Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, August 27, 2010

Moonlight Fairytale (Bab 3)

Wilda terkocoh-kocoh mengekori Sara ke Gelanggang Kurai. Setibanya di sana, Wilda dapat melihat dengan jelas orang-orang terpilih untuk menuntut Jurus Permainan Sihir Unsur. Wilda membilang pelajar-pelajar di gelanggang tersebut. Termasuk Wilda dan Sara, ada 10 orang semuanya, 5 perempuan dan 5 lelaki


Wilda melihat sekeliling. Gelanggang Kurai bersaiz lebih kurang 2 gelanggang bola sepak dan diperbuat dari batu granit dengan campuran bahan khas. Disekeliling gelanggang adalah dinding yang diukirkan dengan ukiran dan simbol yang saangat unik. Sedang dia ralit melihat keunikan senibina Gelanggang Kurai, sikunya tiba-tiba di sentuh oleh Sara.


"Hei. apa yang awak tengokkan lagi? Masters kita dah sampai.." tegur Sara apabila Wilda asyik benar melihat sekeliling. Wilda tersengih malu. Matanya dialihkan pada kehadiran 3 kelibat manusia yang berpakaian jubah hitam dan sedang menekupkan muka mereka.


"Selamat datang penuntut baru! Nama aku Master Kai, Pengerusi Jurus Permainan Sihir Unsur," kata salah seorang lelaki lalu membuka penekup kepala yang menyembunyikan wajahnya. Kelihatan di tubir mata Wilda, lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Master Kai itu adalah seorang lelaki 50-an yang berjanggut putih dan hampir mencecah dada.

Dua lagi dibelakang diperkenalkan oleh Master Kai sebagai Master Feng dan Masters Waiduri, satu-satunya master wanita.

"Sebelum kita meneruskan latihan, biarlah saya menerngkan serba ringkas mengenai jurus ini :

JPSU ini diasaskan oleh sepasang kembar iaitu Phileus Sun dan Phileus Moon. Mereka ini dikatakan datang dari dimensi lain dan telah dicampakkan ke sini oleh seorang ahli sihir yang jahat. Dimensi mereka adalah satu dimensi dimana manusia di sana mampu mengawal unsur utama bumi iaitu air,api,tanah dan angin. Berada sdi dunia yang sangat asing, mereka telah mengasaskan jurus ini untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan keturunan mereka. Kini, anda semua merupakan keturunan mereka dan hanya kamu sahaja yang boleh mempelajari seni ini. Seni ini terbahagi kepada dua : Shir Unsur Mentari dan Sihir Unsur Purnama.



Sihir Unsur Mentari diasaskan Phileus Sun dan keturunannya mampu mengawal sama ada unsur api ataupun tanah. Adiknya, Phileus Moon pula mengasaskan Sihir Unsur Purnama yang mana penuntut dari keturunan beliau mampu memanipulasi sama ada unsur air atau angin.

Sekarang para penuntut akan diberikan sejenis kristal yang akan menentukan anda dari keturunan mana selain menentukan kumpulan anda, " terang Master Kai panjang lebar.

Sejenis batu berwarna kelabu diagihkan pada setiap penuntut. Wilda membelek-belek batu kristal tersebut. Tiba-tiba, kristal-kristal yang berada di tangan para penuntut bercahaya dengan terang. Seminit kemudian ia bertukar kepada dua kristal yang berlainan iaitu 5 batu delima untuk 5 penuntut dan bakinya termasuk Wilda pula bertukar kepada batu nilam. Kesemua penuntut tergamam dengan keajaiban yang berlaku di depan mata mereka.

"Baiklah semua, batu tadi adalah Kristal Durix, ia akan bertukar sama ada kepada batu delima ataupun batu nilam mengikut jenis keturunan. sesiapa yang sedang memegang batu delima adalah dari keturunan Philus Sun manakala pemegang batu nilam pula dari keturunan adik beliau, Philus Moon. Sekarang sila berpecah mengikut batu kristal masing-masing , kumpulan Delima Merah di sebelah kanan saya iaitu pada Masters Waiduri, kamu secara rasminya adalah penuntut Sihir Unsur Mentari manakala kumpulan Nilam Biru, kamu akan bersama dengan Master Feng sebagai penuntut Sihir Unsur Purnama, " ujar Master Kai sambil menunjukkan kepada kedua-dua Master yang sedang berdiri mengikut arah yang ditunjukkan oleh Master Kai.


Wilda dan Sara pergi ke arah Master Feng yang sedang menunggu. Selain dua gadis itu, tiga lagi lelaki turut berada dalam kumpulan Nilam Biru. Wilda mengintai wajah Master Feng. master Feng berkumis nipis dan tampak seperti berada di awal 30-an.

"Baiklah para penuntut, ayuh ikuti aku ke tempat yang lebih sesuai-Ke Dewan Dewi Bulan!" ujar Master Feng lantas memetik jarinya. Sekelip mata, Wilda dan yang lain bukan lagi di Gelanggang Kurai tetapi di dalam suatu dewan yang gelap dan beratapkan langit penuh dengan bintang. Wilda terpinga-pinga melihat sekeliling. Takut dan curiga menyelubungi perasaannya namun melihat senyuman pada wajah Master Feng, sedikit sebanyak perasaan itu mula hilang. Wilda mendongak, melihat kegelapan malam, Wild mula berasa aneh. Dia melihat jam tangannya, jam digitalnya menunjukkan jam 1500, aneh..baru petang kenapa gelap sahaja..getus hati Wilda.


Master Feng seakan -akan tahu apa yang difikirkan Wilada. Beliau menjelaskan, Dewan Dewi Bulan telah disimulasikan suasananya kerana sihir ini sangat berkuasa di waktu malam terutamanya tatkala bulan purnama. Oleh sebab itulah dewan kelihatan gelap walaupun baru menginjak petang. Wilda dan yang lain-lain terangguk-angguk mendengar penerengan guru mereka. Persoalan demi persoalan terjawab juga akhirnya. master feng mengarahkan semua penuntut mengeluarkan Permata Nilam Biru. Semua penuntut akur pada arahannya.

"Sekarang saya mahu kamu semua berjanji tidak akan menggunakan sihir ini untuk menunjuk-nunjuk dan mencederakan orang lain melainkan keadaan mengizinkan,tekapkan batu tersebut di dada kamu dan berjanjilah seikhlas hati,"





Arahan Master Feng segera dipatuhi. Selesai sahaja mereka memeterai perjanjian dengan diri sendiri. batu nilam tersebut bercahaya dengan terang sebelum membentuk seutas gelang berwarna putih bertatahkan 10 biji nilam biru yang mengelilingi gelang tersebut.

"Gelang itu dinamakan "Gelang Xylon", setiap kali kamu mengaktifkan jurus in, semua batu itu akan barcahaya kebiruan, semakin lama semakin sikit batu yang akan bercahaya. Ia menandakan aras kuasa kamu. Jika tinggal sedikit yang bercahaya, ini bermakna kuasa kamu semakin lemah. Ia juga akan menghukum mana-mana penuntut yang melanggar perjanjian dalam bentuk pengaliran voltan rendah yang cukup untuk melumpuhkan kuasa kamu untuk sementara," terang Master Feng panjang lebar.


Master Feng kemudiannya membawa mereka ke kawasan air terjun. Wilda dan Sara terpesona dengan kecantikan air terjun tersebut di bawah cahaya bulan.



Tiba-tiba, muncul suatu pusaran angin dan air dalam sungai tiba-tiba berkocak hebat, seperti ada lembaga yang akan muncul di situ. Pusaran angin tersebut kemudian membentuk tubuh seorang lelaki. semakin lama semakin jelas. Dari dalam sungai pula, muncul seorang wanita berambut panjang dan diikat ke belakang. Dia keluar dari dalam air lantas berdiri di sebelah kanan Master Feng manakala lelaki dari pusaran angin tadi berdiri di sebelah kiri.


"Murid-murid, perkenalkan senior kamu, ini Audrey, unsur air dan lelaki di sebelah kiri saya ini, Arthur unsur angin," Master Feng memperkenalkan senior mereka yang juga akan mengajar mereka asas Sihir Unsur Purnama. Master Feng mengeluarkan sebuah sangkar emas dari jubahnya. Di dalamnya terdapat seekor burung seakan-akan burung nuri berwarna perak dengan sayap yang berwarna biru dan hujung ekornya ada sebutir bebola putih yang berkilau.


"Para pelajar sekalian, walaupun sihir ini terbahagi kepada dua unsur, hanya satu unsur sahaja yang boleh kamu kuasai kerana badan manusia biasa tidak mampu menampung kuasa yang terlalu banyak,". Seorang pelajar mengangkat tangan lantas bertanya "MasterFeng, macam mana kami nak tahu unsur mana yang sesuai untuk kami?"



Master Feng menjawab, "Bagus soalan itu, burung ini akan menjawab soalan kamu, burung ini adalah burung Tiara Sari, jika ekornya bersinar keunguan, unsur air sesuai untuk kamu tetapi kalau ia bersinar kekuningan, itu unsur angin, Tiara pergi!" Burung Tiara Sari dilepaskan dari sangkar. Ia lalu hinggap di hidung setiap pelajar. Warna ungu dan kuning bersilih ganti. Apabila ia hinggap pada sara, warna kuning berkilauan di hujng ekor. Kemudian dia hinggap pula pada Wilda. Hati Wilda berdebar-debar menanti warna yang akan muncul. Namun yang berlaku di luar jangkaan, kuning dan ungu bersilang-silang bercahaya saat ia hinggap pada hidung Wilda. Wilda tergamam. Apa maksudnya?

Master Feng menghampiri Wilda. "Hmm.. nampaknya kamu ini sangat istimewa..kedua-dua unsur sebati dalam diri kamu.."ujar Master Feng. "Ma..maksud cikgu?"tanya Wilda meminta kepastian.

"Maksudnya kamu boleh menguasai mana-man unsur yang kamu inginkan, penuntut lain ditentukan burung ini kerana itulah unsur yang sesuai untuk tubuh mereka..tetapi kamu pula sesuai untuk mempelajari mana-mana unsur yang kamu rasakan sesuai..jadi apa pilihan kamu? Ingat satu sahaja.."kata Master Feng meminta Wilda membuat pilihan.

Wilda termenung sejenak. Dia memandang ke arah Sara lantas tersenyum. "Saya memilih..unsur air!" pilih Wilda dengan yakin. Master Feng mengangguk setuju.


"Baiklah, air boleh ikut Audrey, angin pula Arthur. Bergerak sekarang!" arah Master Feng lantas dia langsung ghaib. Para pelajar berpecah mengikut senior masing-masing. Sara sempat menyiku Wilda, bertanya kenapa dia memilih air. Wilda mengenyitkan matanya. dia menyuruh Sara tunggu malam nanti. Sara mengeluh sebelum meninggalkan Wilda untuk mengikut Arthur ke tempat latihan pertama mereka.

Kumpulan Air tetap tinggal di situ, bersebelahan dengan air terjun. Hanya Wilda dan seorang lelaki sahaja berada dalam Kumpulan Air.

Audrey memulakan mukadimah pada hari itu dengan berkata, "Baiklah, let's start with the basics first, " Audrey menghadapkan wajahnya pada sungai yang mengalir di sebelah mereka. Matanya dipejamkan. Telapak tangan kanannya dihadapkan ke depan. Jari telunjuk dan jari hantu diluruskan sementara jarinya yang lain dibengkokkan. Aura biru bercahaya dari badannya, lantas dia lalu berteriak, "Jurus Telekinetik Air!"

4 comments:

Anonymous said...

hai putri,

putri boleh spacing dlm MS word lps tu senang putri nak bt perenggan dlm blog.

putri_impi said...
This comment has been removed by the author.
Kak Izz said...

Salam Putri,

Dari segi bahasa dan gaya penulisan, tak banyak masalah. Cuma dari segi tatabahasa ada banyak kesilapan. Selepas nokhtah, mesti huruf besar. Begitu juga selepas penutup kata bagi dialog. Ayat seterusnya perlu dimulakan dgn huruf besar.

Cth 1: "...bergerak sekarang!" Arah Master Feng.... Perhatikan: Selepas tanda seruan yang diikuti oleh penutup kata, huruf A dibesarkan.

Cth 2: ...kuasa yang terlalu banyak,". Hanya guna satu saja sama ada koma atau nokhtah. Perhatikan: kuasa yang terlalu banyak," atau
kuasa yang terlalu banyak." Nokhtah, koma atau tanda seruan selalu hadir sblm penutup kata.

Ini sekadar beberapa contoh. Nanti Kak Izz komen lagi. Selamat hari raya dan selamat berkarya =D

Anonymous said...

huhuhuhuhu.... bestttt... hahaha.. sye suka cte2 cam nie...hehhehe

sambung cpt yew... jgn lama2 sangat hehehe....

chayok2... sye arap wilda dpt kuasai ke2dua unsur 2.hehehe

AMEERA