Revenge 15 : Scary Environment (part 1)
“Vellina!!!” Vanessa terdengar namanya di teriak kuat. Dia
memandang belakang dan terkejut. Dia dapat menangkap senyum jahat yang terukir
di bibir Danny apabila terpandang Argon yang sudah tiada nyawa.
“Vellina! Apa yang kau buat? Kau bunuh Argon?” Tiara
menyoal bertalu-talu. Monica masih memandang Argon dengan pandangan yang mengerikan.
Danny yang berdiri di belakang Tiara memandang tajam ke arah Vanessa.
“Crystal Shoot!”
Vanessa tanpa berfikir panjang melepaskan panahan kristal ke arah Danny.
Danny melompat ke tepi.
“Vellina!! Apa yang kau hendak buat?! Kenapa kau nak bunuh
Danny?! Tak cukup ke kau bunuh Argon?!” Hambur Tiara dengan muka yang garang.
Vanessa tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Tiara dia
terus menyerang Danny dan Danny terus menangkis serangannya. “Vellina! Apa yang
awak buat ni? Kenapa awak nak bunuh saya? Kawan awak sendiri!” Danny akhirnya
bersuara. Monica dan Tiara masih berdiam diri di tempatnya.
Vanessa tergelak kecil, “Kau kawan aku? Kau Danny?” Soal Vanessa
dengan sinis.
“Ya, aku Danny. Kawan kau.” Jawab Danny dengan muka yang
serius.
“Kau gila ke apa Vellina?! Dia Danny! Kawan kita! Kau dah
lupa ke?!” Teriak Tiara. Monica masih belum mengeluarkan suara.
“Kau penipu!” Tepat jari telunjuk Vanessa menunjuk ke
arah Danny. “Kau bukan Danny! Kau penipu, pembohong! Mana Danny?!” Vanessa
menyoal bengang. Dia tahu itu bukan Danny. Dia kenal Danny walaupun baru
beberapa bulan.
“Aku Dannylah Vellina. Kalau aku bukan Danny siapa aku?”
Danny menyakinkan Vanessa. Vanessa memandang tajam ke mata Danny. Danny
membalas pandangan tersebut.
“Fire Shoot!” Lagi sekali Vanessa menyerang Danny.
“Vellina!!” Kali ini Monica berteriak.
“Kau bukan Danny! Aku kenal siapa Danny. Danny bukan
macam kau!” Hambur Vanessa. Danny ketawa dengan tiba-tiba. Monica dan Tiara
naik hairan.
“Aku tak sangka kau hebat Vellina. Kau boleh tahu aku
bukan Danny. Tak macam tiga orang kawan kau tu. Hebat, memang hebat.” Danny
tepuk tangan perlahan. Dia berjalan ke tempat Argon dan mencangkung di hadapan Argon.
“Dan aku nak ucapkan terima kasih kerana membunuh Argon.” Sambung Danny
lagi sekali. Dalam pada masa yang sama dia menelentangkan Argon dan membuka
kolar baju Argon. Matanya terbeliak.
“Kenapa? Cari rantai ni ke?” Vanessa dengan pantas
bertanya. Rantai yang berada di tangannya di pusing-pusingkan. Danny ketap
bibir.
“Jadi, kau bunuh dia sebab kau nak rantai tu?” Soal
Danny.
“Sebelum tu, siapa kau?” Vanessa bertanya. Danny tarik
senyum jahat.
“Kau rasa?” Danny mula berteka-teki.
“Aku rasa kau ialah Frank. Tak Frank, Henry.” Teka Vanessa.
Kali ini Danny tepuk tangan dengan begitu kuat.
“Aku tak sangka kau boleh teka Vellina. Tekaan pertama
kau yang betul. Tetapi tekaan kedua kau tu salah.” Vanessa senyum sinis.
“Jadi kau Frank? Aku tak sangka tekaan aku tu betul.” Vanessa
berhenti sesaat. Dia baru hendak membuka mulut apabila satu panahan kilat
meluncur ke arah Frank. Vanessa pandang belakang. Monica dan Tiara menyerang
Frank bertalu-talu.
Frank mengelak setiap serangan. Akhirnya dia bertindak
dengan membuat lighting time!. Satu serangan yang boleh membuatkan musuh
mendiamkan diri selama beberapa minit. Pada masa musuh sudah mendiamkan diri,
orang yang mengenakan lighting time itu boleh menamatkan riwayat
musuhnya. Vanessa dengan pantasnya bertindak. Dia membuat crystal blow
dan water cycle pada Frank. Frank menghayun tangannya dan kristal
tersebut jatuh ke bawah. Air yang membuat lingkaran mengelilingi Frank juga
turut jatuh membasahi lantai.
“Pulangkan Danny!” Teriak Monica dengan kuat sekali
selepas mereka semua mendiamkan diri.
“Kenapa aku perlu pulang Danny?” Frank menyoal dengan
wajah yang bosan.
“Baik kau pulangkan Danny, kalau tak ...”
“Kalau tak apa? Kau nak bunuh aku? Boleh ke? Kau tu
lemah. Sama macam kawan-kawan kau.” Frank memotong percakapan Monica. Ayat
terakhir yang disebutnya cukup sinis sekali.
“Tsk,” Vanessa sudah mula mengeluarkan trademark
bunyinya. “Kau silap Frank. Bukan Monica yang akan bunuh kau. Tapi aku.” Frank
pandang Vanessa sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Argon dan kemudian dia
memandang Vanessa semula.
“Aku yakin kau boleh bunuh aku sebab aku tahu kau bukan
sebarangan orang, bukan? Kalau kau berjaya bunuh Argon, tak mustahil kau boleh
bunuh aku. Tapi aku bagi kau amaran awal-awal. Aku tak nak berperang. Tapi
kalau kau tak serahkan rantai tu, aku rasa kau tahu apa yang akan terjadi.”
“Sebelum tu, aku nak suarakan kemusykilan aku. Aku rasa
kau juga bukan Vellina. Vellina bodoh, lemah dan budak yang sangat-sangat baik.
Tapi kau? Kau sebaliknya.” Sambung Frank dengan nada ingin tahu.
“Kau memang pandai. Baru beberapa hari pindah dah tahu
pasal aku. Dan kau juga tersangatlah pandai apabila kau kata aku bukan Vellina.
Dengan senang hati aku kata, aku bukan Vellina.” Selepas habis berkata-kata.
“What?!” Monica dan Tiara menjerit serentak.
“Kau orang, kau orang...” Monica sudah hendak menangis.
“Mana Vellina? Mana Danny?! Mana kau orang nyorokkan dia
orang?!” Tempik Tiara. Dia sudah berundur ke belakang. “Mana Danny?! Mana Vellina?!”
Tiara bertempik seperti orang hilang akal. “Kau orang, kau orang...” Tiara
tergagap-gagap.
“Argon!!” Tiba-tiba, satu suara kedengaran. Semua yang
berada di situ mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut. Slyer sedang
berdiri dengan ekspirasi muka yang terkejut. “Apa yang terjadi? Siapa bunuh
Argon?” Soal Slyer. Matanya buntang memandang Argon yang sudah terkulai layu.
“Slyer! Dia orang bukan kawan kita! Dia orang bukan Danny
mahupun Vellina. Dia orang penyamar!
Pembohong!” Monica menjerit sekuat hati. Slyer mengalihkan pandangan ke arah Vanessa
dan Danny.
“Slyer, budak yang menyamar sebagai Vellina tu yang bunuh
Argon. Dia bunuh Argon. Budak yang menyamar sebagai Danny pula hendak bunuh
kami! Dia orang bukan kawan kita!” Monica berteriak lagi.
“Kau orang senyap!” Frank melibas tangannya ke tepi.
Tiara dan Monica melayang. Vanessa ketap bibir melihat kejadian tersebut.
“Kau jangan usik kawan-kawan aku Frank. Kau lawan aku.
Aku lawan kau. Bukan dia orang!” Hambur Vanessa. Slyer memandang Tiara dan
Monica dan mengalihkan pandangan ke arah Vanessa. Dia masih susah hendak
mempercayai kata-kata Monica dan Tiara mengenai Vellina. Jika mereka mengatakan
Danny yang berada di dalam bilik itu sebagai penyamar, dia percaya kerana Danny
yang melibas Tiara dan Monica. Tetapi Vellina? Dia mempertahankan Tiara dan
Monica.
Tiara dan Monica bangun dari tempatnya. Mereka menahan
rasa sakit yang menjalar ke tubuh mereka. “Slyer, kau lawan dengan Frank. Biar
kita orang lawan dengan Vellina si penipu.” Tiara memberi arahan.
“Hei! Kau siapa nak tentukan dengan siapa aku nak
berlawan? Aku nak lawan dengan budak ni, bukan dengan kau orang semua!” Bentak
Frank. Tangannya menunjuk ke arah Vanessa.
“Tiara! Aku bukan nak lawan dengan kau orang! Aku nak
lawan Frank aje. Dia boleh membunuh kita semua! Dia boleh bunuh kau!” Vanessa
tidak membenarkan Frank berlawan dengan Slyer. Dia juga tidak mahu berlawan
dengan kawannya.
“Kau pun boleh bunuh kita orang! Kau bukan kawan kita
orang! Kau pembohong!” Jerkah Tiara dengan mata yang sudah memerah. Sedih
barangkali ataupun terlampau marah.
“Aku kawan kau Tiara! Aku Vellina! Tapi aku bukan Vellina!
Aku tak tahu macam mana nak terangkan! Monica! Kau percaya bukan?” Vanessa cuba
meraih keyakinan Monica dan Tiara. Monica geleng kepala.
“Hei! Sudah-sudah. Mari kita berlawan Vellina. Aku tak
sabar nak bunuh kau.” Frank sudah mula meletup-letupkan jarinya.
“Slyer! Lawan dengan Frank sekarang!” Jerit Tiara. Slyer
tanpa berlengah melawan Frank. Vanessa tergamam. Tetapi dia cepat menyedarkan
dirinya. Pandangan di kalih ke arah Tiara dan Monica.
“Aku tak nak berlawan dengan kau orang berdua. Aku tak
akan berlawan dengan kawan aku sendiri. Aku tak akan mencederakan kawan aku.” Vanessa
berkata dengan tegas.
“Masalahnya sekarang, kau bukan kawan kita orang!” Dan
sepantas kilat Tiara mula membuka langkah. Vanessa juga mula memasang pertahanan.
Dia tidak akan sesekali menyerang kawannya itu. Tetapi jika keadaan terlalu
memaksa mungkin dia terpaksa mencederakan kawannya itu.
“Explode, Explode, Explode!” Tiara juga untuk
membuat letupan yang besar pada Vanessa. Monica pula melontarkan Darkest heart
ke arah Vanessa dari atas. Jika seseorang terkena Darkest heart, ia
boleh membuatkan seseorang itu terasa hidupnya akan mati dan akan mendiamkan
diri supaya dibunuh. Vanessa pantas mengelak kedua-dua serangan tersebut. Vanessa
mula terfikir sesuatu.
“Sleeping Fairy Powder!” Tidak semena-mena, muncul
sparkle di sekelliling tubuh Vanessa. Monica yang melihat keadaan itu
menjerit kepada Tiara.
“Tiara, jaga-jaga! Sparkle di sekelilingnya boleh
membuatkan orang tidur jika terhidu baunya! Kau juga kena mengelak jika dia
cuba taburkan Sleeping Fairy Powder ke arah kau! Jangan terkena pada
badan kau!” Monica menjerit lantang. Monica masih merenung Vellina dengan rasa
yang tidak percaya. Tidak semua orang boleh membuat begitu. Hanya segelintir
sahaja dari Fairy Kingdom yang boleh berbegitu.
“Kau berasal dari mana Vellina? Fairy Kingdom!?” Soal
Monica. Tiara sudah berhenti menyerang apabila Monica menjerit padanya.
“Ya. Aku dari Fairy Kingdom. Sorry sebab tak bagi
tahu.” Vanessa
diam sesaat. “Dan aku nak minta maaf sebab terpaksa kurung kau orang.” Serentak
itu, Vanessa berlari ke arah Monica dan Tiara dan melompat ke atas. Tangannya
dengan cekap menaburkan serbuk tersebut tepat pada Monica dan Tiara. Monica dan
Tiara yang tergamam tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka berasa mengantuk dan
terus terjatuh. Vanessa tanpa berfikir panjang membuat kurungan pada mereka
berdua.
“Crystal Wall, Up! Water Spiral
Right, Go! Fire Spiral Left, Go!” Vanessa membuat satu kurungan yang besar daripada
kristal dan di luar kristal tersebut dilingkari air dan api. Akhir sekali Vanessa
menghembus, serbuk fairy yang biasa. Serbuk tersebut boleh membuat orang
gembira jika berada di dalam bulatan serbuk tersebut. Vanessa tersenyum lega.
Dia tidak payah risau akan dua orang kawannya kerana mereka sudah dikurung
dengan selamat.
“Aaarrrggggghhhhh.....” Vanessa berpaling ke belakang. Dia lihat Slyer sudah terduduk. Darah keluar dari lengannya. Dia
memegang erat lengannya yang tercedera itu. Vanessa pandang Frank. Frank
menghalakan tangannya ke arah Slyer. Bibirnya mengukirkan senyuman yang jahat
sekali. Vanessa melibas tangannya ke arah Frank dengan pantasnya. Frank
terlontar ke belakang dan menghentam dinding. Retak seribu dinding tersebut. Vanessa
berlari ke arah Slyer. Dia mengeluarkan serbuk kristal yang dulunya digunakan
semasa dia tercedera di dalam hutan Lakelion. Slyer hanya membiarkan Vellina
buat begitu. Dia masih percaya bahawa dihadapannya itu Vellina bukan orang
lain.
----------------------------------------------------------------------------------
p/s : Heyya semua... Okay ke tak? Nak buat gambaran pasal kurungan besar yang Vanessa buat tapi tak taw nak lukis mcm mana. Korang pikir sendiri mcm eh.. Sungguh taktaw nak bagitaw mcm mne lagi. Dalam kepala hotak je nampak bentuk kurungan tu. Hahhaha...
Mungkin akan post seminggu satu entry. Insya-Allah. Revenge 18 dalam proses. Rasanya Revenge 18 paling panjang untuk satu chapter sebab gabungkan 2 chapter dalam tu.
Apa-apa pun thank for membaca cerita nih. *bow*
3 comments:
argon 2 mmg dh mati ke?? klo argon btl sygkn velina.. cian kt dia..
wahhhh sgt best kalo 1 minggu satu entry.....thanksss dear..keep it up...always wait new entry
wahhhh sgt best kalo 1 minggu satu entry.....thanksss dear..keep it up...always wait new entry
Post a Comment