Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Tuesday, December 11, 2012

Revenge 15 : Scary Environment (part 2)



Revenge 15 : Scary Environment (part 2)



Slyer mengerang kesakitan, Vanessa pegang lengan Slyer dengan kuat sambil menaburkan serbuk kristal tersebut. Slyer cuba bertahan. “Sikit lagi Slyer. Luka kau akan sembuh.” Vanessa cuba menasihati Slyer. Slyer ketap gigi. Frank sudah berada di lantai dan sedang mencangkung. Dia mengelap darah yang mengalir keluar dari celah bibirnya menggunakan ibu jari. Luka Slyer sudah sembuh. Vanessa tarik senyum lega. Dia bangun dari tempat tersebut dan menghadap Frank.

“Siapa kau?” Keras suara Frank bertanya.

“Penting ke?” Vanessa membalas pertanyaan Frank dengan soalan.

“Penting. Sangat-sangat penting. Aku tahu kau bukan Vellina. Kalau kau Vellina, kenapa kau boleh membuat kurungan seperti tu?” Frank menghalakan pandangannya ke arah kurungan yang dibuat oleh Vanessa. Vanessa hanya tersenyum.

“Betul kau nak tahu siapa aku?”

“Betul! Dan aku juga nak tahu kenapa kau ambil rantai tersebut. Apa yang penting sangat rantai tu?”

“Kenapa kau nakkan rantai ni? Mungkin sebab kita sama.”

“Jadi kau dah tahu rahsia kekuataan rantai tu? Aku tak sangka kau boleh tahu. Argon ke yang bagi tahu kau?”

“Tak, bukan Argon yang bagi tahu aku. Aku rapat dengan Argon pun semata-mata rantai ni. Kalau tidak, tak ingin aku rapat dengan dia. Baik aku bunuh dia terus. Tapi aku harus rapatkan diri dengan dia supaya aku dapat rantai ni tanpa perlu aku bunuh dia. Tapi dia tu degil! Tak mahu bagi. Jadi apa pilihan aku selain menamatkan riwayatnya. Lagipun dia juga mahu membunuh aku.” Vanessa menunjukkan rantai yang berada di pegangannya.

“Aku rasa kau silap. Dia nak melindungi kau. Bukan membunuh kau.” Ujar Frank. “Menyesal bila dapat tahu yang dia nak lindungi kau? Tapi apa-apa pun aku tetap berterima kasih sebab bunuh dia.” Sambung Frank dengan sinis.

“Huh! Dia yang bagi tahu aku yang dia nak bunuh aku. Aku tak pernah menyesal sebab bunuh dia.” Balas Vanessa. “Aku juga rasa kau tahu siapa yang dia hendak bunuh.” Sambung Vanessa dengan senyuman sinis.

“Ya, aku tahu dia nak bunuh seseorang. Tapi bukan kau.”

“Orang yang dia nak bunuh tu ialah aku! Kau dah lupa peristiwa 6 tahun lepas? Aku rasa kau tak lupa bukan. Peristiwa tersebut masih segar di ingatan aku. Tak mungkin kau sudah lupa. Kau yang mengetuai The Dark Devils! Kau yang membunuh bonda aku. Dan sekarang aku cuba mengambil hak aku balik. Rantai ni kepunyaan aku. Bukan kau! Bukan Argon! Kau orang yang ambil rantai ni dari ayahanda aku!” Frank tersentak sebelum senyumannya bertukar menjadi sinis. Slyer juga masih tidak faham apa yang berlaku. Monica dan Tiara sudah bangun dari tidurnya.

“Jadi, kau ialah Vanessa? Hhahahhaa.... Aku tak sangka. Sungguh aku tak sangka yang kita akan berjumpa. Sebelum tu, kau nak tahu tak yang bonda kau masih hidup cuma dia sudah tiada semangat hendak hidup. Pagi, siang dan malam. Nama Vanessa sering di sebutnya. Begitu juga nama Zella. Sedih bukan?” Vanessa ketap gigi mendengar kata-kata Frank. Bondanya masih hidup! Bondanya memanggil namanya dan adiknya!

“Kau! Mana kau nyorokkan bonda aku?!” Tempik Vanessa garang. Dadanya berombak-ombak apabila Frank menyebut perihal bondanya. Vanessa melepaskan tembakan kristal bertalu-talu. Semuanya tidak terkena sasaran. Dia tidak dapat fokus.

“Kenapa ni? Tak dapat fokus bila dengar cerita pasal bonda kau yang menyayat hati tu? Kesian...” Frank sengaja melemparkan minyak ke dalam api yang panas. Tiba-tiba Vanessa menjerit dengan begitu kuat sekali. Kurungannya terpecah. Monica dan Tiara cepat-cepat berlari ke arah Slyer.

“Kau.. kau pulangkan bonda aku!” Jerit Vanessa. Matanya merah menahan marah dan rasa sedih yang mencengkam ke lubuk hatinya.

Monica dan Tiara menyerang Frank bertalu-talu. Vanessa terduduk. Air mata mula menghiasi pandangannya. Rasa sedih menjalar ke dalam hatinya. Dia menggeleng kepalanya. Frank ketawa besar sambil mengelak serangan Tiara dan Monica. Air mata jatuh ke lantai akhirnya. Vanessa terbayang wajah bondanya, wajah ayahandanya dan wajah adiknya. Esakan kecil mula kedengaran. Slyer menggosok belakang Vanessa untuk menenangkannya.

“Pulangkan bonda aku!!!!” Vanessa menekup kedua-dua belah telinganya. Dia sudah tidak tahan lagi. Walau setabah mana hatinya. Walau sekuat mana dia cuba melupakan bondanya dan keluarganya, akhirnya dia tewas.

Tiara dan Monica tercampak jauh apabila Frank melibaskan tangannya. Slyer dengan pantas melibas tangannya ke arah Frank. Frank tercampak buat kali kedua. Tiara dan Monica dengan pantas bangun dan mula menyerang Frank. Salah satu Kristal yang dilontarkan oleh Tiara terkena pada lengan Frank. Tiara senyum puas. Monica juga begitu.

“Vellina!!!!” Slyer menjerit. Tiara dan Monica menoleh ke arah Slyer. Vanessa sudah terbaring. Air mata menemaninya. Dia pengsan. Slyer bangun dari tempatnya dan berjalan ke arah Monica dan Tiara. Mereka bertiga berdiri di hadapan Frank.

“Tiga lawan satu? Kita tengok siapa yang menang.” Frank berkata seakan-akan mengejek.

Mereka bertiga mula membuka langkah. Slyer membuat lighting thunder pada Frank manakala Monica membuat fairy light. Tiara pula membuat crystal fire. Serangan yang Slyer buat dan Tiara buat terkena tubuh Frank kerana pertolongan Monica yang membuat fairy light. Fairy light ialah satu cahaya yang menyilaukan pandangan pihak musuh. Manakala crystal fire ialah kristal yang keluar dari api yang mengeliling pihak lawan. Lighting thunder pula seperti panahan kilat yang laju. Frank mengetap bibir menahan rasa sakit. Dia menggenggam penumbuk sehingga ternampak urat-urat di tangannya. Sementara itu, Vanessa yang masih pengsan ......

------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Teringin pergi Pameran Buku dekat KL. Entah bila dapat pergi. Terbayang buku banyak2 kat depan mata. Ohmyyy !!! Nak beli buku banyak2. Dahlah diskaun tinggi2... Best kut kalau dapat pergi. Terpesona dengan semua buku dekat situ. Lautan buku mmg awesome !

Oh, btw, trimass for the comments..
 *Kq eija* - Argon mmg mati dah. Tp bila akq ckp mcm tu ingat nak edit cerita nie balik lepas siap habis. Insya-Allah.

*Anon* - welcome and thnx reading.. *bow*

*Silent Reader* - Tak tawlah ada wujud ke tak.. but thnx cuz reading this story 

Chiaooo....

2 comments:

eija said...

btl2 edit blik ye.. suka klo argon jd hero...

Anonymous said...

heheheheh thanks again dear sb update new entry lg...dh lame tunggu crita nieeeeee...love it... ^________^