Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, December 3, 2012

Revenge 15 : Scary Environment (part 1)




Revenge 15 : Scary Environment (part 1)


“Vellina!!!” Vanessa terdengar namanya di teriak kuat. Dia memandang belakang dan terkejut. Dia dapat menangkap senyum jahat yang terukir di bibir Danny apabila terpandang Argon yang sudah tiada nyawa.

“Vellina! Apa yang kau buat? Kau bunuh Argon?” Tiara menyoal bertalu-talu. Monica masih memandang Argon dengan pandangan yang mengerikan. Danny yang berdiri di belakang Tiara memandang tajam ke arah Vanessa.

Crystal Shoot!”  Vanessa tanpa berfikir panjang melepaskan panahan kristal ke arah Danny. Danny melompat ke tepi.

“Vellina!! Apa yang kau hendak buat?! Kenapa kau nak bunuh Danny?! Tak cukup ke kau bunuh Argon?!” Hambur Tiara dengan muka yang garang.

Vanessa tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Tiara dia terus menyerang Danny dan Danny terus menangkis serangannya. “Vellina! Apa yang awak buat ni? Kenapa awak nak bunuh saya? Kawan awak sendiri!” Danny akhirnya bersuara. Monica dan Tiara masih berdiam diri di tempatnya.

Vanessa tergelak kecil, “Kau kawan aku? Kau Danny?” Soal Vanessa dengan sinis.

“Ya, aku Danny. Kawan kau.” Jawab Danny dengan muka yang serius.

“Kau gila ke apa Vellina?! Dia Danny! Kawan kita! Kau dah lupa ke?!” Teriak Tiara. Monica masih belum mengeluarkan suara.

“Kau penipu!” Tepat jari telunjuk Vanessa menunjuk ke arah Danny. “Kau bukan Danny! Kau penipu, pembohong! Mana Danny?!” Vanessa menyoal bengang. Dia tahu itu bukan Danny. Dia kenal Danny walaupun baru beberapa bulan.

“Aku Dannylah Vellina. Kalau aku bukan Danny siapa aku?” Danny menyakinkan Vanessa. Vanessa memandang tajam ke mata Danny. Danny membalas pandangan tersebut.

Fire Shoot!” Lagi sekali Vanessa menyerang Danny.

“Vellina!!” Kali ini Monica berteriak.

“Kau bukan Danny! Aku kenal siapa Danny. Danny bukan macam kau!” Hambur Vanessa. Danny ketawa dengan tiba-tiba. Monica dan Tiara naik hairan.

“Aku tak sangka kau hebat Vellina. Kau boleh tahu aku bukan Danny. Tak macam tiga orang kawan kau tu. Hebat, memang hebat.” Danny tepuk tangan perlahan. Dia berjalan ke tempat Argon dan mencangkung di hadapan Argon.

“Dan aku nak ucapkan terima kasih kerana membunuh Argon.” Sambung Danny lagi sekali. Dalam pada masa yang sama dia menelentangkan Argon dan membuka kolar baju Argon. Matanya terbeliak.

“Kenapa? Cari rantai ni ke?” Vanessa dengan pantas bertanya. Rantai yang berada di tangannya di pusing-pusingkan. Danny ketap bibir.

“Jadi, kau bunuh dia sebab kau nak rantai tu?” Soal Danny.

“Sebelum tu, siapa kau?” Vanessa bertanya. Danny tarik senyum jahat.

“Kau rasa?” Danny mula berteka-teki.

“Aku rasa kau ialah Frank. Tak Frank, Henry.” Teka Vanessa. Kali ini Danny tepuk tangan dengan begitu kuat.

“Aku tak sangka kau boleh teka Vellina. Tekaan pertama kau yang betul. Tetapi tekaan kedua kau tu salah.” Vanessa senyum sinis.

“Jadi kau Frank? Aku tak sangka tekaan aku tu betul.” Vanessa berhenti sesaat. Dia baru hendak membuka mulut apabila satu panahan kilat meluncur ke arah Frank. Vanessa pandang belakang. Monica dan Tiara menyerang Frank bertalu-talu.

Frank mengelak setiap serangan. Akhirnya dia bertindak dengan membuat lighting time!. Satu serangan yang boleh membuatkan musuh mendiamkan diri selama beberapa minit. Pada masa musuh sudah mendiamkan diri, orang yang mengenakan lighting time itu boleh menamatkan riwayat musuhnya. Vanessa dengan pantasnya bertindak. Dia membuat crystal blow dan water cycle pada Frank. Frank menghayun tangannya dan kristal tersebut jatuh ke bawah. Air yang membuat lingkaran mengelilingi Frank juga turut jatuh membasahi lantai.

“Pulangkan Danny!” Teriak Monica dengan kuat sekali selepas mereka semua mendiamkan diri.

“Kenapa aku perlu pulang Danny?” Frank menyoal dengan wajah yang bosan.

“Baik kau pulangkan Danny, kalau tak ...”

“Kalau tak apa? Kau nak bunuh aku? Boleh ke? Kau tu lemah. Sama macam kawan-kawan kau.” Frank memotong percakapan Monica. Ayat terakhir yang disebutnya cukup sinis sekali.

“Tsk,” Vanessa sudah mula mengeluarkan trademark bunyinya. “Kau silap Frank. Bukan Monica yang akan bunuh kau. Tapi aku.” Frank pandang Vanessa sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Argon dan kemudian dia memandang Vanessa semula.

“Aku yakin kau boleh bunuh aku sebab aku tahu kau bukan sebarangan orang, bukan? Kalau kau berjaya bunuh Argon, tak mustahil kau boleh bunuh aku. Tapi aku bagi kau amaran awal-awal. Aku tak nak berperang. Tapi kalau kau tak serahkan rantai tu, aku rasa kau tahu apa yang akan terjadi.”

“Sebelum tu, aku nak suarakan kemusykilan aku. Aku rasa kau juga bukan Vellina. Vellina bodoh, lemah dan budak yang sangat-sangat baik. Tapi kau? Kau sebaliknya.” Sambung Frank dengan nada ingin tahu.

“Kau memang pandai. Baru beberapa hari pindah dah tahu pasal aku. Dan kau juga tersangatlah pandai apabila kau kata aku bukan Vellina. Dengan senang hati aku kata, aku bukan Vellina.” Selepas habis berkata-kata.

What?!” Monica dan Tiara menjerit serentak.

“Kau orang, kau orang...” Monica sudah hendak menangis.

“Mana Vellina? Mana Danny?! Mana kau orang nyorokkan dia orang?!” Tempik Tiara. Dia sudah berundur ke belakang. “Mana Danny?! Mana Vellina?!” Tiara bertempik seperti orang hilang akal. “Kau orang, kau orang...” Tiara tergagap-gagap.

“Argon!!” Tiba-tiba, satu suara kedengaran. Semua yang berada di situ mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut. Slyer sedang berdiri dengan ekspirasi muka yang terkejut. “Apa yang terjadi? Siapa bunuh Argon?” Soal Slyer. Matanya buntang memandang Argon yang sudah terkulai layu.

“Slyer! Dia orang bukan kawan kita! Dia orang bukan Danny mahupun Vellina. Dia orang  penyamar! Pembohong!” Monica menjerit sekuat hati. Slyer mengalihkan pandangan ke arah Vanessa dan Danny.

“Slyer, budak yang menyamar sebagai Vellina tu yang bunuh Argon. Dia bunuh Argon. Budak yang menyamar sebagai Danny pula hendak bunuh kami! Dia orang bukan kawan kita!” Monica berteriak lagi.

“Kau orang senyap!” Frank melibas tangannya ke tepi. Tiara dan Monica melayang. Vanessa ketap bibir melihat kejadian tersebut.

“Kau jangan usik kawan-kawan aku Frank. Kau lawan aku. Aku lawan kau. Bukan dia orang!” Hambur Vanessa. Slyer memandang Tiara dan Monica dan mengalihkan pandangan ke arah Vanessa. Dia masih susah hendak mempercayai kata-kata Monica dan Tiara mengenai Vellina. Jika mereka mengatakan Danny yang berada di dalam bilik itu sebagai penyamar, dia percaya kerana Danny yang melibas Tiara dan Monica. Tetapi Vellina? Dia mempertahankan Tiara dan Monica.

Tiara dan Monica bangun dari tempatnya. Mereka menahan rasa sakit yang menjalar ke tubuh mereka. “Slyer, kau lawan dengan Frank. Biar kita orang lawan dengan Vellina si penipu.” Tiara memberi arahan.

“Hei! Kau siapa nak tentukan dengan siapa aku nak berlawan? Aku nak lawan dengan budak ni, bukan dengan kau orang semua!” Bentak Frank. Tangannya menunjuk ke arah Vanessa.

“Tiara! Aku bukan nak lawan dengan kau orang! Aku nak lawan Frank aje. Dia boleh membunuh kita semua! Dia boleh bunuh kau!” Vanessa tidak membenarkan Frank berlawan dengan Slyer. Dia juga tidak mahu berlawan dengan kawannya.

“Kau pun boleh bunuh kita orang! Kau bukan kawan kita orang! Kau pembohong!” Jerkah Tiara dengan mata yang sudah memerah. Sedih barangkali ataupun terlampau marah.

“Aku kawan kau Tiara! Aku Vellina! Tapi aku bukan Vellina! Aku tak tahu macam mana nak terangkan! Monica! Kau percaya bukan?” Vanessa cuba meraih keyakinan Monica dan Tiara. Monica geleng kepala.

“Hei! Sudah-sudah. Mari kita berlawan Vellina. Aku tak sabar nak bunuh kau.” Frank sudah mula meletup-letupkan jarinya.

“Slyer! Lawan dengan Frank sekarang!” Jerit Tiara. Slyer tanpa berlengah melawan Frank. Vanessa tergamam. Tetapi dia cepat menyedarkan dirinya. Pandangan di kalih ke arah Tiara dan Monica.

“Aku tak nak berlawan dengan kau orang berdua. Aku tak akan berlawan dengan kawan aku sendiri. Aku tak akan mencederakan kawan aku.” Vanessa berkata dengan tegas.

“Masalahnya sekarang, kau bukan kawan kita orang!” Dan sepantas kilat Tiara mula membuka langkah. Vanessa juga mula memasang pertahanan. Dia tidak akan sesekali menyerang kawannya itu. Tetapi jika keadaan terlalu memaksa mungkin dia terpaksa mencederakan kawannya itu.

Explode, Explode, Explode!” Tiara juga untuk membuat letupan yang besar pada Vanessa. Monica pula melontarkan Darkest heart ke arah Vanessa dari atas. Jika seseorang terkena Darkest heart, ia boleh membuatkan seseorang itu terasa hidupnya akan mati dan akan mendiamkan diri supaya dibunuh. Vanessa pantas mengelak kedua-dua serangan tersebut. Vanessa mula terfikir sesuatu.

Sleeping Fairy Powder!” Tidak semena-mena, muncul sparkle di sekelliling tubuh Vanessa. Monica yang melihat keadaan itu menjerit kepada Tiara.

“Tiara, jaga-jaga! Sparkle di sekelilingnya boleh membuatkan orang tidur jika terhidu baunya! Kau juga kena mengelak jika dia cuba taburkan Sleeping Fairy Powder ke arah kau! Jangan terkena pada badan kau!” Monica menjerit lantang. Monica masih merenung Vellina dengan rasa yang tidak percaya. Tidak semua orang boleh membuat begitu. Hanya segelintir sahaja dari Fairy Kingdom yang boleh berbegitu.

“Kau berasal dari mana Vellina? Fairy Kingdom!?” Soal Monica. Tiara sudah berhenti menyerang apabila Monica menjerit padanya.

“Ya. Aku dari Fairy Kingdom. Sorry sebab tak bagi tahu.” Vanessa diam sesaat. “Dan aku nak minta maaf sebab terpaksa kurung kau orang.” Serentak itu, Vanessa berlari ke arah Monica dan Tiara dan melompat ke atas. Tangannya dengan cekap menaburkan serbuk tersebut tepat pada Monica dan Tiara. Monica dan Tiara yang tergamam tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka berasa mengantuk dan terus terjatuh. Vanessa tanpa berfikir panjang membuat kurungan pada mereka berdua.

              “Crystal Wall, Up! Water Spiral Right, Go! Fire Spiral Left, Go!” Vanessa membuat satu kurungan yang besar daripada kristal dan di luar kristal tersebut dilingkari air dan api. Akhir sekali Vanessa menghembus, serbuk fairy yang biasa. Serbuk tersebut boleh membuat orang gembira jika berada di dalam bulatan serbuk tersebut. Vanessa tersenyum lega. Dia tidak payah risau akan dua orang kawannya kerana mereka sudah dikurung dengan selamat.

“Aaarrrggggghhhhh.....” Vanessa berpaling ke belakang. Dia lihat Slyer sudah terduduk. Darah keluar dari lengannya. Dia memegang erat lengannya yang tercedera itu. Vanessa pandang Frank. Frank menghalakan tangannya ke arah Slyer. Bibirnya mengukirkan senyuman yang jahat sekali. Vanessa melibas tangannya ke arah Frank dengan pantasnya. Frank terlontar ke belakang dan menghentam dinding. Retak seribu dinding tersebut. Vanessa berlari ke arah Slyer. Dia mengeluarkan serbuk kristal yang dulunya digunakan semasa dia tercedera di dalam hutan Lakelion. Slyer hanya membiarkan Vellina buat begitu. Dia masih percaya bahawa dihadapannya itu Vellina bukan orang lain.

----------------------------------------------------------------------------------

p/s : Heyya semua... Okay ke tak? Nak buat gambaran pasal kurungan besar yang Vanessa buat tapi tak taw nak lukis mcm mana. Korang pikir sendiri mcm eh.. Sungguh taktaw nak bagitaw mcm mne lagi. Dalam kepala hotak je nampak bentuk kurungan tu. Hahhaha...

Mungkin akan post seminggu satu entry. Insya-Allah. Revenge 18 dalam proses. Rasanya Revenge 18 paling panjang untuk satu chapter sebab gabungkan 2 chapter dalam tu. 

Apa-apa pun thank for membaca cerita nih. *bow*

3 comments:

Unknown said...

argon 2 mmg dh mati ke?? klo argon btl sygkn velina.. cian kt dia..

Anonymous said...

wahhhh sgt best kalo 1 minggu satu entry.....thanksss dear..keep it up...always wait new entry

Anonymous said...

wahhhh sgt best kalo 1 minggu satu entry.....thanksss dear..keep it up...always wait new entry