Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, May 2, 2012

Phase 13: For The Sake Of Revenge

Phase 13 : For The Sake Of Revenge

            “AKU setuju!” ujar Morgan keras.
            “Morgan dah gila?” jerit  Permaisuri Flora, hampir terkeluar anak tekaknya. Morgan sudah hilang akal barang kali. Mereka berurusan dengan syaitan bukan dengan manusia!
            “Kalau Morgan berlawan dengan seorang manusia, bonda sanggup melepaskan Morgan tapi syaitan bukan tandingan Morgan! Fikir baik-baik, sayang,” Permaisuri Flora seakan memujuk. Benar, perutnya terasa hendak meletup apabila mendengar puterinya itu menerima tawaran Katana.
            “Kanda, tolong nasihatkan puteri kita ni. Sangat bahaya kalau dia menjadi umpan untuk menghalau syaitan tu. Ada kemungkinan yang dia bakal kehilangan nyawanya! Kanda, tolonglah,” rayu Permaisuri Flora. Air matanya sudah bergenang memikirkan yang dia mungkin akan kehilangan seorang lagi anaknya.
            “Katana, tiadakah cara lain untuk mengumpan syaitan itu keluar dari Dunia Orang Mati?” soal Raja Arcana pula.
            “Saya takut, tiada apa-apa yang dapat kita lakukan selain ini. Jika kita tidak menghalau syaitan ini keluar, maka Dunia Orang Mati akan musnah dan semua yang mati akan berkeliaran didunia manusia. Mungkin, saya, dan kita semua akan mati disini,”
            Permaisuri Flora sudah menelan air liur mendengar kata-kata Katana. Wanita itu menoleh kearah puterinya Morgan.
            “Morgan….” Sebutnya perlahan seakan merayu. Matanya sudah bercahaya, berharap agar anaknya itu faham dengan kehendak hatinya.
            “Bonda, ini saja peluang yang kita ada. Morgan taknak juga korbankan Ayahanda dan Bonda. Jangan risau, Morgan tidak akan mati begitu saja,”
            “Kanda!” Permaisuri Flora beralih pula pada suaminya. Tengan Raja Arcana sudah dipaut keras.
            Raja Arcana mengeluh. “Morgan pasti, ini kemahuan Morgan?”
            “Ya, Ayahanda. Morgan akan membunuh semua syaitan-syaitan yang wujud didunia ini.” Morgan nekad. Walauapapun yang terjadi keatas dirinya, dia tidak akan berhenti sehingga dia berjaya menghapuskan semua syaitan yang keluar dari neraka.  
            “Kalau begitu, ayahanda tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Morgan buatlah apa yang Morgan rasa betul. Tapi pastikan yang Morgan akan selamat.” Raja Arcana sudah memegang kedua-dua tangan Morgan,  memberi sepenuh kepercayaannya kepada gadis itu. Morgan mengangguk dua kali.
            “Kalau Morgan dah bersedia, saya tunggu diluar,” ujar Katana lalu membawa tongkatnya keluar dari rumah kecil itu.
            Morgan memberi pelukan terakhir kepada orang taunya sebelum dia berangkat keluar. Raja Arcana sempat menghantarnya keluar, sementara Permaisuri Flora tidak sanggup pun memandang Morgan berpaling daripadanya.
            “Morgan, ini adalah pemberian terakhir yang dapat saya berikan kepada kau.” Katana mengangkat tapak tangannya,serentak itu timbul sebuah pantulan cahaya berwarna biru dan perlahan-lahan sebuah bola lutsinar sebesar genggaman tapak tangan muncul berpusar diatas tapak tangan tersebut.
            “Apa ni, Katana?”
            “Ini adalah Orb yang akan membawa kau kepada Lady Sarakiel. Selepas saja kau menyentuh Orb ini, Lady Sarakiel akan tahu siapa kau. Tetapi berhati-hati agar syaitan tidak mengesan kewujudan Orb ini kerana, ia penting bagi mereka,” pesan Katana pula.
            Morgan mengangguk faham.
            “Kalau begitu, bagaimana kita harus mengumpan syaitan itu keluar?” Morgan seakan tidak sabar ingin bertarung dengan syaitan itu.
            “Sabr Morgan. Bukan senang untuk mengumpan syaitan bertaraf Q keluar. Tetapi akan ada satu cara untuk mengumpannya,”
            “Bagaimana?”
            “Kita harus menyerang sarang mereka terlebih dahulu, dan bunuh sebanyak yang mungkin anak-anak buahnya,”
            “Baiklah,” jawab Morgan tanpa banyak berfikir lagi.
            “Kalau kau sudah bersedia, pegang tongkat ini,” kata Katana sambil memacakan tongkatnya ke tanah. Morgan terus meletakkan tangannya diatas orb kecil dikepala tongkat Katana.
            Serentak itu bawa tanah tempat mereka berdiri bergegar, sejurus kemudian angin pun mula bertiup kencang mengoncang pokok-pokok yang tumbuh disekeliling mereka. Dan dalam sekelip mata saja, Katana dan Morgan lesap dari tempat itu juga. Dan perlahan-lahan, gegaran dan tiupan angin kencang itu terus berhenti.

*****

            SUDAH beberapa jam Morgan dan Katana bersembunyi disebalik pokok oak sambil terintai-intai kearah sebuah gunung yang bergua. Sejak tadi, mereka tidak melihat tanda-tanda syaitan keluar masuk dari gua itu.
            “Katana, adakah syaitan itu sudah mengubah tempat persembunyian?” soal Morgan.
            Katana menggeleng. “Aku tidak tahu. Fikiran mereka sukar untuk dibaca. Tapi aku boleh rasakan kuasa mereka disini,”
            “Sudah berapa lama mereka ada di Alam Barzakh ini, Katana?”
            Katana memandang Morgan. Dia tidak tahu samada dia patut beritahu Morgan atau tidak pasal itu.
            “Mereka datang selepas saja Raja Arcana dan Permaisuri memasuki alam ini. Dan syaitan bertaraf Q masuk selepas kau melangkah kedalam. Dunia Orang mati bukanlah tempat untuk manusia yang masih hidup, oleh itu keeseimbangan dunia telah terganggu maka sempadan itu semakin lemah membuatkan syaitan senang untuk memasuki ruang ini,”
            “Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?”
            Katana mengeluh. “Sebab waktu itu kau belum bersedia lagi, dank au belum tahu identiti sebenar kau lagi. Kau belum bersedia,” tekannya.
            “Tak kiralah aku ni dewi maut ataupun Morgan, tapi aku tetap akan membalas dendam aku. Kau sepatutnya beritahu aku awal-awal lagi,”
            “Tidak. Aku tahu apa yang aku buat. Kau tak ingat masa kali pertama kau bertemu Syaitan bertaraf Q, kau hampir mati walaupun kau sudah berlatih magik kau selama setahun. Dendam saja tidak cukup, kau harus ada kekuatan untuk membalas,”
            Morgan terdiam saat mendengar kata-kata Katana. Lalu dia mengeluh kecil.
            “Tapi apa tujuan syaitan itu ke sini? Maksud aku, ini dunia orang mati apa yang syaitan itu dapat dengan datang ke mari?”
            “Ohh… Morgan, syaitan bukan saja membawa manusia yang masih hidup ke neraka, tetapi syaitan juga menginginkan roh manusia masuk ke dalam neraka. Kerana roh manusia lebih kuat daripada jasad. Contohnya, Putera Viel,”
            “Kenapa dengan Kanda Viel?”
            Katana tersentak saat terpandang bayangan sepantas kilat masuk ke dalam gua. Tapi dia pasti itu adalah anak-anak buah syaitan bertaraf Q. Ini bermakna syaitan itu masih berada diluar.
            “Morgan, aku rasa mereka sudah ada. Kita harus mula bertindak sekarang!” Katana terus bangkit lantas memasang perisai lutsinar dibelakang dan hadapannya.
            “Tapi kau belum bagitahu, kenapa dengan Kanda Viel?”
            “Aku tiada masa untuk memberitahu kau. Kalau kita masih selamat, aku akan berjumpa kau diluar Dunia ini. Sekarang, cepat pakai perisai!” arah Katana pula.
            Morgan mendengus. Tanpa membuang masa lagi dia terus memasang perisai lutsinar.Perisai Lutsinar itu adalah perisai untuk mempertahankan diri serta meningkatkan kekuatan stamina mereka. Jika mereka bertarung tanpa menggunakan perisai, maka 50% dari kekuatan akan hilang, namun jika mereka memasang perisai tersebut 50% itu akan turun kepada 0.5%, jadi perisai itu amat bermakna bagi mereka.
            Katana dan Morgan berjalan perlahan-lahan menuju ke sisi gua.
            “Dengar sini, kita gunakan Devil Trap tahap 5. Kita akan letak dari setiap penjuru tempat ini,” arah Katana.
            “Baik. Aku ke sana.” Morgan terus berjalan ke sebuah sisi gua. Devil Trap yang akan mereka gunakan itu adalah untuk memerangkap semua syaitan itu didalam gua. Devil Trap tahap 5 adalah tahap yang tertinggi, tetapi kekuatannya tidak mampu untuk mengurung Syaitan bertaraf Q. Oleh itu, mereka hanya akan mengurung anak-anak buahnya. Selepas saja syaitan kecil itu dikurung, barulah Morgan akan mengumpan Syaitan bertaraf Q ke gerbang Dunia Orang Mati.
            Morgan mengisyaratkan kepada Katana sebaik saja dia sudah bersedia untuk memasang perangkap itu. Katana mengangguk selepas melihat isyarat Morgan.
            Morgan memotong tapak tangannya. Untuk memansang perangkap tersebut, darah si pengguna sendiri itu yang diperlukan. Mulut Morgan sudah mula terkumat-kamit membacakan mantera. Dan perlahan-lahan darah yang menitis diatas tanah itu mengalir menuju kearah Katana. Darah Katana juga mengalir bertembung dengan darah Morgan.
            Tidak semena-mena, sebuah jeritan kuat dari gua kedengaran. Katana dan Morgan saling berpandangan. Perangkap itu tidak akan memberi kesan sehinggalah syaitan itu melihatnya sendiri. Kalau begitu pasti ada sesuatu yang terjadi didalam.
            “Cepat Morgan, selesaikan mantera ini!” Katana seakan menjerit.
            “Morgan!”
            Serentak Morgan dan Katana memandang kearah gua. Tubuh seseorang yang hampir hilang muncul dihadapan mereka.
            “Kanda Viel?” sebut Morgan tidak percaya. Bukankah abangnya sudah masuk ke lubang cahaya itu, bagaimana pula abangnya boleh berada disitu?
            “Katana?” panggil Morgan. Katana menggeleng, dia sendiri tidak tahu bagaimana itu terjadi. Dia sendiri yang manyaksikan Viel melangkah masuk ke dalam cahaya itu.
            “Morgan, ini kanda. Kanda!”
            “Tidak Morgan, dia bukan Viel. Viel sudah masuk ke dalam cahaya itu!” Katana seakan menyangkal. Roh yang sudah melangkah ke dalam cahaya tidak boleh kembali lagi didunia itu.
            “Tapi…”
            “Morgan, selesaikan mantara itu sekarang juga!” jerit Katana. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa. Takut syaitan bertaraf q itu tiba lebih awal dan merosakan segala rancangan mereka.
            “Morgan…” Viel seakan merayu.
            Tidak semena-mena, tubuh Katana lesap dari pandangan Morgan. Morgan tercari-cari bawah dan atas, kiri dan kanan. Tapi bayang-bayang Katana sudah tidak kelihatan. Morgan semakin resah.
            Tidak sampai seminit kehilanagan Katana, sekujur tubuh menghempas diatas tanah. Morgan tersentak melihat tubuh Katana yang terkuali layu.
            “Bagus Morgan, kamu berdua memang bijak. Tapi aku lebih bijak,”
            Pantas kepala Morgan berpaling ke arah suara itu, di atas pokok. Belum sempat dia melihat pemilik suara itu, syaitan bertaraf q sudah muncul tepat dihadapannya. Morgan kecut perut. Hampir hilang nafasnya dek ketakutan.
            Tidak semena-mena, perut Morgan ditengdang dengan lutut serentak itu tubuh Morgan terpelanting melanggar pokok yang ada dibelakangnya. Tubuh Morgan menghempas tanah.
            “Morgan!” Viel terjerit.
            Syaitan bertaraf Q itu tergelak sakan melihat kesensaraan Morgan dan juga abangnya. Perlahan-lahan Syaitan itu melangkah mendekati Viel. Sejak dari mula lagi Viel adalah sasaran dia. Pada saat Katana berpaling selepas menghantar Viel masuk ke dalam cahaya, dia cepat-cepat menangkap roh Viel.
            Syaitan bertaraf Q itu terus menikam perut Viel dan memasukkan semua tangannya ke dalam.
            Viel sudah mengerang kesakitan. Walaupun dia hanya tinggal roh, tapi kesakitan itu masih ada kerana dia masih algi berada didunia orang mati. Syaitan bertafar Q itu menoleh ke belakang memandang Morgan yang masih menahan kesakitan.
            “Morgan!” panggil Viel.
            Morgan segera mengangkat kepala dan melihat tubuh syaitan itu hampir hilang didalam perut abangnya. Ketika itu, tubuh Morgan sudah terketar-ketar melihat penderitaan Viel. Air matanya sudah bergenangan. Saat Viel menghulur meminta tolong, Morgan tidak mampu pun untuk bangkit. Terasa seperti tulang belakangnya sudah diratah-ratah walaupun perisai Lutsinar itu masih berada dalam tubuhnya.
            Dan seketika kemudian, seluruh tubuh syaitan itu sudah lesap didalam perut Viel. Tubuh Viel rebah diatas tanah. Buat seketika Morgan terpana. Sejenak, dua jenak, tubuh Viel masih kaku dan beberapa saat kemudian dia melihat tubuh itu bergerak.
            “Kanda!” panggil Morgan. Dengan sisa kekuatan yang tertinggal, dia mengensot mendekati Viel.
            Tiba-tiba dia terdengar gelak tawa seseorang. Viel bangkit, kini tubuhnya sudah sempurna. Tubuhnya tidal lagi tembus pandang.
            “Kanda!” panggil Morgan.
            “Aku bukan Viel!”
            Mata Morgan terbeliak.
            “Viel yang kau sanjung-sanjung itu sudah tidak wujud lagi!”
            Serentak itu darah panas menyiarap diotak Morgan.Seluruh tubuhnya sudah terketar-ketar.
            “Dan kini, giliran kau pula untuk mati!”
            “Viel!!” jerit Morgan kuat dan suaranya itu berpanjangan membuatkan awan-awan diatas sudah membentuk pusaran hitam, dan ditengah-tengahnya sudah beganti-ganti kilat memancar. Angin dan tanah seiringan mengikut rentak jeritan Morgan.
            Syaitan itu sudah menelan liur melihat perubahan Morgan. Kekuatan yang dirasainya sudah mula meningkat malah meningkat dengan pantas sekali sehingga kekuatannya sudah tidak dapat diukur lagi.
            Perlahan-lahan Morgan bangkit. Rambutnya yang berwarna ungu itu berubah menjadi warna putih keemasan dan perlahan-lahan ia memanjang sehingga ke tanah. Morgan mengangkat kepala, matanya yang ungu juga kini sudah menjadi putih. Morgan mengangkat jari telunjuk kearah syaitan itu.
            “Kau akan mati disini!” suara Morgan kedengaran berbeza, seakan suara yang bergema didalam balang. Morgan melangkah menghampiri syaitan itu.
            Syaitan itu mendengus kasar. “Kau yang akan mati disini, Dewi Maut!”
            Serentak itu Morgan dan syaitan tersebut bertembung sehingga mengeluarkan bunyi dentuman kuat. Tanah disekeliling mereka merekah lantas meletup. Suasana gelap itu kini diselebungi dengan debu tebal.
            Sebaik saja debu itu berangsur hilang, tiada lagi siapa-siapa yang kelihatan disitu Hanya kawah besar saja yang terbentuk diatas tanah.  
           

Tuesday, April 10, 2012

The Curse Of White Lily: Tale 2


Ivy merenung Ian yang baru menapak masuk ke dalam pejabat perpustakaan Roselle. Seorang gadis berpakaian agak seksi memeluk Ian sebaik sahaja lelaki itu tiba.
            “Abang…” Myra merengek.
            “Apa yang dia dah buat kali ni?” Ian memandang Ivy.
            “Adik awak cuba seludup keluar beberapa buah buku daripada perpustakaan.” Ivy dengan tenang memberitahu.
            “Myra nak..” Ian memberi isyarat supaya adiknya diam. Myra mencebik.
            “Saya terpaksa laporkan hal ini kepada jabatan disiplin.” Ian memicit pelipis apabila mendengar kata-kata pustakawan di hadapannya.
            “Tak ada apa-apa yang awak boleh buat?” Ian mencuba nasib namun sebuah keluahan terlepas apabila melihat Ivy menggeleng kepala.
            “Lepas ni kau jawablah dengan ayah. Aku tak mahu masuk campur.” Ian terus sahaja mengambil kertas di tangan Ivy sebelum menurunkan tanda tangan.
            “Kau…Jaga-jaga.” Myra mengukirkan senyuman sinis sebelum berlari mendapatkan Ian. Ivy menggelengkan kepala. Macam-macam kerenah budak zaman sekarang ni.
***
Vic memberi isyarat kepada Deane agar menghampiri mayat yang diselimuti dengan kain putih di atas stretcher di bilik mayat.
Deane buat muka. Sememangnya dia tak berapa suka apabila terpaksa berhadapan dengan mayat. Namun apa yang dibencinya itulah yang dia terpaksa buat kebelakangan ni.
            “Jaga-jaga, Mayat tu mungkin bangun dan sergah kau!” Deane mendecit apabila mendengar kata-kata Vic. Vic ketawa dan duduk di atas meja yang berhampiran.
            Deane menurunkan sedikit kain putih yang menyelimuti tubuh mayat Datuk Bandar Accrapolis.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum meletakkan tangannya di atas muka Lord Henry.
            “Hah!”
            “Argh!” Deane terkebelakang beberapa tapak. Jantungnya berdegup laju. Selaju kereta lumba mungkin.
            Deane memicingkan pandangan ke arah Vic apabila terdengar lelaki itu ketawa berdekah-dekah.
            “Tak guna kau, Vic! Kalau kau tak nak terbaring sebelah Datuk Bandar ni, lebih baik kau diam.” Deane memberi amaran.
            Vic berdehem perlahan dan berjanji akan duduk diam-diam. Deane menarik nafas panjang sekali lagi sebelum menghampiri mayat Lord Henry.
            Dia melarikan tapak tangannya di antara muka Lord Henry sehingga ke bahagian dada. Vic menghampiri apabila Deane menggamit.
            Beberapa saat kemudian, muncul beberapa garisan halus di sekitar leher Lord Henry.
            Vic memegang garisan berkenaan. Pembunuhan yang cantik dan bersih.
            “Kesan luka ni, sama seperti mangsa-mangsa yang lain juga. Elders akan bertambah marah. Belum selesai kes yang lain, datang pula lagi satu kes.” Deane memandang ke arah muka Vic yang berkerut. Tiada lagi gurauan daripada lelaki itu.
Bagi Deane, Vic seorang yang amat susah untuk dijangka sama ada daripada segi emosi mahupun tindakan. Sekejap boleh dibawa bergurau, sekejap serius.
            “Bagaimana dengan cctv?” Vic memandang Deane.
            Deane menggeleng.  “Kesan pencerobohan pun tak ada.” Deane menggumam perlahan namun masih dapat didengari Vic.
            “Bagaimana dengan saksi? Mustahil tak ada saksi sedangkan pengawal peribadi Datuk Bandar ramai yang mengawal malam semalam. Tak ada sesiapa yang mencurigakan?” Bertalu-talu Vic menyoal Deane.
            Deane menggeleng kepala sebagai jawapan kepada semua soalan Vic.
“Aku benci nak tambahkan serabut dalam kepala otak kau tapi tak ada saksi melainkan isteri Datuk Bandar.
Lagi pun, mengikut keterangan Lady Amelie, Datuk Bandar tiba-tiba sahaja menggelupur dan mencekik batang lehernya sendiri dalam keadaan tak sedar.”
“Pembunuh kita adalah hantu? Phantom?” Vic memandang wajah Deane seolah-olah ada jawapan di wajah Deane.
Vic mendengus perlahan setelah berdiam diri buat beberapa ketika. Mungkin dia patut singgah ke rumah Datuk Bandar sebelum pulang ke pejabatnya.
Pagi tadi, dia menyuruh Deane ke sana bagi pihaknya kerana dia mempunyai urusan lain.
            “Aku akan  singgah ke rumah Datuk Bandar sekali lagi dan kau, dapatkan laporan autopsy sebelum menghadiri mesyuarat malam esok.” Vic yang baru sahaja mahu beredar berpaling menghadap pembantunya apabila Deane memanggil.
            “Malam tadi, ada seorang tetamu bernama Jun berjumpa dengan Datuk Bandar.”
            “Cari lelaki tu sampai dapat. Dia mungkin dapat membantu kita.” Vic terus berlalu meninggalkan Deane.
            Deane menelan air liur yang terasa kesat. Dia merenung mayat Datuk Bandar.
            Tak apa…Mayat ni tak akan bangun semula. Deane tergelak sendiri untuk menutup debar di hatinya.

Ivy bercekak pinggang sambil memerhatikan kereta kesayangannya. Mukanya merah akibat menahan marah.
            Perlahan-lahan dia melarikan pandangan ke setiap ceruk keretanya yang kini sudah calar-balar dan disimbah cat merah.
“Kau…Jaga-jaga.”
            Amaran yang keluar daripada mulut anak bongsu Lady Marianne menggangu benaknya.
Sah! Tiada kerja orang lain lagi. Nampak gayanya terpaksalah dia pulang menaiki kenderaan awam hari ini.
            Esok sahaja dia akan menghantar kereta kesayangannya ke bengkel. Langit sudah bertukar warna menandakan hari telah malam. Lampu-lampu di jalan sudah mula terpasang.
Dengan langkah yang longlai, Ivy menapak ke arah perhentian bas berhampiran. Perutnya sudah berkeroncong minta untuk diisi.
Sedang asyik memikir apa yang mahu dimasak untuk makan malam, tanpa disedari Ivy, sepasang mata ralit memerhatikan dia daripada jauh.

Friday, March 9, 2012

Revenge 13 : Enemies! (part 2)


Revenge 13 : Enemies! (part 2)

P/s : Sorry for the late.. Many homework to done. T.T

Tiara siku lengan Vanessa. Vanessa tersedar dari lamunan. Kepala ditoleh ke arah Tiara. “Kenapa?” Vanessa menaya dengan suara yang perlahan. Tiara mendekatkan mulutnya ke telinga Vanessa. “Jangan berangan atau mengelamunlah. Puan Demina asyik pandang kau aje. Kena denda nanti padan muka.” Vanessa buat muka toya.

Pandangannya mula dikalih ke hadapan. Puan Demina sedang memegang sebentuk cincin kristal. Vanessa memandang penuh minat ke arah cincin tersebut. Otaknya mula berputar ligat berfikir sesuatu yang mungkin menguntungkannya. Senyuman terukir dibibir. Hatinya sudah mula menyanyi lagu dengan riang sekali. Dia tidak sabar untuk membuat apa yang ada di fikirannya.

Lagi sekali lengan Vanessa disiku. “Ishh... nak mengelamun sikit pun susah,” ngomel Vanessa perlahan. Dia mula menumpukan segala perhatian ke arah Puan Demina. Puan Demina mula menunjukkan cara-cara membuat cincin kristal tersebut. Semua penerangan Puan Demina di simpan dalam kepalanya. Puan Demina meletakkan kristal berwarna putih di sebelah kiri
mejanya. Disebelah kanan pula barang-barang untuk buat cincin. Buku Crystal is Powerful yang terbentang luas dihadapan di tutupnya. Tiara yang berada di sebelah turut berbuat demikian. Tertarik melihat cincin tersebut barangkali.

“Sebelum kita hendak membuat cincin kristal ni, kita hendaklah membacakan mantera ke atasnya. Ini untuk mengelakkan cincin ini dicuri, cepat pecah dan sebagainya. Kristal yang hendak dibuat cincin harus dipilih dengan betul kerana bahan-bahan hendak membuat cincin kristal ini payah dijumpai. Kalau ada pun, mungkin hanya setengah barang aje yang dapat di cari.” Vanessa teringat akan permintaan Encik Jaston apabila Puan Demina menyebut mengenai barang-barang untuk membuat cincin kristal. Sudah 3 hari berlalu, dia masih belum mencari barang-barang seperti yang diminta. Dia malas hendak mencarinya selagi dia tak dapat tahu apa rancangan Encik Jaston. Vanessa membuang ingatan terhadap permintaan Encik Jaston. Dia kembali menumpukan perhatiannya kepada Puan Demina. Dia melihat Puan Demina cuba mencorak kristal tersebut sambil memberi penerangan.

Setelah Puan Demina memberikan penerangan mengenai cara-cara membuat cincin kristal, dia mula merenung satu persatu muka para pelajar. “Kamu semua harus menyebut mantera tersebut dengan jelas dan lancar. Jangan tersekat-sekat. Kalau macam tu gayanya, saya rasa cincin kristal kamu ada crack sana sini. Saya minta lagi sekali kamu semua ulang mantera yang saya sebut.”  Lantang Puan Demina bersuara.

“Esdiande tiode crystel indiami asdiose herydos!” Puan Demina memandang semua pelajar dengan pandangan tajam setelah mereka semua habis membaca mantera tersebut. “Berapa kali saya kata, heridiose! Bukan herydos! Faham?! Ulang lagi sekali!” Para pelajar menahan telinga mereka mendengar jeritan Puan Demina.

“Esdiande tiode crystel indiami asdiose heridiose!” Puan Demina tersenyum mendengar mantera tersebut. “Macam itulah baru betul. Jelas dan lancar. Tak salah sebut. Semuanya okey!” Puji Puan Demina. Serentak itu, loceng berbunyi. Puan Demina merungut kecil apabila loceng berbunyi. “Saya hendak kamu semua siapkan esei mengenai jenis-jenis kristal. Saya bagi masa selama seminggu. Sehelai kertas sudah cukup tetapi kalau lebih lagi baik.” Puan Demina menepuk tangan. Semua pelajar bangkit dari tempat mereka dan berjalan keluar.

Vanessa dan Tiara sedang berdiri di tepi tangga menunggu Monica. Vanessa bersandar di dinding manakala Tiara berdiri tegak menanti Monica. “Tiara, dua tiga hari ni, ada tak pelajar baru masuk?” Vanessa menyoal Tiara. Tiara kalih pandangan dari tangga ke muka Vanessa. Dahinya berkerut seribu. “Kenapa kau tanya macam tu? Kau jumpa orang baru ke?” Tiara menyoal balik. Vanessa angguk kepala. “A’ah. Tiga orang. Seorang perempuan, dua lelaki.”

“Pap..” Tiara terasa bahunya di pukul. Dia memandang ke kiri dan nampak senyuman Monica. “Kenapa kau orang? Serius aje muka.” Vanessa memeluk erat buku di pegangannya. Tangga di belakang Monica dipandang. Tiada kelibat dua orang kawannya di situ. Vanessa melarikan anak matanya ke muka Monica.

“Monica ada tak pelajar baru dekat sekolah ni?” Monica tarik senyum malu mendengar soalan Vanessa. Tiara naik hairan melihat senyuman Monica. Vanessa mula meneka. “Ada eh?” Monica angguk perlahan. “Handsome pulak tu. Yang seorang lagi tu cute. Tapi aku bengang bila ada seorang minah tersesat dekat situ. Minah tu berambut pendek dan oren.” Vanessa dan Tiara dapat mengesan nada suara cemburu di belakang ayat Monica.

“Bila mereka masuk ke sini?” Vanessa terus menyoal. Entah kenapa dia tertarik dengan mereka bertiga.

“Eh, kau orang. Cakap-cakap jugak, jangan sampai tak jalan-jalan. Jom pergi ke Homemass.” Tiara mencelah. Vanessa, Tiara dan Monica mula berjalan menuruni tangga.

“Aku rasa baru dua hari dia orang masuk sini.” Beritahu Monica. “Yang handsome tu nama dia Frank, Yang cute tu nama dia Henry. Perempuan yang sesat tu nama dia Mony.” Tanpa ditanya Monica berkata. Tiara ketuk dagu menggunakan jari telunjuk.

“Kau orang rasa dia orang bilik apa?”

Vanessa dengan pantasnya menjawab, “Orang yang macam dia orang tu mesti bilik Diamond. Tak pun bilik Crystal. Tengok rupa pun dah tahu.” Monica mencubit lengan Vanessa. Vanessa pantas menepis tangan Monica.

Vanessa menggosok lengannya yang kena cubit oleh Monica. “Cakap baik-baik sikit. Henry bilik Ruby okey. Dua orang kawan dia pun sama. Bilik Ruby.” Vanessa pandang Monica dengan pandangan tidak percaya.

“Kenapa tak percaya? Kau percaya ajelah. Semua pasal Henry ada dekat genggaman aku. Kau cuba tanya sikit apa yang kau nak tahu. Petik jari aje aku jawab.” Dengan bangganya Monica memberitahu. Tiara tersengih mendengar kata-kata Monica.

“Nampak sangat kau suka Henry. Asyik-asyik back up Henry. Yang dua orang kawan dia tak nak back up.” Monica sudah tersipu malu. Vanessa angkat kening,

“Dia orang berasal dari kerajaan apa?” Monica pandang Vanessa.

“Kau pun berminat dengan dia orang ke? Kalau kau minat pun aku tak kisah. Tapi jangan minat Henry. Henry tu aku punya. Aku dah cop dia dulu.” Monica perasan perubahan suara Monica.

“Memang aku berminat pun dengan dia orang. Tapi kau jangan risau, aku tak suka dia orang pun. Cuma minat. Hah.. dia orang berasal dari kingdom mana?” Lagi sekali Vanessa mengulangi soalannya.

“Fire Kingdom!”  Monica menjawab dengan pantas. Tiara sudah berada di hadapan mereka tanpa mereka sedari.

“Kau orang! Aku nak balik Homemass cepat! Aku pergi dulu tau!” Tiara berlari-lari anak selepas berkata demikian. Vanessa memberhentikan langkahnya. Monica yang perasan tindakan Vanessa ikut berhenti.

“Aku baru ingat. Aku kena jumpa Encik Jaston. Ada hal. Jaga diri baik-baik.” Dengan sepantas kilat Vanessa pusing badannya dan berlari. Monica memandang kelibat Vanessa sehingga hilang dari pandangan. Selepas itu, dia mula membuka langkah menuju ke Homemass.


p/s : Nothing much in here.. 3 bab terakhir belum siap dr dulu. Tak berusik pown. huuhu.. tak taw bila nak siapkan.. 

Monday, February 6, 2012

Revenge 13 : Enemies! (part 1)



Revenge 13 : Enemis! (part 1)


Vanessa bangun dari tidurnya. Malam ini bulan mahupun bintang tidak kelihatan. Dia mengukir senyum yang tampak kesunyian. Angin malam menyapa tubuhnya. Langit kosong di tenungnya. Walaupun kosong tetapi masih cantik. Wajah keluarganya terbayang di dada langit. Hatinya di cengkam rasa sedih. Dia terasa sebak. Air mata mula menghiasi pemandangan dan perlahan-lahan air mata tersebut jatuh ke pipi. Dia langsung tidak menyeka air mata tersebut. Selepas melayan rasa sedih di hati, Vanessa mula mengimbas peristiwa dua hari lepas.

“Vellina, boleh kamu tolong cikgu tak?” Encik Jaston bertanya sebaik sahaja Vanessa sampai di situ. Bunga yang diberi oleh Argon langsung tidak dipedulikan oleh Encik Jaston.

“Apa dia cikgu?”

“Kamu boleh tolong cari tumbuh-tumbuhan untuk dibuat healing potions? Cikgu beri masa seminggu aje. Ini ada 11 tumbuhan yang perlu kamu cari.” Encik Jaston memberikan senarai tumbuh-tumbuhan itu kepada Vanessa. Vanessa menyambut senarai tersebut. Dia membaca senarai itu. Dia sudah mengagak bahawa ada tumbuh-tumbuhan yang sepatutnya tidak dimasukkan ke dalam potions tersenarai di kertas tersebut.

Vanessa mula merancang sesuatu. “Cikgu, potions untuk apa yang cikgu hendak buat ni?”

Encik Jaston mengukir senyuman padahal di dalam hati dia tidak tahu hendak jawab macam mana. “Kalau sudah tiba masanya pasti kamu akan tahu juga.” Dia membalas soalan Vanessa dengan jawapan yang masih belum memuaskan hati Vanessa.

“Macam mana kalau saya tidak dapat cari bahan-bahan ni semua?” Vanessa bertanya saat melihat Encik Jaston membuka langkah. Langkah Encik Jaston terhenti. Dia berpaling menghadap Vanessa. “Vellina, kamu harus cari bahan tersebut sehingga dapat. Harus!”

“Baiklah cikgu. Lagi satu cikgu, semua bahan ni memang ada di Lakelion ke? Tidak ada di tempat lain?”

“Ya, semua bahan-bahan ni ada di Lakelion.” Saat itu juga Encik Jaston melangkah pergi meninggalkan Vanessa.

Vanessa mengeluh. Dia masih belum sempat untuk bertanya kepada Encik Jaston semalam mengenai apa yang hendak dibuat oleh dia. Kenapa banyak sangat hendak buat healing potions? Tetapi Encik Jaston pantas menyelamatkan diri sebelum di tanya sebarang soalan yang akan memecahkan penipuannya.

*****

Vanessa bungkam di tempat duduknya di dalam kelas magis air. Dia perasan akhir-akhir ni, Danny mula menjauhkan dirinya. Dia juga tidak tahu kenapa. Puan Telly yang sedang mengajar dengan penuh semangat di tenungnya. Di telapak tangan Puan Telly terdapat satu makhluk yang comel diperbuat daripada air yang dinamakan Berlod. Haiwan tersebut harus diseru.

Saiz haiwan tersebut bergantung pada persekitaran dan cara pemanggil menyeru haiwan tersebut. Haiwan tersebut sedang melompat-lompat dengan gembira di telapak tangan Puan Telly. Air memercik-mercik di muka Puan Telly. Beberapa titis air terkena cermin matanya. Puan Telly meletakkan haiwan tersebut di dalam bekas yang besar kerana takut haiwan tersebut melarikan diri. Dia mengelap cermin mata dengan menggunakan hujung bajunya.

Vanessa melepaskan satu keluhan yang berat. Sudah banyak kali dia mengeluh. Matanya menatap Berlod. Vanessa melirik ke arah Sabrina yang sedang berdiri di tepi bekas yang berisi air. Tangannya terapung-apung diudara sambil mulutnya bergerak membaca mantera untuk menyeru Berlod. Kelihatan air tersebut berkocak dan mula membentuk sesuatu. Vanessa akhirnya kalih pandangan ke arah Puan Telly. Dagu ditongkatnya. Danny, Bella. Bella, Danny.

Sedang asyik Vanessa termenung, loceng berbunyi menandakan kelas sudah tamat. Suasana kelas mulai bingit. Vanessa hanya memerhati mereka semua yang bangkit dari tempat duduk dan berjalan keluar. Setelah kelas senyap sunyi, Vanessa bangkit dari tempat duduknya dan mula melangkah keluar kelas.

*****

Vanessa sedang berjalan menuju ke Homemass apabila dia terpandang tiga orang manusia yang sedang berkeliaran di sekitar Homemass. Seorang daripada mereka adalah seorang perempuan. Perempuan tersebut berambut pendek yang berwarna oren. Matanya juga berwarna oren. Lelaki yang duduk di tempat rehat pula berambut hitam pekat. Memang kacak. Mukanya langsung tiada reaksi. Seorang lagi sedang berdiri sambil mencium bunga yang dipetik sebentar tadi. Macam playboy apabila melihat gelagat lelaki tersebut. Vanessa mula kalih pandangan ke pintu utama Homemass. Otaknya ligat berputar untuk mencari maklumat mengenai tiga makhluk tersebut. Dia rasa dia tidak pernah melihat mereka bertiga. Budak barukah? Dia memeluk erat buku The Magic of Water. Kakinya laju melangkah ke bulatan tengah.

“Tiango Dienda,” Tangga muncul dihadapan Vanessa. Dia mula melangkah dengan otak yang masih berputar ligat.

“Tanya Tiara sudah. Mesti dia tahu.” Vanessa membuat kata putus. Dia melontarkan dirinya di sofa ruang tamu. Buku The Magic of Water diletakkan di sebelahnya. Tidak ramai yang berada di Homemass sekrang kerana mereka semua mengisi perut di dewan makan sekolah termasuk Monica dan Tiara. Slyer dan Danny mungkin sedang makan bersama Monica dan Tiara.

Vanessa masuk ke dalam bilik Topaz. Dia meletakkan buku di atas meja belajarnya dan berdiri di tepi tingkap. Rambutnya yang panjang ditiup angin bergerak mengikut rentak. Matanya memandang tiga manusia yang berada di halaman Homemass. Masing-masing masih kekal dengan aktiviti mereka. Vanessa melangkah ke katil yang terdapat di penjuru bilik. Katilnya terletak dekat dengan tingkap. Katil tersebut mempunyai 3 tingkat.Dia memanjat tangga katil untuk sampai ke katil yang ke-3. Dia merebahkan dirinya. Tangan di depangkannya seluas-luasnya. Matanya di pejam perlahan-lahan. Rindu pada keluarga mulai menguasai diri. Tanpa sedar, mutiara jernih mengalir turun dengan perlahan. Dia membuka mata. Air mata di sapu.

Dia mula mengubah posisi. Dari baring ke bersila. Matanya dihala ke arah luar. Manusia yang tadi ada di situ sudah hilang. Vanessa menghela nafas lagi sekali. Dia melompat turun dari katil dan mencapai buku Crystal is Powerful. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari bilik dan mula menuju ke bangunan sekolah. Jam di tangan di beleknya. Sudah pukul 1.45 petang. Vanessa berjalan dengan perlahan. Sesekali pandangannya akan dilontarkan ke tempat yang diingini. Sedang asyik dia melontarkan matanya ke sana sini. Matanya tercacap pada sepasang tubuh yang sedang duduk di bawah pohon yang rendang. Senyuman terukir di bibir Vanessa setelah lama dia memerhatikan sepasang tubuh tersebut dan berlalu pergi. Danny. Nama tersebut meniti di bibirnya untuk sekian kalinya.

*****