Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Sunday, October 3, 2010

TWINS - Bab 4

"Selamat pagi Cikgu Ruby."

"Selamat pagi murid-murid. Sila duduk. Saya ada satu berita baik yang hendak disampaikan kepada kamu semua. Mulai hari ini, kelas kita akan bertambah bilangan ahlinya," kata Cikgu Ruby lantas memanggil pelajar baru yang berdiri di luar kelas. Cikgu Ruby menyuruhnya memperkenalkan diri.

"Nama saya Anne Willstone. Panggil saja Anne. Sebelum ini saya bersekolah di Harvard International School di London. Selamat berkenalan." Pelajar lelaki di kelas itu bagaikan terpukau dengan kelunakan suara Anne. Pelajar perempuan pula tergamam melihat penampilan dan kesantunan Anne semasa bercakap. Memang 100% perfect.

"Baiklah, sesi perkenalan sudah tamat. Anne, kamu duduk di sebelah Kara. Kara, saya ingin kamu menjadi penunjuk arah buat Anne pada waktu rehat nanti. Anne, kalau ada apa-apa yang kamu tak faham, kamu tanya saja pada Kara," kata Cikgu Ruby menutup sesi perkenalan ini. Anne segera mengambil tempat duduk di sebelah Kara.

"Saya Kara. Kara Angelmist," kata Kara sebaik sahaja Anne mengambil tempat duduk di sebelahnya. Kara menghulurkan tangan untuk bersalaman. Anne menyambutnya lantas menghadiahkan satu senyuman buat Kara.

"Anne Willstone. Panggil Anne. Selamat berkenalan."

***

Lya berjalan pantas menuju ke kelas Kara. Dia memang sudah tidak dapat menahan rasa sakit perut yang membelenggu dirinya sejak jam 9.00 pagi lagi. Sudah satu jam dia menahannya. Setibanya dia di hadapan kelas rakannya itu, segera dia melaungkan nama Kara.

"Yes my dear, what do you want?" tanya Kara sambil menarik lengan Anne.

"Aku nak ke tandas. Sakit perut ni. Jom teman aku," kata Lya pantas. Kara hanya mengangguk lantas membuntuti langkah Lya untuk ke tandas. Anne juga membuntuti Lya. Sambil berjalan, Kara memperkenalkan Anne kepada Lya. Mereka bersalaman dan setibanya di hadapan pintu tandas, Lya segera memboloskan dirinya.

"Aduhai, kesian Lya. Apa yang dia makan malam tadi agaknya ya?" tanya Anne kepada Kara. Kara hanya menjungkitkan bahunya. Biarpun sudah tiga hari dia menumpang di rumah Lya, tetapi mereka tiada pula makan makanan yang pelik dan aneh kecuali jika Lya ada terjaga malam tadi.

'Cakap pasal malam tadi, baru aku teringat. Sejak bermalam di rumah Lya, tak ada pula aku bermimpi benda-benda yang pelik. Hm...pelik sungguh ni,' kata Kara di dalam hatinya. Biarpun dia ingat-ingat lupa tentang mimpinya, tetapi dia masih boleh ingat serba sedikit.

"Huh, lega. Kara, jom makan," kata Lya setelah keluar dari tandas atau dalam bahasa baiknya, bilik air. Kara yang masih mengelamun itu sedikit tersentak. Dia kelihatan sedikit terpinga-pinga sebelum menjawab.

"Ok, marilah. Tempat biasa tau." Lya mengangguk. "Anne, ikut kami," sambung Kara.

Belum sempat mereka memulakan langkah, satu bunyi hentakan kedengaran. Lya dan Kara saling berpandangan. Anne! Mereka memusingkan badan. Kelihatan Anne memegang bahunya yang dilanggar oleh seseorang. Dan seseorang itu amat dikenali oleh Kara.

'Mamat ni lagi. Minggu lepas berlanggar dengan aku. Lepas tu muncul dengan tiba-tiba masa tengah sibuk berborak dengan Lya. Hari ni berlanggar dengan Anne pula. Apa kes ni?' soalnya di dalam hati. Lya segera membantu Anne berdiri.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja," kata lelaki itu kepada Anne. Anne ingin mengatakan sesuatu tetapi Kara cepat-cepat mencelah.

"Awak lagi. Minggu lepas muka awak. Tiga hari lepas muka awak jugak. Hari ni pun awak muncul lagi. Awak ni siapa sebenarnya?" Lya menyiku tangan Kara. Ada ke patut Kara tanya soalan yang pelik macam tu. Langsung bukan Kara, kata Lya di dalam hati.

"Nama saya Shin. By the way, sorry about last week. Saya pergi dulu," kata Shin lantas meninggalkan mereka bertiga sambil matanya memandang Anne. Anne turut melakukan perkara yang sama kepadanya. Kara ingin menghalang Shin dari beredar tetapi Lya cepat-cepat menarik tangan Kara.

"It's not worth it," kata Lya sambil menggelengkan kepalanya. Kara mendengus. Entah mengapa dia begitu marah pada Shin. Segera dipusingkan badannya menghadap Anne.

"Awak ok?" Anne tersenyum lalu mengangguk. Dia minta izin untuk ke tandas.

"Firstly, kenapa kau tanya dia soalan macam tu? Kau tahu tak, mamat tu merupakan Ketua Pengawas sekolah kita? Kalau ada orang lain dengar kau cakap macam tu pada dia, tak pasal-pasal kau kena serang dengan peminat dia. Dah lah tampan macam tu. Haih, aku pun terpikat. And what did he mean by last week?" tanya Lya kepada Kara. Kara tergelak panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan Lya kepadanya. Apabila tawanya sudah reda, dia menceritakan satu persatu. Kara juga menceritakan tentang kejutan elektrik yang diterimanya dari Shin.

"Dah, jom kita makan. Saya lapar lah," kata Anne setelah keluar dari tandas. Lya dan Kara mengangguk. Mereka mula melangkah.

'Tak lama lagi Kara. Tak lama lagi,' kata Anne di dalam hati.

***



Shin melangkah malas menuju ke biliknya. Seharian di sekolah menyiapkan segala tesis a.k.a kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya benar-benar membuatkan otaknya terasa letih. Mahu sahaja dia terbongkang di atas katil sambil matanya memandang ke siling tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Dia mahu berehat sepuasnya.

Baru sahaja dia merebahkan badan, pintu biliknya diketuk. Dengan berat hati dia melangkah ke pintu. Dipulasnya tombol pintu itu. Kelihatan Puan Exora berdiri di luar biliknya dengan pakaian yang agak elegan. Shin memberikan satu senyuman kepadanya.

"Shin, kamu pasti belum makan kan. Mari turun makan dengan saya. Ada tetamu istimewa yang ingin saya perkenalkan kepada kamu," kata Puan Exora.

'Tetamu istimewa? Ada kena mengena dengan aku ke?' tanya Shin di dalam hati. Oleh kerana bukan gayanya menghampakan orang lain, dia terima sahaja pelawaan Puan Exora itu.

"Baiklah. Beri saya masa lima minit. Nanti saya turun."

***

"Mana budaknya Exora?" tanya seorang wanita sebaik sahaja Puan Exora mengambil tempatnya di meja makan. Dia mengangkat tangannya lantas menunjukkan kelima-lima jarinya menandakan Shin akan turun dalam masa lima minit lagi.

Lima minit berlalu. Kelihatan Shin menuruni anak tangga. Walaupun hanya memakai kemeja T berwarna putih, dia masih kelihatan begitu tampan. Sesiapa yang memandang pasti akan terpikat. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan Puan Exora.

"Shin, kenalkan. Ini Puan Clara Angelmist, kakak saya. Yang comel ini pula Kara Angelmist, satu-satunya buah hati dalam keluarga kami." Shin tersenyum lantas menundukkan wajah tanda hormat.

'Auntie Exora ni biar betul. Takkan lah mamat ni yang dimaksudkan. Huh, sabar Kara. Jangan buat muka tension. Lupakan hal pagi tadi. Jangan spoilkan makan malam ni.'

"Jadi, inilah Shin. Banyak cerita tentang kamu yang saya dengar dari Exora. Apa-apa pun, jemput makan Shin. Kara pun makan juga. Mama tahu mesti Kara dah lapar kan."

"Mama ni macam tahu-tahu je perut Kara dah buat konsert." Puan Clara memandang anaknya. Terukir senyuman di bibirnya. Ah! Kara, kalaulah Kara tahu perkara yang sebenarnya.

***

Usai menjamu selera, Shin mula melangkah menuju ke ruang tamu. Puan Clara dan Puan Exora yang sudah seminit menunggu Shin di ruang tamu segera memulakan perbualan.

"Kara, tolong Auntie basuh pinggan di dapur," kata Puan Exora. Dia tidak mahu Kara mendengar perbualan mereka yang padanya bukan masanya untuk Kara mengetahui apa yang diperbualkan oleh mereka.

"Ok." Kara mula melangkahkan kakinya untuk ke ruang dapur. Apabila Kara hilang sahaja daripada pandangan mereka, mereka terus memulakan perbualan mereka.
"Kami perlukan bantuan kamu, Shin."

4 comments:

Anonymous said...

hehehe...best2... sambung cepat yew... x sabo nak tunggu next n3...

AMEERA

Jims said...

kekemasan ditahap yang memuaskan. tahniah dapat menyiapkan TWINS di bab yang ke 4. :)

ps. jika ok itu ditulis dalam bentuk okey (meskipun sama sebutan tapi beza ejaan) mungkin lagi baik kut? :D

baik, itu saja!

intrigue said...

terima kasih abg jims..
saya akan perbaiki dari semasa ke semasa..

Kak Izz said...

Sakura,

Baru = just
Baharu = New

Cikgu Ruby lantas memanggil pelajar *baru* yang berdiri di luar kelas. Cikgu Ruby menyuruhnya memperkenalkan diri.

Jadi penggunaan yg tepat dlm ayat ini ialah 'baharu'.Pelajar baharu.

Tdk digalakkan merojakkan bahasa dlm penulisan naratif. Jika dialog, diampunkan...kut. Hahaha...undang-undang ini terpulang kpd rumah penerbitan masing-masing.

Memang 100% perfect.
Tulislah, seratus-peratus sempurna.

Jika hendak menggunakan dialog bahasa asing, sila condongkan (italic) ayat tersebut.

'Oleh kerana', salah, perlu digantikan dengan 'oleh sebab'.

'Oleh' dan 'kerana', kedua-duanya kata sendi nama dan tidak digunakan serentak.

Menarik cerita ni. Sambung cepat ya. Kak Izz tak sabar nak tau siapa Shin. Teringat pula dengan Shin Princess Hour...hahaha