lalat-lalat kecil yang berkeliaran. Kalau boleh kau bunuh aje mereka bertiga!” Frank merenung mata Vanessa. Ada sinar kejahatan di mata Frank. Vanessa membalas renung tersebut. Masing-masing mula membuka langkah.

*****

Tiara, Slyer, Monica dan Jasmen mencangkung. Masing-masing menahan rasa penat. Sudah dua jam lebih mereka berlawan namun masing-masing masih tidak berjaya menghapuskan pihak lawan. Peluh di dahi di seka Slyer. Tiara pula menyeka peluh yang mengalir turun di pipinya. Monica mengambil dan menghembus nafas berulang-ulang kali. Jasmen pula menggenggam tangannya. Habis tubuh mereka calar-balar. Baju Tiara sudah terkoyak di lengan kanan. Baju Monica pula terkoyak di lengan kiri.

Vanessa dan Frank masih terus berlawan. “Crystal! Fire! Water! Shoots!” Bertalu-talu bentuk serangan dilancarkan oleh Vanessa. Frank dapat mengelak semua serangan tersebut dengan jayanya. “Tsk. Kau ingat kau dah lepas ke, Frank? Cuba kau tengok kat bawah kaki kau!” Frank melihat kakinya. Bayangan! “Shadow lock!” Vanessa mengunci bayangan tersebut.

“Astianse denso!” Frank cuba menggerakkan badannya, namun usahanya gagal. Mantera yang dibaca oleh Vanessa menguatkan lagi bayangan tersebut.

“Sekarang, kau dalam genggaman aku, Frank. Dan juga rantai ni.” Rantai yang berwarna biru di keluarkan dari genggamannya. Frank tersentak. Dia tidak tahu macam mana Vanessa boleh dapat rantai tersebut. Separuh mati dia cuba untuk mendapatkan rantai tersebut dari tangan Vanessa dan usahanya membuahkan hasil. Tetapi kini, Vanessa dapat balik rantai tersebut.

“Kau... Macam mana..”

“Terkejut ke? Kau memang tak reti hendak jaga rantai ni elok-elok. Tengok, walaupun kau berjaya ambil rantai ni dari aku tadi, tapi sekarang? Rantai ni kembali pada aku semula.” Vanessa memakai rantai tersebut dan mula untuk membuka langkah yang seterusnya. Langkah untuk menamatkan riwayat Frank!

“Kau tahu tak Frank. Mesti tak seronok kalau bunuh kau guna mantera. Apa kata aku bunuh kau guna pedang? Mesti seronok bukan?” Vanessa memetik jarinya dan sebilah pedang sudah berada di genggamannya. “Kau dah bersedia untuk mati, Frank? Aku harap kau dah bersedia. Bergembiralah kau.” Vanessa berjalan mendekati Frank. Mata pedang dihalakan tepat pada dada Frank. “Say goodbye to the world, Frank.” Vanessa hendak membenamkan mata pedangnya ke dada Frank namun pedangnya terlontar jauh.

Vanessa memandang perempuan yang cuba merosakkan kerjanya. Mony! Desis hati Vanessa kegeraman. “Kau tak akan dapat bunuh Frank selagi aku ada di sini, Vellina!” Mony memandang Vanessa. Giginya berdetap kegeraman. Argon yang sudah tidak bernyawa di pandang oleh Mony. Lama. Dia jalan mendekati Argon. Mony angkat kaki untuk menyepak Argon. Satu sepakan yang dihadiahkan oleh Mony kepada Argon membuatkan Argon tercampak menghentam dinding. Vanessa mendengus kasar.

“Care to explain?” Mony bertanya. Matanya memandang mata Frank.

“Vanessa yang bunuh dia.” Mony tersentak mendengar kata-kata Frank.

“Vanessa? Mana dia?” Tanya Mony.

“Kau buta ke, Mony? Tak nampak aku dekat sini? Depan mata kau.” Vanessa bersuara.

“Kau senyap perempuan gila. Aku tak tanya kau. Aku tanya Frank! Frank! Where is Vanessa? I miss her damn much!” Sinis sekali suara Mony.

“Aku langsung tak rindukan kau, Mony.” Vanessa balas.

            “Perempuan! Kau tu Vanessa ke hah?! Kalau kau sampuk lagi sekali, aku bunuh kau!”

“Mony, dia Vanessa.” Frank bersuara. Mony terpana.

“My, my. Aku tak sangka kau Vanessa. Budak yang bodoh tu. Hebat, hebat. Aku tak sangka kau boleh bunuh  Argon yang hebat ni.”

“Aku tak bodoh, Mony. Aku hanya pura-pura bodoh untuk memperbodohkan Argon dan musuh-musuh aku,”

“Menarik. Jadi kau hebatlah ya? We see about.” Mony memberikan senyuman yang cukup sinis pada Vanessa.

“Ya, we see about that after I kill Frank.” Vanessa dengan sepantas kilat memetik jarinya dan sebilah pedang yang sudah di tercampak tadi berada di tangannya. Tanpa membuang masa dia membenamkan pedang tersebut tepat pada dada Frank. Frank menjerit kesakitan. Mony terkesima. Semua berlaku dengan pantas.

Vanessa yang melihat Mony terkesima, membaling pedang yang digunakan tadi ke arah Mony. Mony yang tersedar terus melompat ke atas, “Tornado dios!” Mony membuat puting beliung ke arah Vanessa.

“Francy de crystal wall!” Vanessa mempertahankan dirinya. Dalam pada masa yang sama dia memikirkan cara untuk menghapuskan puting beliung tersebut. Vanessa ketap bibir. Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Dinding kristalnya mulai retak. Vanessa cepat-cepat melompat ke atas dan menyerang Mony yang tergelak.

Mony yang masih tergelak dan tidak menyedari bahawa Vanessa sedang menyerangnya meneruskan gelak jahatnya. Tiba-tiba, Mony terdiam. Kakinya terasa sejuk. Dia memandang kakinya. Terbeliak matanya melihat kakinya diselaputi kristal yang berwarna merah jambu. Dia cuba untuk mengerakkan kakinya. Vanessa mengukirkan senyuman.

“Kenapa berhenti gelak? Sambunglah lagi.” Perli Vanessa. Puting beliung yang sudah berjaya memecahkan dinding kristal tadi mula menuju ke arah Jasmen yang sedang berlawan. Jasmen tidak dapat berbuat apa-apa. Yang dia mampu buat adalah menjerit. Jasmen hilang bersama puting beliung tersebut. Monica, Tiara dan Slyer terduduk setelah kelibat Jasmen hilang bersama-sama dengan puting beliung tersebut. Peluh memercik di muka masing-masing.

“Mony, kau dah mengaku kalah ke? Kalau kau dah mengaku kalah, aku nak bunuh kau.”

Mony tergelak kuat, “Belum lagi Vanessa.” Mony menggunakan lighting thunder untuk membebaskan kakinya daripada kristal tersebut. Tanpa disangka, kakinya retak. Mony terjatuh. Dia menjerit sekuat hati.

“Kau tahu tak Mony. Kaki kau sekarang adalah kristal dan apabila kau musnahkan kristal tersebut, kaki kau akan musnah sekali. Aku malas nak dengar kau menjerit. Jadi, selamat tinggal.”

“Esisians darkenest!” Vanessa petik jari. Serentak itu, jeritan Mony semakin kuat. Jeritannya makin lama makin perlahan dan lenyap. Slyer, Monica dan Tiara terkejut melihat semua itu. Monica menggigil ketakutan apabila melihat wajah Mony. Mulutnya ternganga luas. Matanya terbeliak seolah-olah hendak tersembul keluar. Tubuhnya mulai reput. Ada darah yang keluar dari mulut Mony.

Vanessa berjalan ke tempat Mony, dia mencangkuk di hadapan Mony yang sudah reput. Hanya tinggal abu. “The best person will win the battle, Mony and I’m the best person.” Vanessa mengambil abu Mony dan meniupnya. Terukir senyuman kepuasan di bibirnya. Namun senyuman tersebut mulai bertukar.

Vanessa berdiri, “Henry!” Vanessa menjerit sekuat hati. “Macam mana.... macam mana aku boleh terlupa akan Henry?! Macam mana?!” Vanessa ketap gigi kuat. Dia menggenggam tangannya kuat. Dia tidak tahu macam mana boleh lupa tentang Henry. Monica tersentak mendengar Vanessa menjerit nama Henry namun dia tidak bertanya apa-apa kerana terlalu letih dan penat. Rasa sakit masih menjalar di tubuhnya.

“Vanessa!!” Slyer menjerit namanya. Vanessa pandang Slyer dengan pandangan membunuh. “Dekat mana kita nak cari Danny?!” Vanessa tersentak. Dia memandang Frank yang sudah tidak bernyawa, dia terlupa untuk bertanya Frank di mana dia menyembunyikan Danny.

“Tsk, kat mana kau sembunyikan Danny, Frank.” Guman Vanessa perlahan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Sorry sebab tak update2. Kakak pergi KL and angkut laptop sekali jadik tak dapat bukak laptop untuk update cerita.